"LILY?" kata Ammara. Sayu apabila dia melihat Lily yang terbaring lemah di atas katil hospital tersebut. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kawanya itu.
Terbit rasa sedih di dalam hatinya apabila melihat Lily yang tubuhnya penuh dengan wayar. Kenapa Lily boleh menjadi seperti ini? Bukankah Lily sudah pulih selepas pemedahan tempoh hari siap membawanya nasi ayam ke dalam bilik kerjanya, bagaimana Lily boleh jadi sebegini? Siapa punya angkara?
"Eve," panggil Ammara dan langsung Eve memandang sahabatnya itu.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Ammara perlahan tetapi cukup di dengari oleh Eve.
"Racun." Balas Eve sepatah. Dia masih marahkan Ammara tentang kejadiaan tempoh hari.
"Kau tak boleh ubatkan dia ke?" soal Ammara.
"Dia nak kau sendiri yang rawat dia sampai dia sembuh," balas Eve dingin.
"Tapi aku tak rasa kau nak sebab dendam dalam diri kau tu lagi penting dari sifat kemanusiaan kau." Balas Eve lancang. Ammara yang mendengar sudah menundukkan kepalanya. Ya dia tahu dia salah.
"Jangan kau nak cakap kau kena sihir, sebab masa tu kau elok je." Marah Eve.
"Kau kira bersyukur suami kau ni pujuk aku kalau tidak memang aku dah buang kau kerja." Kata Eve. Sedikit pun wajah Ammara Eve tidak memandang. Marah dia masih menebal di dalam dada.
"Aku minta maaf." Ucap Ammara.
Ucapan dari Ammara itu berjaya menarik senyuman sinis Eve. Semudah itu dia mengucapnya.
"Semudah itu ya Ammara?"
Apabila Eve berkata sebegitu terus Ammara rasa air matanya turun laju dari pipinya. Ya dia tahu dia sudah terlambat. Terlambat untuk segala-galanya. Lily sudah dalam keadaan sebegitu dan kemarahan Eve kepadanya sudah pasti melebihi segalanya.
"Eve kita bincang dulu. Rasanya tak elok cakap macam ni dekat depan Lily." Kata Amsyar tenang lalu mengusap belakang badan Ammara. Dia tahu Ammara sudah banjir dengan air mata.
"Tch."
"Nak bincang apa?" soal Eve perlahan sekaag ini mereka berada di luar ward Lily.
"Mustahil tak ada cara untuk pulihkan Lily? Kau doktor terbaik dekat sini." Kata Amsyar tenang.
"Ada," balas Eve sepatah. Walaupun hanya sepatah Amsyar sudah bersyukur dan Ammara tahu apa cara tersebut pasti yang berisiko tinggi.
"Tapi risikonya kematian." Balas Eve.
Ammara yang sedia tahu sudah menundukkan kepalanya. Dia tidak mahu Lily mati tetapi kalau ini sahaja caranya dia akan terima. Amsyar yang berada di sebelah sudah tidak mampu berkata apa-apa kerana dia juga tahu pasti kematian yang menjadi risiko paling tinggi dalam semua perkara."Aku boleh buat dengan syarat isteri kau dan Daniell sendiri yang akan turun lakukan pemedahan tersebut dan buang semua racun tersebut." Syarat yang ditetapkan oleh Eve membuatkan mereka berdua terkedu.
"Daniell Arash?" soal Amsyar.
"Yes. Your second bro." Kata Eve.
"Memang tidaklah." Dia sudah tahu adiknya itu bagaimana.
"Mustahil abang kandung sendiri tak tahu cara nak pujuk adiknya." Provok Eve.
Amsyar tidak tunggu lama terus mengambil telefon pintarnya di dalam poket seluar, nama Daniell Arash di cari apabila dijumpa terus dia menelefon adiknya itu. Lama barulah adiknya itu menjawab.
"Hello, kau nak apa along?" soal Daniell dengan suara yang penat.
"Kau dekat mana?" soal Amsyar.
"Syurga." Balasnya sepatah.
"Kau nak masuk neraka tak?" soal Amsyar kasar. Orang tanya dia boleh main-main pula.
"Adalah dekat mana pun tak perlu tahu, sekarang ni kau nak apa?" soal Daniell.
"Datang hospital sekarang." Arah Amsyar dia yang ingin menutup panggilan terhenti apabila mendengar rengekan seseorang dan dia tahu itu mustahil suara lelaki melainkan suara perempuan.
YOU ARE READING
Beauty Existence
Dragoste"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...