TERKEJUT Ammara apabila mendapat panggilan daripada ibu tirinya untuk berjumpanya di Mid Valley. Tidak mahu dia menghampakan perasaan Amsyar dia pergi juga sebab termakan dengan pujukan Amsyar kalau tidak memang dia tidak akan berjumpa dengan wanita yang telah berjaya meregut kebahagiannya dahulu.
Apabila Amamra melihat wanita tersebut yang sedang duduk di meja makan paling hujung dia terus datang menyapa tanpa memberi salam kerana wanita tersebut tak akan menjawab sebab orang kalau dah busuk hati salam pun belum tentu nak jawab.
"Nak apa jumpa aku?" soal Ammara sedikit kasar kerana dia sudah hilang hormat kepada wanita tersebut.
Hormat sudah lama melebur apabila perempuan tersebut sanggup memfitnahnya dengan perkara terkutuk iaitu menjual diri di kelab malam sehingga dia di halau oleh ayah kandungnya sendiri angkara mulut wanita yang duduk di hadapannya.
Istana di dalam rumahnya sudah musnah, kebahagian yang dia cipta dengan manis hancur dengan kedatangan wanita ini dan dia rasa ingin membunuh sahaja tetapi di tahan dirinya kerana belum masanya, sekarang ini biarlah dia bermain dengan permainan ibu tirinya dan adik tirinya.
Ibu tirinya tersenyum manis ke arahnya tetapi dia tahu itu senyuman palsu kerana dia seakan-akan boleh menbaca niat perempuan itu.
"Nak jumpa anak sendiri pun tak boleh ke?"
"Tak payah nak buat baik dengan aku." Balas Ammara kasar di dalam hati sudah beristighfar untuk tidak berkata perkara yang kasar di tempat awam ini walaupun mereka di kawasan yang jauh dari orang awam.
"Dah nak kahwin sepatutnya ada adab lah."
"Aku akan ada adab dengan siapa yang aku nak dan yang pasti orang tu bukan kau."
"Tch tch my child duduk luar negara makin kurang ajar ya. Dengar cerita kerja di syarikat terkenal bernama DA's patutlah makin bongkak sekarang. Jangan bongkak sangat anak ku takut ia memakan diri."
Ammara yang mendengar sudah tersenyum sinis lalu tergelak mendengar kata-kata ibu tirinya, sepatutnya nasihat tersebut untuk dirinya sendiri.
"Sepatutnya kau cakap dekat diri kau bukan aku. Kau patut hati-hati sebab kata-kata kau tu yang akan memakan diri sendiri. Kalau kau fikir aku takut dengan kau dan perkara syirik yang kau pakai untuk hancurkan keluarga aku dulu kau silap lah orang tua sebab aku hanya takut pada Allah bukan kau dan bukan syaitan." Balas Ammara kasar sabarnya kian tipis apabila berhadapan dengan perempuan itu. Makin lama makin kurang ajar mulutnya.
Terkesima dengan kata-kata milik Ammara lalu dia berdehem bagai dia tidak percaya yang Ammara mengetahui rahsia yang dia simpan sudah 15 tahun dia berkahwin dengan Tuan Ammar.
"Macam ni lah. Aku dan ayah kau akan datang ke majlis nikah kau sebab ayah kau nak jadi wali kepada kau. Itu je aku nak cakap lagipun aku tak nak duduk lama-lama dekat majlis miskin milik bakal suami kau tu. Tengok pun boleh tahu betapa miskin bakal suami kau tu setakat kerja tentera gaji berapa lah sangat." Kutukan dari ibu tiri Ammara berjaya membuatnya ingin meledak. Tiada siapa yang ada hak untuk menghina Amsyar dan dia tidak akan beri sesiapa pun menghina Amsyar.
"Aku tak pernah kisah dengan gaji dia sebab pekerjaannya di hormati dan halal bukan macam kau dah lah tak dihormati lepastu kena layan jantan-jantan dekat kelab malam sampai terlahirlah anak haram kau tu, betul tak?" soalan Ammara berjaya membuat hati perempuan tu tersebut membara.
Ammara tidak betah lama-lama duduk di situ terus beredar dari terus bersengkang mata dengan perempuan tersebut. Sudah lama dia tidak pergi ke Mid Valley kerana selama ini dia duduk di Amsterdam saat ini dia ingin menghabiskan duit lalu berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Beauty Existence
عاطفية"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...