AMMARA yang duduk di sofa ruang tamu penthouse tersebut sudah pelik dengan lelaki berkopiah dan perempuan yang memakai niqab. Dia rasa pelik dengan kedatangan mereka di dalam rumah ini.
"They will help you."
"Kenapa pulak?! Saya okey!" marah Ammara. Dia tidak sakit buat apa dia nak tolong dia!
Ammara ingin naik ke bilik tetapi bahunya di tekan kuat oleh wanita berniqab tersebut.
"Duduk adik sayang,"
"Kami datang nak berubat awak." Kata wanita berniqab tersebut.
Dia menekan bahu Ammara di sofa supaya duduk di situ. Lelaki berkopiah tersebut mula membaca surah dan tidak lama kemudian badan Ammara mula panas.
Amsyar hanya diam di tepi memerhati isterinya yang sedang berubat walaupun hatinya berdoa supaya isterinya tidak terseksa lagi. Cukuplah sekarang. Dia tidak suka untuk melihat isterinya sebegini.
"Sakit." Lemah suara Ammara berkata saat mereka membaca ayat suci Al-Quran badannya juga menjadi lemah tetapi tidak lama setelah itu Ammara ketawa kuat membuat semua yang berada di situ terus memandang Ammara.
"Aku nak dia," kata dia dengan suara garau. Jin yang menguasai badan Ammara menunjukkan ke arah Amsyar dan dia.
"Dan dia, ni bercerai!" jeritnya.
"Aku nak dia orang bergaduh." Katanya lalu ketawa sekuat hati.
"Kenapa kau keji sangat nak musnah masjid orang," kata Ustaz Syazwan.
"Sebab tuan aku upah aku! Dia nak mereka ni sengsarang dan perempuan ni jadi milik dia!"
"Dia yang sentuh perempuan ni. Dia yang rogol dia!" katanya lalu ketawa kuat.
Amsyar yang terus menggengam tangan sehingga menimbul urat dia tangan dan lehernya. Amarahnya kian meluap selepas dia memberitahu perkara tersebut.
Kalau dia jumpa memang dia akan habiskan cukup-cukup sebelum diserahkan kepada pihak polis bahkan selepas dia masuk ke dalam lokap sekalipun dia tidak akan buat orang tersebut itu bahagia di dalam tersebut.
Dia akan buat si dia sengsara bagaimana Ammara sengsara dari segi mental dan fizikal.
Itu janjinya.
"Argh!" jerit Ammara kuat.
Ustaz Syazwan membaca ayat Kursi dan melempar biji lada hitam kepada Ammara biji lada hitam itu juga di campur dengan beras.
"Sakitlah bodoh!" Marah Ammara. Wanita yang memegang Ammara bagai tidak boleh menahan lagi rontaan Ammara. Amsyar yang melihat terus memegang Ammara kuat.
"Lepaskan aku!" jeritan dan rontaan Ammara hanya di buat seperti angin lalu sahaja.
"Allahuakbar!"
Tidak mahu tunggu lama ustaz terus membaca ayat Al-Quran dan tidak lama rontaan Ammara terus berhenti. Badan Ammara terus lemah longlai dan berada di dalam dakapan Amsyar.
"Abang. Sakit bang." Rintih Ammara sebelum dia melelapkan matanya. Badannya lemah tidak bermaya selepas berubat.
SETELAH Amsyar meletakkan Ammara di dalam bilik dia turun ke bawah untuk berjumpa dengan Ustaz Syazwan dan isterinya Irdina. Boleh lihat di penglihatan mata yang Ustaz Razin dan Ustaz Syazwan sedang berbual.
Apabila dia melihat Amsyar turun terus mereka memandang dan tersenyum.
"Ustaz." Kata Amsyar lalu bersalaman dengan Ustaz Syazwan. Tadi waktu mereka datang dia tidak sempat ingin bersalaman kerana dia uruskan Ammara jadi dia memang tidak sempat bersalaman dengan Ustaz Syazwan.
![](https://img.wattpad.com/cover/334157895-288-k67321.jpg)
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...