BAB 19

6.2K 302 39
                                    

AMMARA memandang perempuan yang muka sudah berubah warna sama ada marah atau malu dia tidak peduli tetapi dia suka melihat wajah terkejut milik perempuan tersebut. Sudah pasti dia tidak sangka yang Ammara Qalisha akan kembali dan yang paling tidak boleh dijangka sudah berkahwin.

"Kau hormat sikit isteri aku." Suara Amsyar memecahkan keheningan dan boleh Ammara lihat wajah tersebut terkejut untuk kali kedua.

"Tapi dia ni..." belum sempat dia menghabiskan kata terus Ammara masuk.

"Dia ini adalah isteri sah kepada Mejar Denniz Amsyar dan dia suami sah kepada doktor Ammara Qalisha. How are you Della Humaira it's been a year we never see each other." Kata Ammara lalu tersenyum manis ke arah Della.

Untuk kali ketiga Della Humaira terkejut apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Ammara Qalisha bukankah wanita itu sudah mati akibat Clara yang hantarnya ke tempat seksaan dulu bagaimana dia boleh hidup dan boleh bekerja sebagai doktor.

"Kenapa terkejut yang aku tak mati?" soalan daripada Ammara berjaya menarik perhatian kesemua yang berada di situ dengan Amsyar sekali berpaling menghadap wajah cantik milik isterinya.

"Sayang kenal?" soal Amsyar.

"Kenal sangat dia adik tiri kesayangan sayang." Bicara Ammara perkataan adik tiri ditekan.

"Tak tahu pula."

"Orang yang tak penting buat apa nak kita bercerita kalau cerita kita tak dapat apa-apa melainkan badi dia yang melekat." Kutuk Ammara di hadapan Della.

Tidak perlu untuk kutuk belakang ini kutuk hadapan tuan empunya sendiri biar sedari diri.

Della menggengam erat buku lima supaya tidak terlepas di muka Ammara ingin sahaja dia menumbuk wajah Ammara sekarang ini kerana memalukan dia di hadapan Amsyar. Sekarang ini Amsyar sudah tahu dia ada kakak tiri dan kakak tirinya itu adalah isteri Amsyar.

Itu lagi membuatkan Della panas sepatutnya yang menjadi isteri Amsyar itu adalah dirinya bukan perempuan dan kakak tirinya yang bernama Ammara Qalisha. Dia pergi dari kawasan rumah Amsyar hatinya yang panas.

"Pergh wow. Aku tak sangka adik ipar kau ada dekat sini." Kata Khai.

Ammara yang tadi memeluk lengan Amsyar terus melepaskan kasar. Sekarang ini tukar kalau Amsyar marah akan dirinya sekarang ini dia pula yang akan marah dengan Amsyar. Ditinggalkan Amsyar dan Khai lalu masuk ke dalam rumah.

Amsyar masuk ke dalam bilik dan boleh dia lihat Ammara sudah bersiap cantik dengan tudung selendang berwarna off white. Ammara hanya sibuk dengan telefon pintar miliknya sehingga suaminya masuk dia endahkan sekarang ini perang dingin dia sudah mula.

Geleng kepala Amsyar apabila melihat Ammara yang sudah tidak bercakap dengannya. Dia ingin mendengar juga mulut itu membebel tetapi kali ini tiada. Tidak mahu tunggu lama Amsyar juga bersiap untuk pulang ke rumahnya.

"Sayang jom. Aku dah siap."

Ammara terus berdiri apabila mendengar suara Amsyar dan dia terus keluar tanpa melihat wajah suaminya lalu terus masuk ke dalam Lamborghini Urus milik Amsyar.

Setelah Amsyar meletakkan semua barangannya di dalam bonet kereta dia bersalaman dengan Khai sebelum pergi. Boleh Ammara lihat yang Khai menetap di situ tidak pulang ke rumah keluarga ingin sahaja Ammara bertanya kepada Amsyar tetapi dia batalkan niat kerana dia di dalam mood perang dingin.

Amsyar masuk ke dalam kereta dan dia melihat Ammara setia dengan telefon pintar tersebut sehingga dia masuk pun tidak di layan. Memang betul-betul marah isterinya itu.

Perlahan-lahan kereta mewah tersebut keluar dari kawasan kem dan mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah Amsyar. Keadaan di dalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang kata.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang