BAB 54

2.8K 154 22
                                    

MALAYSIA, 10:30 malam.

AMMARA yang berada di dalam bilik mayat itu terus bangun perlahan-lahan. Pekerja yang berada di situ sudah lintang-pukang kerana melihat mayat yang boleh bangun semula. Berdecit Ammara apabila melihat perempuan itu berlari, kantoi sudah tetapi dalam hati dia berdoa Puan Aula datang menyelamatkan keadaan. Risau segala rancangan ini gagal, Amsyar dan keluarga mentuanya tahu memang habis. Kalau Eve tahu juga nyawanya juga berada di hujung tanduk sebab? Sebab permainkan nyawa sendiri tetapi bukan dia sengaja dia buat bersebab.

"Ara." Panggil satu suara yang cukup Ammara kenal. Pandangan mata Ammara melihat kepada pemilik suara itu. Iaitu ibunya, Puan Aula sendiri.

Jelas kelihatan Puan Aula sedih melihat apa yang terjadi, Ammara pula hanya tersenyum pahit. Tahulah dirinya bakal di bebel sekejap sahaja lagi tetapi sudah darurat nasib itu adalah pistol tipu-tipu dan sudah di isi dengan darah serta isi otak mainan. Dia rancang ini semua tiba-tiba bak kata orang puteh last minute. Itulah dia. Itu idea yang datang maka itulah yang dilakukan.

Puan Aula menghampiri Ammara yang berada di katil mayat itu dan setelah berada di hadapan Ammara, Puan Aula terus mengusap rambut hitam Ammara. Ammara dapat mendengar keluhan daripada Puan Aula, tahulah ibunya berfikir banyak.

"Mummy," panggil Ammara lembut.

"Ya."

"Mummy marah ke?" soal Ammara perlahan takut juga dimarahi ratu iblis ini. Kenapa dia mengelar ibunya seperti itu? Kerana ibunya kalau marah bukan satakat pekerja lari dengan Tuan Denniz, Tuan Eskandar dan Tuan Ammar sendiri lari tak cukup tanah. Tiada siapa boleh lawan dan baru sekarang ini Ammara tahu yang ibunya adalah kawan sekolah menengah kepada bapa mentuanya. Sungguh kecil dunia ini, kata ibunya Tuan Denniz itu adalah bekas kekasihnya. Tidak disangka, plot twist betul.

"Nak marah pun tiada guna benda dah terjadi, tapi mummy kesian dekat Amsyar tu. Menangis tak henti-henti mummy tengok. Kesian dia." Ucap Puan Aula. Bukan dia tidak perhati semua tingkah laku Amsyar lelaki itu menangis tidak henti-henti dan semua yang berada di situ cuba menenangkannya bagai bayi kecil. Bayi yang inginkan ibunya.

Timbul perasaan bersalah di lubuk hati Ammara tetapi rancangan perlu dilaksanakan. Apabila rancangan perlu dilaksanakan maka pengorbanan perlu ada, dia perlu menjauhkan dirinya daripada Amsyar buat seketika dan saat selesai sahaja semua ini maka dia akan kembali kepada Amsyar. Itu janjinya! Dan janji yang dia akan genggam sehingga tamat sahaja semua ini. Tunggulah!

"Untuk capai kebahagian pengorbanan perlu ada. Ara buat semua ni demi kebahagian kami dan keluarga kita. Jangan risau selesai semua ini maka Ara akan kembali ke sisi Denniz." Ucap Ammara bagi memastikan ibunya percayakan dia.

"Mummy pegang itu tetapi jangan terlalu lama. Mummy tak nak silap mummy dulu kamu ulang. Cukuplah mummy sahaja yang buat, mummy tak nak kamu juga buat." Kata Puan Aula. Ammara hanya mengganguk tanda setuju.

"Mummy bawa apa yang Ara minta?" soal Ammara. Puan Aula hanya mengangguk tanda ya.

"Okey. Ammara nak siap-siap."

"Banyak-banyak yang kamu boleh minta kenapa jubah?" soal Puan Aula pelik.

"Ara nak melawat arwah Lily sebelum nak mulakan semua ini." Jawab Ammara bersama senyuman yang pahit di bibir.

"Qash dah mati. Dia mati bunuh diri, Qash tak boleh terima kamu mati dan kalau kamu mati dia juga akan mati." Pernyataan yang keluar daripada mulut Puan Aula membuatkan Ammara mengeras. Dia tidak percaya yang dia dengari sebentar tadi, ini tidak benar. Ammara terus menggeleng kepala tanda tidak percaya.

"Ini kenyataan, Qash dah mati tetapi rakan subahat dia masih hidup. Asyikin masih hidup." Kata Puan Aula.

"Tapi mummy." Belum sempat Ammara berkata laju sahaja Puan Aula memotong percakapan anaknya itu.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now