BAB 22

4.4K 236 15
                                    

BARU Ammara ingin membuka suara untuk berkata hal sebenar niatnya terbantut apabila melihat Aiman dan Ibrani yang datang ke arah dia dan Amsyar duduk. Berkerut dahinya apabila melihat senyuman dari Aiman.

"Not a good game but best game, kalau ada Iman aku rasa kita dah boleh menang dengan PASKAU tu." Kata Aiman dan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Amsyar.

Amsyar menyambut huluran tersebut apabila di siku oleh Ammara yang berada di sebelahnya. Aiman yang tersenyum kepada Ammara membuatkan hati lelaki miliknya panas. Cemburu? Ya dia cemburu.

"Ammara please take care of Mejar Denniz Amsyar because you never know what will happen in future." Kata Aiman lalu menarik senyuman sinis dan beredar dari situ bersama Ibrani.

Ammara sudah boleh menggagak apa yang Aiman cakap iaitu Della Humairah yang akan mengacau rumah tangga mereka yang baru dibina.

"Kenapa?" soal Amsyar.

"Jom balik." Kata Ammara lalu berdiri dengan laju kerana tidak mahu duduk di situ lebih lama.

"Denniz Amsyar." Panggil satu suara yang cukup Ammara dan Amsyar kenal iaitu Ammsyar Ridzuan dan isterinya.

"Dah nak balik?" soal Ammsyar Ridzuan.

"Isteri aku dah tak sabar nak balik." Balas Amsyar.

"Tak nak berbual dulu ke? Sebab saya dengan suami saya nak pergi makan burger dekat tepi jalan sana, alang-alang boleh saya kenal-kenal dengan Ammara." Kata Humayra lalu tersenyum kepada Ammara.

"Sayang?" soal Amsyar.

"Boleh je." Balas Ammara lembut tidak akan dia tolak permintaan ibu mengandung tersebut.

"Baguslah." Balas Humayra sambil tersenyum apabila permintaanya tidak ditolak oleh Ammara.

Saat mereka berjalan menuju ke gerai burger tepi jalan sempat Amsyar membisik sesuatu di telinga Ammara sehingga membuat muka Ammara berubah warna.

"I can't wait to see you pregnant, angel." Bisik Amsyar penuh nakal di telinga Ammara yang berlapik tudung.

Ammara hanya diam tanpa berkata apa-apa kerana sekarang ini cik jantung perlu bekerja lebih masa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya yang langsung tidak berlapik.

Bagaimana kalau Ammsyar Ridzuan dan Humayra Delisha mendengar? Mana dia nak letak muka dia ini.

Mereka berempat duduk di meja yang sudah di sedia di gerai burger tersebut dan Amsyar menanyakan apa yang mereka hendak makan setelah memberitahu apa yang hendak dimakan Amsyar terus pergi ke penjual burger dan memberitahu yang mereka telah pesan.

"So how marriage life?" soal Humayra.

"Alhamdulillah. Semua okey." Balas Ammara.

"Untungkan awak?" kata-kata Humayra berjaya membuat Ammara memakukan kepala kepada Humayra sepenuhnya.

"You have man that can protect you, he accepts all your flow and do everything for his angel." Kata Humayra Delisha.

Ammara sudah tersenyum tawar apabila mendengar kata-kata Humayra. Dia beruntung berjumpa dengan Amsyar di Turki dan sekarang ini dia sudah berjaya menjadi isteri sah kepada Denniz Amysar Bin Denniz Aymar.

"Dipertemukan di bumi Turki, dikahwinkan di Malaysia dan dipisahkan dengan ajal." Kata Ammsyar Ridzuan kepada Ammara.

Mata milik Ammsyar Ridzuan tunak kepada Ammara yang diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa. Sudah dia tahu perangai Ammara ini dari Khai sendiri. Setelah kejadian hitam menimpa wanita ini dia menjadi diam dan akan bercakap dengan orang yang dia percaya iaitu Denniz Amsyar.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now