BAB 26

3.6K 215 9
                                    

"WEH. Kau biar betul nak masuk dalam kem lelaki tu?" soal Ammara gelisah apabila melihat Lily begitu nekad nak masuk ke dalam kem lelaki pada malam ni!

Lily terus mendengus kasar apabila mendengar Ammara berkata sebegitu tak lama kemudian dia terus mencubit pipi tembam Ammara. Mengaduh kesakitan Ammara apabila dicubit oleh Lily.

"Aw sakit lah gila!"

"Itu makanannya. Ikut jelah Qalisha mana tahu boleh cuci mata!" sorak Lily gembira dia sudah boleh bayangkan betapa indahnya berjumpa dengan lelaki askar di dalam kem TUDM tersebut.

Itu niat dia yang pertama, yang kedua adalah dia nak berjumpa dengan askar tampan yang bernama Leftenan Denniz Amsyar. Itu adalah lelaki yang berjaya membuka hatinya untuk tidak menjadi buaya betina lagi.

"Macam lah aku tak tahu niat utama kau nak usya askar hensem tu kan?" tukas Ammara. Tepat apa yang dia tukas apabila melihat Lily tersenyum malu apabila mendengar Ammara berkata 'Askar hensem'.

"Apa yang hensem sangat dengan dia pun aku tak tahu." Geleng kepala Ammara apabila kawannya sudah tergila-gila dengan Leftenan tersebut.

"Eleh kau pun suka dia kan?" soal Lily sengaja. Kening di naikkan kedua-dua belah.

"Tak ada masa aku nak suka lelaki askar." Nafi Ammara.

Dalam hati hanya dia yang tahu dia juga menyimpan perasaan dekat lelaki yang mempunyai raut wajah yang tampan seperti Leftenan Denniz Amsyar tetapi dia kuatkan hati supaya tidak mudah jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

"Bagi aku askar semua sama. Kalau darat dia orang buaya darat. Kalau air dia jerung dan udara dia adalah helang! Kesemua dia orang ni akan makan mangsa dia orang dan aku tak nak jadi salah satu mangsa dia orang baik udara, air dan darat sekalipun!" sambung Ammara apabila melihat wajah mengejek Lily.

Sudah terang lagi bersuluh Lily menggelakkan dia di dalam hati.

Setelah Ammara sambung balik ayatnya Lily sudah menjulingkan mata ke atas sudah kenal dan imun dengan perangai milik Ammara yang satu ini. Benci lelaki! Tetapi berkawan dengan buaya betina seperti dia.

"Dah tak payah cakap banyak. Jom aku nak cari bilik Leftnenan Denniz Amsyar." Bisik Lily.

Belum sempat Ammara menolak terus Lily menarik tangan Ammara sehingga ingin terjatuh dibuatnya. Ammara pula sudah pasrah mahu tidak dia terpaksa ikut kalau tidak pasti meroyan si Lily ni.

Perlahan-lahan Ammara dan Lily keluar dari tempat mereka tidur supaya tidak tertangkap oleh pengawal yang berjaga. Kalau ditangkap sudah pasti dia mendapat hadiah yang cukup indah sehingga dia boleh terbang ke bintang. Hiperbola sungguh!

Sampai sahaja kem yang menempatkan askar lelaki mereka berdua duduk bersembunyi di dalam tong biru.

"Kau dengar apa yang aku nak cakap ni tau!" bisik Lily keras dia tidak mahu tersilap langkah.

"Apa?" soal Ammara tidak puas hati.

Lily kira bernasib baik mereka di hadapan kem lelaki kalau tidak mahu dia terus membuka kuliah percuma untuk gadis di hadapannya ini.

"Kita berpecah. Kau belah kanan aku belah kiri. Kalau jumpa askar hensem tu kau call aku! Kalau tak boleh chat! Faham?" arahan daripada Lily di dengar oleh Ammara seperti masuk telinga kanan kelaur telinga kiri.

"Faham." Jawabnya malas.

Ammara malas mahu membuang masa terus dia berjalan ke sebelah kanan kem lelaki dan dia melihat sekitar kem, takut juga dia terserempak dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti hantu!

Dia merasa bulu romanya terus berdiri apabila teringat kepada hantu. Tidak mahu terus berada di tempat sama dia terus berjalan sekeliling tetapi tiada apa pun yang dia jumpa melainkan kem yang tiada lampu yang menyala.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now