TUDM

20.4K 366 26
                                    

  Lambang Tentera Udara Diraja Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lambang Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); (:تنترا اودارا دراج مليسيا ) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan . Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteers Air Force) sebagai cabang tempatan di masa penjajahan British.

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan . Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen yang dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan". Seorang pegawai Tentera Udara Diraja British, Air Commodore (Brigadier Jeneral) dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk mengetuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Kerajaan. Air Commodore kemudiannya dilantik menjadi yang pertama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancangan perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.

Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tentera Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota yang dipinjamkan. Walaupun demikian, sebilangan kecil anggota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan November 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhidmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim Heng Lip, Sergeant (Sarjan) Subramaniam, Corporal (Koperal) Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Corporal JD Parsley, Corporal Mahadeven, Senior Aircraftman (Laskar Udara Kanan) Surindam, Senior Aircraftman Md Noor, Senior Aircraftman Zainal, Senior Aircraftman Mohd Hussain and Junior Technician (Laskar Udara Kanan) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk (Marsyal Udara) Sulaiman bin Sujak.

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis yang diberikan nama "Lang Rajawali" (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri

Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh (RAF) dan (RAAF). Pada ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa .

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now