Lima bulan sebelum
KATA-kata dari Eve membuatkan badan Amsyar bergetar hebat kerana tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Pasti mimpi! Tetapi entah mengapa Amsyar merasakan memang Ammara hidup kerana dalam mimpi sebentar tadi Ammara akan kembali tetapi macam mustahil Ammara kembali dalam masa yang terdekat.
Amsyar menyelak selimut yang menutupi badannya dan ingin turu dari katil hospital tetapi di halang oleh Puan Anaya keras serta Tuan Denniz tetapi makin di halang, makin keras Amsyar ingin turun dari katil tersebut sehinggakan kedua orang tua Amsyar terpaksa mengalah dan menyuruh jururawat mengambil kerusi roda untuk Amsyar.
Tuan Denniz yang meletakkan Amsyar di kerusi roda serta menolaknya Puan Anaya dan Eve hanya memerhati sahaja. Usai itu mereka berempat menuju ke unit rawatan rapi di hospital itu dan saat mereka sampai boleh mereka lihat Tuan Ammar ayah kandung kepada Ammara serta bapa mentua Amsyar sudah menunggu di hadapan pintu. Sudah pasti lelaki berumur itu mahu mendengar khabar yang baik.
Cukuplah lelaki itu kehilangan orang tersayang janganlah lagi. Tuan Ammar yang perasan akan kehadiran besan serta menantunya hanya tersenyum tipis. Amsyar terus menghulurkan tangan untuk menyalami Tuan Ammar dan Tuan Ammar hanya memberi tangannya untuk disalami oleh Amsyar.
"Daddy ingat Amsyar tak sedar lagi," itulah ayat yang terluncur keluar dari dua ulas bibir Tuan Ammar manakala Amsyar hanya tersenyum nipis.
"Dah, sedar-sedar dapat berita tergempar macam ni."
"How daddy?" soal Amsyar.
"Daddy tak tahu," balasan daripada Tuan Ammar membuatkan Amsyar mengalihkan pandangan dari memandang bapa mentuanya ke pintu bilik pemedahan itu.
"Eve siapa yang rawat dia?" soal Amsyar.
"Daniell dan Dr. Aula." Ucap Eve yang mengejutkan semua yang berada di situ. Dr. Aula.
Sebaris nama yang menggetarkan tulang ke semua yang berada di situ. Siapa sahaja yang tidak kenal Dr. Aula Qailla, seorang doktor pakar yang digeruni pada satu ketika dahulu dan sekarang dia kembali. Kembali setelah lama menghilangkan diri dalam dunia pemedahan ini, Dr. Aula Qailla ibu kepada Ammara Qalisha.
Ramai mengatakan ibu Ammara sudah tiada di muka bumi ini tapi mereka silap, ibu Ammara masih hidup tetapi lari jauh daripada Qash dan Puan Asyikin itu sendiri, ini kerana Qash mahu menggunakan kehebatan Dr.Aula manakala Puan Asyikin mahu menyeksa Dr.Aula setelah berdekad lamanya akhirnya penyeksaan telah berakhir bagi Dr.Aula dan sinar kebahagian akan muncul kembali.
Puan Asyikin sudah berjaya di tangkap oleh pihak polis atas tuduhan meracun serta melakukan kezaliman kepada Dr. Aula itu sendiri serta pecah amanah ke atas syarikat Tuan Ammar itu sendiri, jikalau benar setiap pertuduhan yang dilakukan oleh Puan Asyikin itu benar maka hukuman gantung sampai mati itu akan dilakukan. Hukuman yang setimpal untuk manusia sepertinya. Kali ini biarlah undang-undang yang menentukan segalanya, kalau ikut Tuan Ammar memang dia nak Puan Asyikin itu mati di tangannya tapi sebab isteri tercinta menghalang tindakan undang-undang diambil.
Della yang merupakan anak kandung Puan Asyikin pula sudah hilang dari radar semua orang tetapi dia menjadi buruan pihak TUDM kerana telah melanggar etika serta peraturan yang telah ditetapkan bagi pegawai TUDM, tidak boleh dilupakan juga atas penganiayaan Della kepada pegawai lain. Setiap alat komunikasi cuba di hubungi tetapi tidak berjaya maka pihak TUDM terpaksa menggunakan cara kasar iaitu tangkap dan memberi hukuman ini kerana Della sendiri tidak mahu memberikan kerjasama.
Qash pula sudah hilang kewarasannya ini kerana Ammara Qalisha mati bunuh diri di hadapannya dan oleh kerana itu Qash mengambil pistol yang Ammara gunakan untuk menembak dirinya itu lalu menembak dirinya sendiri di bahagian kepala sehingga terkeluar segala isi kepala yang ada, darah merecik keluar tanpa henti saat itu sehinggakan sesiapa yang melihat sudah pasti ingin muntah dan tiada selera untuk makan dalam beberapa minggu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...