BAB 29

3.4K 194 27
                                    

LILY yang setia berada di bilik kerja Eve kerana arahan yang dikeluarkan oleh Eve sendiri. Dia hanya duduk di sofa bilik tersebut tanpa bercakap mahupun berbual dengan Eve, apabila dia lihat Eve sibuk dengan kerja dan doktor di hadapannya terus dia ingin mendengar tetapi dia tidak faham apa yang dibualkan kerana itu pasti urusan kerja.

Dia melihat doktor lelaki itu berdiri dan terus keluar dari bilik Eve, pelik apabila melihat tingkah lelaki tersebut tetapi yang membuatnya dia tertanya-tanya dia pernah jumpa lelaki tersebut. Saat dia ingin mengingat apa yang sudah terjadi kepalanya berdenyut kuat sehingga dia mendesis kesakitn.
Eve yang mendengar suara Lily terus pergi ke arah Lily dan memegang erat tangan Lily.

"Breath in." arah Eve dan Lily hanya menurut.

"And breath out." Arah Eve lagi.

Lily hanya ikut segala arahan Eve sehingga rasa sakit itu hilang. Setelah itu Eve duduk di sebelahnya dan menghadap Lily.

"Tell me what in your mind." Pinta Eve. Ini sahaja yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan beban yang berada di dalam kepala Lily.

"Lelaki tadi." Kata Lily setelah lama dia berdiam diri.

"Dia ada niat tak baik."

"Dia jahat."

"Dia nak hancurkan Amsyar." Kata Lily lagi.
Eve pula sudah menjongketkan kening sebelah kanannya seakan tidak percaya dengan apa yang dia kata kerana dia kenal Qash bagaimana jadi mustahil Qash ada niat jahat kepada Amsyar sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.

"Saya tahu awak tak akan percaya tapi saya tahu. Saya sendiri lihat dan dapat rasakan." Kata Lily lagi.

"Bahkan saya kenal dia dari semua orang kenal dia. Luar dan dalam." Bicara Lily perlahan dan Eve langsung tidak dapat dengar apa yang Lily katakan saat itu.

Kali ini air matanya jatuh dia tidak sanggup melihat kebahagian Amsyar dan Ammara diragut oleh manusia yang berhati busuk.

"Lily he will be your doctor. Saya nak Ammara tetapi bila apa yang jadi, saya rasa mustahil untuk dia merawat awak." Kata Eve lembut.

"Tak nak! Saya nak Ammara! Saya nak dia sahaja!" jerit Lily. Air matanya turun lebat apabila terkenang dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

"Tolonglah saya nak Ammara yang merawat saya." Rayu Lily dengan air mata yang tidak henti-henti menuruni pipinya.

"Saya akan tolong apa yang boleh saya tolong tapi dengan syarat awak duduk dan dirawat di hospital ni." Arah Eve.

Dia mahu Lily menerima rawatan yang cukup di hospital ini dan tidak perlu pulang ke rumah kerana dia akan dimasukkan ke ward peribadi yang khas untuknya. Segala kos rawatan akan ditanggung oleh DA's sendiri.

Ini kerana dia sudah meminta keizinan dari Tuan Denniz sendiri dan dia bersyukur bapa mentua sungguh memahami dengan keadaan.

"Saya terima." Dalam kepayahan Lily setuju dia juga tidak mahu balik ke tempat tersebut.
Rumah yang disangka sepatutnya menjadi syurga tetapi neraka baginya. Neraka yang patut dia keluar dari dahulu lagi tapi sebabkan 'Dia' yang mengawal segala gerak gerinya membuatkan dia tidak boleh keluar dari situ.
Hari ini dia boleh keluar atas bantuan Eve sendiri.

Dia sangat berterima kasih kepada wanita di hadapannya ini kalau bukan kerananya pasti dia tidak boleh keluar dari situ.

SUDAH dua hari Ammara tidak bercakap dengan Amsyar atas kejadian tempoh hari. Makin buntu Amsyar apabila segala perbuatannya tidak berjaya membuat Ammara pandang akan dirinya. Dia juga sudah guna pelbagai cara untuk membuat isterinya berkata tetapi sama sahaja. Hanya diam yang menghuni di dalam rumahnya.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now