BAB 3

7.4K 374 22
                                    

AMSYAR pulang ke kuartesnya lalu merebahkan badan ke katil kerana penat yang sesungguhnya. Telefon pintarnya diambil di laci katil lalu Amsyar membuka aplikasi galeri di telefon pintarnya gambarnya bersama Lily ditatap lama sungguh dia sayangkan Lily tapi Lily sayangkan dia ke?

Tak langsung buktinya Lily ingin bercinta dengannya asbab harta! Bukan sebab cinta.

Amsyar cuba melelapkan mata tetapi tidak boleh akibat Khai yang masuk ke dalam biliknya. Dari baring terus duduk Amsyar matanya menjeling Khai.

"Bro ganggu ke?" soal Khai.

"Nak apa?" soal Amsyar.

"Ini pasal kita nak pergi Turki tu kan. Mejar nak nama si Iman masukkan. Silap Iman and the gang." kata Khai sengaja.

"Nanti aku masukkan dalam sistem. Tak ada apa-apa lagi kan so boleh blah." halau Amsyar.

"Eh sabar aku nak gosip ni." kata Khai lalu duduk di sebelah Amsyar.

Amsyar hanya diam tanpa sebarang kata hanya membiarkan Khai berkata apa yang hendak dikata.

"Ini si Della tu baru aku tahu dia anak orang kaya. Anak Tan Sri."

"Pahtu mung nok aku buat gapo?" soal Amsyar.

"Kahwin dengan dia." tidak semena-mena siku Amsyar selamat mendarat di perut Khai.

"Kau ni aku just nak kau happy je." kata Khai sambil mengusap perutnya boleh tahan sakit juga apabila disiku oleh Amsyar.

"Harta keluarga aku pun makan tak habis Khai." kata Amsyar.

"Aku tak cari harta sebab aku pun berharta. Aku juga tak cari yang berpangkat sebab aku pun dah berpangkat. Cukup dia berpendidikan dan seorang yang berkejaya."

"Aku nak cari isteri yang dia berusaha dari bawah tanpa bantuan keluarganya sendiri. She work by her own to get what she want." jelas Amsyar.

"Keluarga kau kaya sangat ke?" soal Khai. Apa salahnya korek rahsia kawan sendiri. Dia sedia maklum Denniz Amsyar ini kaya tetapi tidak tahu lah kaya yang macam mana?

"Harta keluarga aku tu 20 keturunan pun belum tentu habis. Ayah aku seorang multi-billionare ada syarikat dekat semua negara. Sepatutnya aku anak sulung ambil alih tapi aku tak nak jadi adik aku yang bongsu ambil alih tapi aku masih ada saham dalam syarikat tu dan dalam hospital DA's." terang Amsyar panjang lebar sehingga membuatkan Khai ternganga.

"Tutup mulut tu." kata Amsyar.

"The fuck kaya betul keluarga kau. Habis tu kau ada rumah sendiri lah? Kereta apa semua?" soal Khai.

"Ada je tapi aku malas pakai." jawab Amsyar malas.

"Stupid kalau aku dah lama aku naik.." belum sempat Khai habiskan kata terus dipotong Amsyar.

"Untuk apa? Menunjuk?" soal Amsyar kepada Khai.

"Aku bukan orang macam tu ibu dan ayah aku didik untuk biasa-biasa je. Kesederhanaan dalam kehidupan."

"Yang penting aku nak tengok rumah kau." kata Khai.

"Boleh je tapi datang KL lah."

"Okay."

Tidak mereka sedar perbualan mereka di dengari oleh seseorang dan berjaya membuat dia tersenyum sendiri. Niatnya memang melihat Amsyar tetapi tak sangka dapat dia dengar begitu jelas tentang siapa sebenarnya Amsyar.

"So Amsyar anak orang kaya ingat anak orang biasa je. Senang lah macam ni." katanya sendiri lalu beredar dari kuaters milik Amsyar.

PADA keesokkan pagi, Amsyar terpaksa pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan Mejar Sheikh Mahmud ingin berjumpa dengannya atas sebat yang dia sendiri tidak tahu. Apabila sampai pintu diketuk dan apabila keizinan diberi Amsyar masuk. Tabik diberi.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang