PUNCHING bag di tendang sekuat hati oleh Amsyar, ketika ini dia mahu melepaskan segala amarah yang terbuku di hati dan hilangkan tekanan di dalam mindanya. Selepas sahaja dia naik kerja makin banyak masalah yang dia hadapi. Contoh yang paling ketara, ada yang berinya bunga dan coklat tanpa tahu siapa pemberi. Bukan sekali diberi tetapi setiap hari tanpa tinggal sehari pun. Gila. Itu belum lagi dengan pegawai-pegawai wanita yang sudah datang menggatal dengannya. Langsung tak boleh difikir dek akal. Kalau wanita itu tidak berpunya dia tidaklah rungsing kerana itu normal tetapi ini wanita itu sudah mempunyai kekasih bahkan ada yang sudah bertunang.
Makin kuat tumbukan dilepaskan oleh Amsyar saat ini, Khai hanya mampu melihat sahaja sahabatnya itu melepaskan amarah yang lain juga mampu melihat sahaja kawan sekerja mereka sebegitu kalau di tegur mereka pula yang bakal di ganti sebagai punching bag. Lebih baik diam dari berkata apa-apa, kerana di hadapan mereka ini bukan Denniz Amsyar normal tetapi Denniz Amsyar yang dirasuk perasaan marah.
Sepuluh minit berlalu dengan begitu pantas sehinggakan Amsyar sendiri berhenti memukul dan menendang punching bag tersebut. Dirinya sudah lelah dan penat tetapi yang terbuku di dada belum lagi keluar. Khai memberikan air mineral sejuk kepada Amsyar dan segera Amsyar mengambil, dengan lafaz bismillah laju sahaja air mineral itu di teguk. Ini menunjukan dia benar-benar haus.
"Kau okey tak ni?" soal Khai kepada Amsyar. Khai yakin ini bukan sahaja masalah kerja tetapi masalah lain dan masalah lain itu mesti berkenaan keluarga.
"Okey." Balas Amsyar selepas minum air yang diberi oleh Khai. Khai sudah sediha maklum bahawa Amsyar memang tidak akan menceritakan masalah tersebut hanya mencebik. Geram pun ada tapi itulah kita tak boleh paksa. Nanti kalau paksa makin tak mahu berkata apa-apa.
"Masalah tu ke?" soal Qael.
"Hurmm." Gumam Amsyar.
"Masalah apa ni?" soal Khai. Kenapa dia tidak tahu menahu tentang ini mengapa Qael boleh tahu tetapi dia tidak? Eh ini sudah lebih.
"Mana kau nak tahu, kau sibuk bercinta dengan buah hati kau tu." Ucap Qael kepada Khai.
"Eh kau ni." Balas Khai.
"Cerita jelah." Kata Khai, dia ingin tahu ni.
"Kita ada satu misi, misi ingin kita kena bawa budak-budak baru tapi budak-budak baru ni semuanya sombong. Langsung tak mahu dengar kata bukan sahaja itu, bila ketua bercakap dia orang boleh bising dekat belakang. Misi ni memang lah bagi kita tak penting mana, tapi bagi mereka penting sebab itu ada markah. Kita setakat tolong dan dapat naik gaji tu je." Terang Qael dan ke semua yang berada di situ juga ada yang sudah berbicara tentang perihal tersebut ada yang sudah memberitahu apa yang mereka tidak puas hati dengan pegawai-pegawai baru tersebut.
"Misi tu nama apa?" soal Khai.
"Misi Letter of Devil. Die or die." Jawab Amsyar dingin. Geram juga lelaki itu dengan Khai. Bercinta sampai abaikan kerja.
"Ooo."
"Lain kali, kalau rasa nak bercinta tak payah masuk kerja." Kata Amsyar senada, sempat di jeling Khai yang berada di sebelahnya. Khai pula sudah terkumat-kamit di tempatnya apabila di tegur sedemikian. Memang lah ayat biasa kalau orang tegur tetapi bila Amsyar yang tegur entah mengapa masuk ke jantung teguran tersebut.
"Pedih mat." Ucap Iman walaupun dia tidak bersalah tetapi tetap juga rasa pedih.
"Qael," panggil Amsyar. Qael yang berada di situ sudah siap sedia mendengar dan melakukan tugasan.
"Ya?" soalnya kepada Amsyar.
"Panggil budak-budak tu. Malam ni, aku nak kasi hadiah." Ucap Amsyar. Ke semua yang berada di situ sudah menarik senyuman sinis. Tahulah maksud 'hadiah' yang dikatakan oleh Amsyar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romantika"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...