"AKU tak tahu Amsyar ada sisi macam ni tapi dia beruntung dia ada keluarga yang ambil peduli tentang dia aku ni?" soal Ammara apabila mendengar perbualan Amsyar dengan ayahnya.
Dia cemburu Amsyar memperoleh kasih sayang dengan ayahnya tetapi dia ayah kandungan sendiri tidak peduli akan dirinya saat dia kembali menunjukkan mukanya.
Ayahnya juga menduakan arwah ibunya atas sebab sudah jatuh cinta dengan seorang wanita yang tidak diketahui asal usulnya malah wanita itu mempunyai anak perempuan yang sama umurnya dengan adik kandungnya.
Apabila Ammara melihat Amsyar bangkit dari duduknya terus dirinya menyorok di dalam semak samun supaya tidak ketahuan oleh Amsyar takut juga dia kalau Amsyar melihat dirinya.
"Nasib dia tak perasan aku." Lega apabila Amsyar terus berlalu tanpa melihat ke kiri dan kanan kalau tidak sudah pasti Amsyar dapat tahu yang dirinya berada di sini.
Ammara tidak tunggu lama terus berjalan menuju ke bangku kayu yang Amsyar duduk lalu badanya di sandarkan kepala di dongakkan untuk melihat langit malam tidak mahu tunggu lama Ammara mengambil telefonnya lalu menangkat gambar langit malam yang sungguh cantik.
Saat dia mencari di mana telefonnya dia terkejut dengan seseorang yang menghulurkan telefon berjenama Apple kepadanya kepala dan badannya di pusingkan untuk melihat siapakah gerangan manusia tersebut.
Terkejut apabila dia melihat Amsyar yang tersenyum kecil melihatnya terkejut.
"Use this phone. Aku yakin kau tertinggal telefon kau dekat khemah." Bicara Amsyar lembut lalu duduk di sebelah Ammara jarak tetap ada di antara mereka.
"Thanks."
Ammara mengambil telefon pintar milik Amsyar lalu menangkap beberapa keping gambar langit untuk diabadikan sebagai kenangan, video juga diambil dan tidak Ammara tersedar dia menghadapkan kamera kepada Amsyar yang sedang memandang sungai.
Lama sehingga Amsyar berpaling barulah dia berpaling untuk merakam sungai. Malu kerana merakam anak teruna orang.
"You are pretty when you wear hijab." Perlahan sahaja suara Amsyar tetapi berjaya mengalihkan perhatian Ammara.
"Kau bukan ayah aku."
"Memang aku bukan ayah kau tapi mana tahu suatu hari nanti aku jadi suami kau."
"Tak nak aku kau jadi suami aku." Nafi Ammara sedangkan dirinya sudah tidak keruan apabila Amsyar menyebut perkataan suami.
"Yakin?" soal Amsyar nakal.
"Peluang hanya sekali Ammara Qalisha. Kalau benar kita berjodoh aku akan buat kau jatuh sedalam-dalamnya dekat aku. Aku akan hangatkan kau dengan pelukan aku. Aku akan cairkan hati kau dengan cinta aku. Aku akan beri kau belaian yang tak pernah kau rasa." Jujur Amsyar lalu memandang tetap ke mata Ammara.
Senyuman manis terukir di bibir Amsyar sehingga membuat jantung Ammara terpaksa bekerja lebih masa apabila melihat senyuman milik Amsyar, sungguh cantik senyuman Amsyar sehingga boleh dia lihat lesung pipit milik lelaki tersebut.
"Tak mungkin lah kita berjodoh."
"Tiada yang tak mungkin dengan kuasa Allah." Balas Amsyar lalu meniup ke wajah Ammara.
Kalung di lehernya di buka dan dipakaikan ke Ammara. Ammara yang dipakaikan rantai besi tersebut hanya diam kepala di tundukkan untuk melihat rantai tersebut.
"Denniz Amsyar. 379515." Perlahan sahaja suara Ammara menyebut.
"Aku baru tahu nama kau Denniz Amsyar."
"Dah kau tak tanya."
"Apa motif kau kasi rantai ni dekat aku?"
"Untuk kau ingat aku akan selalu ada dekat dengan kau." Tulus sahaja Amsyar berbicara dengannya.

YOU ARE READING
Beauty Existence
Storie d'amore"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...