BAB 60

4K 201 14
                                    

CIUMAN di ubun-ubun dilepaskan ini kerana telefon pintar Amsyar berbunyi nyaring. Tidak sampai sesaat terus Amsyar mengangkat panggilan tersebut apabila melihat pemanggil tersebut adalah Qael, Amsyar mengambil jarak sedikit sebelum memulakan bicaranya kepada Qael. Ammara hanya melihat lelaki tersebut mengangkat panggilan tersebut dengan senyuman sinis di bibirnya. Hanya beberapa minit semuanya akan berjalan dengan lancar.

"Kenapa Qael? Khai dah bangun ke?" soal Amsyar. Risau terhadap rakannya itu kian meninggi cukuplah semalam sahaja jangan hari ini.

"Khai dah bangun dan dia demam panas." Beritahu Qael selepas mendapat soalan daripada Amsyar. Dia juga terkejut saat bangun-bangun daripada tidur mendengar Khai meracau memanggil nama ibunya dan terus Qael masuk ke dalam bilik untuk menenangkan Khai itu sendiri.

Bangun-bangun Khai demam panas dan tidak boleh berkata apa-apa kerana terkejut bahkan Eve sendiri yang merawat berkata yang Khai terkejut dengan kes semalam sehinggakan sukar berkata-kata. Kena rawat dengan baik dan tidak boleh membiarkan lelaki itu berseorangan takut dia melakukan di luar jangkaan. Nasihat Eve sendiri kerana lebih baik beringat.

"Jaga dia, nanti aku balik. Aku ada urusan." Balas Amsyar, kakinya berjalan menjauh ke arah katil Ammara dan menuju ke tingkap bilik untuk berkata hal mengenai kerja dengan Qael.

"Iman dah bagi tahu aku siapa dalang semua ni, tapi Khai kena di rawat dahulu. Kita dah kena balik esok tapi aku cuba bagi tahu Mejar Mahmud pasal ni, kalau aku tak boleh cuti aku harap kau boleh cuti dan jaga Khai." Balas Amsyar.

"Faham, jangan risau aku jaga Khai nanti. Tapi kalau Khai nak kau aku tak tahu. Aku risau budak ni jadi bayi menangis nak kau pulak sebab kau je yang dia rapat dan paling percaya." Ucap Qael tapi apa yang dikatakan benar belaka kerana Khai hanya rapat dan percaya pada Amsyar sahaja.

"Hurmmm." Gumam Amsyar.

"Aku risau Mejar tak kasi cuti sebab aku baru naik dan aku dah nak mula latihan." Jawab Amsyar. Dia juga buntu tapi untuk mendapat cuti memang mustahil kerana dia baru naik kerja jadi memang susah dan mustahil untuo dapat.

"Aku pun rasa macam tu, tapi kalau dapat baguslah." Ucap Qael kepala yang tidak gatal di garu. Buntu.

"Apa-apa aku update." Balas Amsyar lalu mematikan telefon pintarnya dan mula berpaling ke arah katil Ammara tetapi bila lihat katil yang Ammara duduk itu kosong. Jantungnya berdegup kencang. Macam mana Ammara boleh hilang?!

Tidak tunggu lama terus dia berlari keluar dari wad tersebut apabila pintu di buka olehnya ada sebijik kek di hadapan mukanya membuatkan dirinya melangkah ke belakang secara automatik kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Matanya tidak berkelip memandang insan yang memegang kek tersebut kepala memandang sekeliling, dapat Amsyar lihat ada Puan Anaya, Tuan Denniz, Puan Aula, Tuan Ammar serta Ammara sendiri.

Ammara yang memegang kek tersebut dan kek tersebut adalah kek kesukaannya. Dahinya berkerut apabila melihat tulisan di atas kek tersebut, ada nama penuhnya dengan tulisan selamat hari lahir. Hari ini hari lahir dia kah? Adakah dia sendiri lupa tarih dia dilahirkan?

"Selamat hari lahir abang." Ucap Ammara lalu mencium pipi Amsyar lama.

"Apa semua ni?" soal Amsyar kebingungan. Dia tidak faham.

"Suprise!" ucap Ammara teruja dan hampir terloncat tetapi sempat di halang oleh Puan Aula sendiri.

"Eh jangan loncat, Ara belum baik lagi. Behave." Larang Puan Aula yang lain hanya menggeleng kepala melihat perangai Ammara yang satu ini. Degil!

"Sorry." Balas Ammara sambil tersengih. Amsyar masih tidak faham yang terjadi hanya berkerut kening.

"Apa semua ni? Tak faham." Ucapnya. Ammara yang mendengar terus tersenyum manis dan menghadiahkan lagi ciuman di pipi Amsyar.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang