MATA di buka oleh Amsyar beberapa kali, kepala ingin diurut dek pening kepala yang menyerang tetapi saat dia ingin memegang kepala tidak boleh. Tangannya di ikat menyulitkan dirinya untuk mengurut kepala. Tangan mula ingin membuka ikatan tersebut tetapi sungguh ketat membuatkan dirinya mengerutkan kening. Mengapa? Bukan dirinya berada di dalam rumah Iman ke sebentar tadi? Apabila ikatan sukar di buka Amsyar mengalah dan mula memandang sekeliling bilik.
Bilik tersebut tidaklah gelap dan tidaklah terang kerana lampu bilik tersebut malap tetapi masih boleh di lihat. Alangkah terkejutnya Amsyar apabila melihat gambarnya penuh di dalam bilik tersebut, terlalu penuh dari dirinya mula masuk ke dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, biar betul? Siapa manusia yang diami rumah ini? Siapa manusia ini?! Stalker and Pyscho! Terus Amsyar menutup matanya apabila mendengar pintu bilik di buka oleh seseorang.
Individu tersebut masuk ke dalam bilik tersebut dengan senyuman yang tak lekang di bibir, siapa sahaja yang tidak suka bila lelaki yang dia suka sudah berada di dalam genggamannya. Sudah lama dia menunggu kali ini tidak lagi. Kakinya menuju ke arah katil dan setelah sampai dia duduk di birai katil. Tangan naik menyentuh pipi milik Amsyar dan mengusap perlahan. Mata mula jatuh ke bibir Amsyar lalu mengusap bibir tersebut lembut.
"Dah lama aku tunggu saat ni," katanya. Amsyar yang mendengar suara tersebut sudah terkejut. Tak ini mustahil! Mata di buka saat mata di buka terus menatap individu yang berada di hadapannya saat ini.
Boleh Amsyar lihat lelaki itu tidak terkejut malah tersenyum ke arahnya. Senyuman gembira serta teruja, tangan individu tersebut terus turun dan melekap ke dada Amsyar. Amsyar yang di sentuh tersebut terus membuat muka jijik, langsung tidak selesa dengan apa yang terjadi di hadapan matanya.
"Lepaskan aku," suara Amsyar memenuhi kesunyian bilik tersebut. Individu tersebut menarik senyuman sinis dan menjongketkan keningnya.
"Not that easy, Amsyar. Sudah lama aku nak kau, bila aku dah dapat takkan aku nak lepaskan. Kau sendiri tak akan lepaskan orang yang kau sayang dan cinta maka macam tu juga aku."
"Lepaskan aku Iman al-Muazzam," kata Amsyar tegas tetapi mendapat tawa daripada Iman sendiri.
"No, darling." Ucapnya lalu tangan mencengkam rahang Amsyar. Ingin ditepis tetapi tangan serta kakinya di ikat. Memang gila si Iman ni.
"Gila." Ucap Amsyar dan Iman terus ketawa. Ketawa yang sungguh gembira.
"Aku gila? Aku gila?" soal Iman lalu berdiri dari terus duduk dari birai katil dan menuju ke tempat yang penuh gambar yang di tampal ke dinding.
"Ya aku gila! Aku gilakan kau tapi langsung kau tak pandang aku. Aku fikir bila bini kau mampus, kau pandang aku tapi tak! Kau pandang aku sebagai sahabat bukan kekasih!" bentak Iman lalu gambar perkahwinan Amsyar di ambil dan dikoyakkan menjadi kepingan halus. Amsyar hanya melihat tanpa ingin bercakap dia masih terkejut dengan apa yang berlaku maknanya Iman suka sama jenis?! Kenapa selama ini dia tidak tahu, jangan-jangan coklat dan bunga itu?
"Coklat dengan bunga tu, dari kau?" soal Amsyar kepada Iman.
"Bijak juga kau ni tapi sayang kau lambat sedar. Kalau kau sedar awal mesti kau tak akan datang sini kan? Dan kau tak akan masuk dalam perangkap aku." Ucap Iman lalu mengambil air yang di simpang di dalam rak. Air minuman keras yang dikeluarkan membuatkan Amsyar terkejut. Iman sudah jauh terpesong dari ajaran Islam.
Iman yang melihat Amsyar memandang ke arahnya terus tersenyum dan menuang air minuman keras yang sudah di bukanya ke dalam gelas kaca lutsinar. Kaki berjalan ke arah Amsyar yang berada di katil.
"Nak ke?" soalnya teruja.
"Aku tak gila lagi nak minum air kencing setan tu." Balas Amsyar dingin. Kepala mula di toleh ke arah tingkap yang berada di dalam bilik tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/334157895-288-k67321.jpg)
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...