AMSYAR hanya meneguk air mineral itu rakus kerana haus yang tidak terperinya dari pagi sehingga ke malam tidak putus-putus dia menolong sama juga dengan pasukannya sekarang ini mereka berehat sebelum melakukan tugas lain di waktu malam.
"Amsyar." Panggil Khai lalu duduk di hadapan Amsyar yang sedang ingin makan.
"Apa?"
"Doktor perempuan tadi cantik." Sempat Khai memuji perempuan yang bergaduh dengan Amsyar tadi.
"Lepastu kau nak kahwin dengan dia ke?" soal Amsyar sengaja ingin merancakkan suasana.
Apabila melihat sengihan daripada Khai bermakna betullah yang Khai sudah jatuh hati dengan doktor perempuan tersebut. Tidak lama senyuman itu menjadi mengerikan lalu Khai memandang Amsyar yang sedang khusyuk makan.
"Bukan aku tapi kau." Sejurus Khai berkata begitu Amsyar terus terbatuk-batuk akibat terkejut dengan kata-kata Khai.
"Jangan nak mengarut." Air mineral di ambil dan diteguk secara kasar kerana ingin membuang rasa perit di tekak.
"Dia ada ciri-ciri yang kau cakap masa tu. Tak mungkin kau lupa kot."
Amsyar hanya mendengar tanpa ada sedikit pun ingin bersuara sebaiknya dia makan untuk isi tenaga untuk bantuan malam ini.
Ammara terdengar perbualan Amsyar dengan Khai terus tidak ada selera ingin makan kerana teringat akan kejadian petang tadi di mana Amsyar berkata yang dia akan beradab sekiranya dia menjadi isteri kepada lelaki askar tersebut.
Selesai makan mereka terus membantu dan memberi makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa di Turki dapat mereka lihat wajah kanak-kanak di situ kelaparan.
Ammara menjadi kasihan dengan nasib yang timpa mereka sepatutnya kanak-kanak itu seronok bermain tetapi terjadi seperti ini. Rumah mereka musnah dan ada yang kanak-kanak sudah menjadi anak yatim bahkan yatim piatu akibat gempa bumi yang melanda.
"Don't cry in here." Sampuk satu suara yang berjaya menyentakkan Ammara.
Saat kepalanya berpaling boleh dia lihat Amsyar sedang melihatnya dengan wajah dingin tetapi tangan laju bekerja mengagihkan makanan kepada kanak-kanak itu.
"Why?"
"Kau tu dah cukup hodoh kalau tambah kau menangis lagi dua kali ganda hodoh." Sakit hatinya apabila mendengar kata-kata milik Amsyar.
"Lebih dah kau ni."
"Aku lebih?"
"Lebih hensem." Kenyit Ammara kepada Amsyar tetapi Amsyar hanya buat tidak endah.
"Haih kau memang tak ada perasaan ke?"
"Aku akan ada perasaan bila dekat isteri aku."
"Ouh aku lah kan?" sengaja ingin mengusik nak bergaduh sudah pasti dia akan kalah dengan lelaki bernama Amsyar ini.
Tengok dari gaya boleh tahan pedas dan sinis sahaja, sudahlah beku seperti ais di Antartika.
"Kau nak ke?" soalan di balas soalan.
Soalan yang terkeluar dari bibir Amsyar berjaya membuat Ammara terpaku sehingga tangannya berhenti bekerja dan kepalanya tertoleh melihat Amsyar, dapat dia lihat Amsyar sudah senyum menyenget.
"Tak nak aku." Kata Ammara lalu tangan yang berhenti tadi mula bekerja semula.
"I see."
"Dengar sini Amsyar. Aku akan pastikan kau akan minta maaf dekat aku atas apa yang kau dah buat dekat aku." Yakin sekali Ammara berkata lalu pandangan teralih ke Amsyar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romansa"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...