BAB 39

3.5K 160 13
                                    

"DELLA kau nak bawak aku pergi mana ni?" soal Ammara takut-takut apabila melihat tempat tersebut dia berasa takut kerana ini kali pertama dia menjejaki ke tempat ini.

"Tempat yang boleh buat kau lupa pada masalah kau. Aku nak kau enjoy puas-puas aku tahu kau sedih sebab kehilangan mak aku tapi jangan risau tempat ni boleh buat kau lupa sedih kau." Kata Della lalu tersenyum sinis. Memang tahulah nasib kau lepas ni Ammara.

"Tak naklah." Tolak Ammara saat dia masuk ke dalam kelab malam.

Sejahil-jahil dia, dia masih tahu dosa pahala dan dia tahu masuk ke kelab ini dosa. Dia ingin menahan Della tetapi wanita itu sudah berseronok di dalam keraiaman sehingga dia ingin memanggil tidak boleh.

Dia hanya duduk di kerusi tinggi tersebut dan memain telefon pintarnya. Saat dia sibuk bermain badannya di peluk oleh seseorang membuatkan dia tersu berdiri dan menjauh dari lelaki tersebut.

"Hey darling. Chill okay, jangan lah takut sangat." Ucap lelaki tersebut dan tersenyum nakal ke arah Ammara.

"Kau siapa?!" soal Ammara marah suka hati sahaja memeluk dirinya.

"Aku? Tak manis macam tu darling sepatutnya darling kena sebut baby or daddy. Lagipun, adik you dah jual you dekat I." Ucap lelaki tersebut miang matanya sibuk memerhati Ammara dari atas bawah.

"Kau bukan sesiapa untuk aku cakap macam tu dan aku tak percaya yang adik aku jual aku." Kata Ammara.

Lelaki tersebut tanpa tunggu lama terus memeluk Ammara dan menyentuh peha gebu milik Ammara. Terjerit Ammara apabila lelaki tersebut menyentuhnya, tapi dia tahu bila dia menjerit dia tidak akan dibantu kerana semua sedang sibuk memuaskan nafsu mereka sendiri.

"Come on. Your sister dah kasi you dekat I so you enjoy je dengan I malam ni I akan buat you lupa akan dunia ni." Kata lelaki tersebut.

"By the way, my name Faiq Adnan." Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya tetepai sedikit pun Ammara tidak ingin tahu akan lekaki tersebut.

Tanpa Ammara sedar ada seseorang yang merakam dan mengambil gambar dia dan Faiq di kelab malam tersebut dna tidak tunggu lama terus dia menghantar kepada lelaki bernama Tuan Ammar.

"Lepaskan aku!" jerit Ammara lalu menyepak alat sulit lelaki tersebut sehingga membuatnya mengerang kesakitan dengan kesempatan yang ada Ammara terus berlari meninggalkan kawasan kelab malam tersebut.

SAMPAI sahaja di rumah boleh dia lihat ayahnya, ibu tirinya serta Della yang menunggunya di ruang tamu tetapi yang membuatnya pelik bila masa Della pulang bukan wanita itu masih berada di kelab malam ke?

"Daddy," panggil Ammara dan ingin bersalam dengan Tuan Ammara tetapi bukan salaman yang dia dapat.

PANG!

"Daddy kenapa tampar Ammara?" soal Ammara pipinya yang di tampar terus di pegang rasa pijar.

"Kau tahu apa yang kau dah buat!" marah Tuan Ammar.

"Ammara buat apa?" soal Amamra lagi dia benar-benar tidak tahu.

"Dah tahu tapi tanya pula." Kata ibu tiri Ammara sinis.

"Ammara betul-betul tak tahu." Kata Ammara perlahan.

"Kau tak tahu?" soal Tuan Ammar

"Ini apa?!" Tuan Ammar terus menunjuk gambar Ammara dan lelaki tersebut berpelukan di dalam kelab.

"Aku kecawa dengan kau! Apa yang tak cukup sangat ke duit aku sampai kau nak melacur!" kata Tuan Ammara lalu menarik rambut Ammara kuat sehingga Ammara mengaduh kesakitan.

"Daddy, jangan daddy sakit." Rayu Ammara perlahan cengkaman rambut tersebut betul-betul membuatnya tidak bermaya.

"Aku punya sakit kau tak fikir?!" marah Tuan Ammar lalu dia membawa Ammara ke depan pintu rumah agam tersebut dan membuka pintu tersebut.

Tidak tunggu lama dia terus mencampak Ammara dan beg pakaian Ammara yang dia menyuruh pembantu mengemas juga di campak sehingga terkena dahi Ammara.

"Daddy. Tolong jangan buat Ammara macam ni." Rayu Ammara lalu memegang kaki Tuan Ammar tetapi di tepis kuat sehingga Ammara terjatuh ke tanah.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang