BAB 32

4K 208 11
                                    

AMMARA langsung tidak boleh fokus dengan kerja yang berada di depan mata kerana di dalam fikirannya hanya Amsyar dan Amsyar. Sepatutnya pagi ini dia ingin berbual dengan suaminya tetapi suaminya sudah keluar awal pagi untuk pergi ke syarikat. Memang tidak sempatlah berbual dan memujuk lebih lagi, semalam sempat pujuk cium pipi sahaja. Susahlah kalau setiap hari begini. Dia mahu berbincang dan perbetulkan apa yang perlu.

"Dah kenapa kau termenung?" soal Qash. Dari tadi dia ketuk pintu tetapi Ammaara tidak menyahut bahkan dia sudah berada di depan mata pun, Ammara tidak perasan.

Qash duduk di kerusi hadapan Ammara lalu menatap muka Ammara yang resah bagai ada masalah besar. Harap tidak berlaku benda yang buruk.

"Ni bekal untuk kau." Kata Qash lalu menyerahkan beg kertas  yang berisi nasi goreng kampung kegemaran Ammara dan tidak lupa jagung susu.

"Thank you, nanti aku makan." Kata Ammara perlahan.

"Makan sekarang Ammara kau nak buat kerja,"

"Kalau tak makan macam mana kau nak bekerja dengan baik." Tegur Qash lembut.

"Aku tak ada selera." Kata Ammara perlahan dan kali ini dia mengurut kepalanya.

"Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Qash. Pelik betul sepatutnya dah kahwin gembira ini sedih semacam.

"Aku okey, cuma stres dengan kerja je tambah pula jadual yang padat memanglah aku stres." Kata Ammara. Sebenarnya dia tidak mahu Qash tahu tentang rumah tangganya biarlah dia diam. Jaga kain sendiri.

Lagi pula tidak elok untuk orang luar tahu tentang rumah tangganya kerana ia bagai memberi peluang kepada orang luar untuk menambah minyak ke dalam api. Jadi lebih baik dia diam. Diam untuk kebaikan rumah tangganya dan diri sendiri.

"Lepas kau makan ni jangan lupa tengok pesakit kau." Kata Qash takut juga si Ammara ni lupa kalau dah sibuk sangat.

"Pesakit?" soal Ammara pelik, sejak bila dia ada pesakit setahu dia, dia perlu melihat laporan hospital sahaja.

"Lily Sorfina. Pesakit kau." Kata Qash lalu berdiri dan keluar dari bilik kerja Ammara.

Bagai tidak percaya dengan apa yang Qash kata sehingga terhenti setiap tingkah laku Ammara. Tidak tunggu lama, terus dia mencapai telefon pintarnya dan melihat nama pesakit dan nama doktor yang ada, tepat jangkaan ada nama dia sebagai doktor yang bertanggungjawab ke atas pesakit bernama Lily Sorfina.

Benci betul. Siapa yang buat ini memang dia nak cari sampai dapat. Tidak tunggu lama dia keluar dari bilik kerja dan ingin berjumpa dengan doktor Maya yang bertugas tentang ini.

Sampai di hadapan bilik dia mengetuk dan apabila mendapat keizinan barulah dia masuk. Boleh dia lihat doktor Maya yang sedang sibuk mencari fail di rak fail biliknya. Selesai dia mengambil terus dia duduk dan dia tersenyum kepada Ammara.

"Yes, Dr. Ammara? Need any help?" soalnya ramah. Tangan ditunjuk ke arah kerusi untuk Ammara duduk tetapi Ammara menggeleng. Lagi pula dia hanya datang sekejap sahaja.

"You yang buat data pesakit dan doktor kan?" soal Ammara.

"Yes, that's me. Why dear?" soalnya.

"Why nama pesakit I Lily Sorfina? I nak tukar pesakit." Kata Ammara tegas.

Doktor Maya sudah ketawa dengan tindakan Ammara dan dia duduk di kerusi kerjanya.

"I hanya buat mengikut arahan pihak atas iaitu pemilik hospital ni and that was your bestfriend. Aria Emelard Eve." Kata doktor Maya lalu tersenyum manis kepada Ammara.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang