BAB 45

3.2K 153 5
                                    

"AKU sanggup melutut depan kau." Ucap Della bersama tangisan yang masih tersisa dia sanggup kalau perlu melutut. Oleh sebab itu langkah Ammara mati dia mula berpaling perlahan-lahan untuk menghadap Della.

Satu perasaan timbul di dalam hatinya tetapi dia tepis laju perasaan itu iaitu perasaan simpati memang dia tidak akan mudah simpati, saat dia ada perasaan itu dia akan mudah ditindas. Itu yang diajar oleh Eve sendiri. Jadi dia perlu jadi kejam demi elakkan dirinya tersakiti lagi, itu dia akan buat memang benar apa yang orang kata orang jahat sebenarnya orang baik yang tersakiti.

Della memandang Ammara dengan pandangan yang penuh berharap ini kerana dia mahu Ammara ada memaafkanya dia sanggup buat apa sahaja demi mendapat kemaafan Ammara.

"Arwah pun buat benda sama dengan aku," kata Ammara sebak.

Dia masih ingat lagi ucapan serta perilaku arwah ketika ingin memohon kemaafan darinya dan disebabkan ego dan dendam yang masih tersemat di dalam dada dia langsung tidak memaafkan Lily bahkan saat darah mengalir keluar dari hidung Lily dia langsung tiada niat ingin menolong kerana perasaan marah kepada Lily masih menguasai dirinya.

"Tapi aku tak maafkan dia, sehingga dia dah nazak baru aku maafkan dia." Sambung Ammara lagi. Dia tidak mahu ayatnya bergantung tidak bertali.

"Maafkan aku." Ucap Della tidak putus-putus.

"Apa sebab yang aku perlu maafkan aku Della Humaira?"

"Atas apa yang kau dah buat dekat aku, kau fikir mudah untuk dapatkan kemaafan aku." Ucap Ammara dingin matanya juga berubah dingin. Memang sukar untuk dia memaafkan Della setelah apa yang terjadi kepadanya. Semua ini terjadi kerana Della dan ibunya jadi memang sukar untuk dia memaafkan walaupun Della sudah melutut.

Katakanlah dia tidak belajar dari apa yang terjadi dia tidak kisah kerana dia tahu sakitnya itu bagai mana dan diperlukan masa untuk memaafkan seseorang. Bukan mudah tetapi dia akan cuba.

Della Humaira nama yang berjaya munsahkan hidup Ammara Qalisha dengan hasad dengki terhadap Ammara sendiri disebabkan kelebihan Ammara dia dengki dan jual Ammara. Siapa sahaja boleh memaafkan pekara tersebut?

"Aku salah," ucap Della lalu menekur lantai hospital tersebut sambil bermain dengan jari jemarinya. Dia takut sekarang ini.

"Kau salah tapi pernah kau fikir apa kesan yang kau dah buat dekat seseorang? Apa penerimaan masyarakat atas apa yang kau dah buat dekat dia? Apa yang dia perlu buat untuk kembali bangkit dari kisah silam yang begitu pahit untuk di telan? Kau pernah rasa macam mana dia cuba berperang dengan kemurungan sampai kena telan bermacam-macam ubat untuk hilangkan sakit yang ada?" soal Ammara bertubi-tubi sehingga membuatkan Della dihuni dengan perasaan yang bersalah setinggi gunung Everest.

"Kau pernah rasa Della?" soal Ammara lagi. Dia mahukan jawapan dari mulut Della sendiri tetapi setelah lama langsung tiada jawapan dari mulut Della membuatkan Ammara tersungging senyuman sinis. Memang tidak akan ada jawapan.

"Kau tak pernah rasa," kata Ammara setelah lama berdiam diri.

"The pain you made has create the devil in front of you right now. See it how you made the devil Della."

"The pain will always be there in my mind and never be fade." Sambung Ammara lagi apabila dia melihat Della yang tidak ingin berkata apa-apa terus kakinya melangkah keluar dari wad tersebut.

Ammara perlahan-lahan melangkah dengan kaki ayamnya untuk menuju ke bilik Lily ditempatkan sebelum dia menghembus nafas terakhir. Setiap langkahnya penuh dengan sebak dan sakit yang berada di dalam hati.

Apabila dia masuk ke dalam bilik tersebut dia terkejut apabila tubuh Lily tiada di atas katil tersebut bilik itu kosong tidak berpenghuni oleh itu dia keluar dan dia sudah tahu Lily di mana sudah pasti Lily berada di dalam bilik mayat DA's. Dia yakin oleh itu berjalan ke bilik tersebut.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now