BANG!
Tembakan tersebut di lepaskan ke Amsyar dan tepat mengena bahu kiri Amsyar. Mengerang kesakitan Amsyar apabila ditembak secara tiba-tiba, lelaki tua tersebut sudha tersenyum sinis apabila mendengar suara Amsyar.
"Veleno is here!" ucapnya riang dan ke semua yang berada di situ sudah terkejut. Lelaki yang mereka mahu berada di hadapan mata.
Iman dan yang lain sudah terkejut kerana penyamaran Amsyar terbongkar, bagaimana lelaki tua itu boleh mengecam Amsyar dengan sebegitu mudah. Qhalif dan Alif sudah berdecit sebal apabila ketua tentera udara sudah berada di tangan penjahat. Ada yang sudah ingin menyerang tetapi di larang oleh kedua ketua mereka. Ya, selagi tiada arahan daripada Amsyar memang mereka patut patuh.
"Tak sangka, ketuanya ada dekat sini. Bukan kau hebat sangat ke? Asal boleh kantoi." Makin galak lelaki tua itu menggelakkan Amsyar apabila lelaki tersebut memegang bahunya yang di tembak sebentar tadi.
Lelaki tu itu berjalan ke arah Amsyar dan cuba menarik poteng muka yang di pakai oleh Amsyar tetapi di tepis laju oleh Amsyar sendiri memang dia ridak akan memberi sesiapa lihat mukanya. Tidak sama sekali.
"Asal? Bisu ke?" soalnya Amsyar sudah memanah tajam lelaki itu tersebut. Memang tidak akan di lepaskan, balas dengan cara menyeksa sehingga lelaki itu sendiri yang minta nyawanya di cabut.
"Tak sangka pasukan elit ada tentera bisu, macam mana kau boleh lepas? Pakai cable ke untuk masuk tentera ni? Ke guna nama bapak kau?" soalnya lagi.
"Siapa nama bapak kau? Denniz Aymar? Betul tak? Nama mak kau pulak Anaya Humaira betul kan?" soalnya galak. Semua yang mendengar soalan tersebut sudah terdiam. Pasukan tentera yang lain sudah ada yang terpinga-pinga, ada yang kenal ada yang tidak kenal akan sebaris nama tersebut.
"Dan kau," jari di tunding kepada Amsyar yang sedang berdiri sambil memegang dan menekan bahunya bagi menghentikan pendarahan daripada terus mengalir.
"Denniz Amsyar bin Denniz Aymar, pewaris harta lelaki tak guna tu. Mak kau pun sama tak guna! Hidup menyusahkan orang, lemah sebab tu sesuai jadi pelacur kepada bapak kau!" ejeknya sinis, Amsyar yang mendengar sudah ingin menghentak lelaki tua tersebut tetapi dia tahu kalau menggunakan emosi amarah semuanya akan lari dari apa yang di rancang.
Pandangan tajam Amsyar memanah lelaki tua di hadapannya, memang akan di seksa sepuas hati sebelum di bunuh. Earpiece masih berhubung dengan Qhalif serta Alif. Mereka yang berada di atas pohon sudah turun apabila melihat tangan Amsyar turun daripada memegang bahu kirinya. Tahulah mereka apa yang bakal terjadi, terus mereka pergi ke anak buat mereka untuk memberi arahan kerana bakal terjadi sesuatu dan mereka harus siap sedia.
"Morire!" arah Amsyar kuat menyebabkan tembakan dilepaskan dari atas oleh sniper yang di gelar Blue dan terkena tepat kepala lelaki di belakang Amsyar.
"Serang! Jangan bagi tentera ni pulang hidup-hidup!" arah orang kanan lelaki tua tersebut.
Kawasan tersebut hanya mendengar tembakan yang tidak henti-henti, Amsyar mengambil glock yang berada di kocek seluarnya untuk menembak setiap musuh yang cuba melindungi ketua mereka. Ketua yang menjahanam negara, ketua yang merosakkan institusi negara, ketua yang merosakkan kesihatan masyarakat, ketua yang telah menghina ibunya dan ketua yang merosakkan semunya.
Pistol di simpan dan pisau di ambil untuk menikam setiap musuh yang berada di hadapan nya sehinggakan tiada langsung yang melindungi lelaki tua tersebut. Saat Amsyar ingin menikam lelaki tua tersebut laju ada yang ingin menembak dirinya tetapi di halang oleh seseorang, Amsyar yang melihat terus terkejut.
"Thunder!" jerit Amsyar, itu adalah Qael. Tak mungkin! Bagaimana?! Badan Qael yang lemah terus di peluk oleh Amsyar erat dan makin lama makin memberat. Peluru tersebut terkena di bahagian dada Qael. Tak!

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...