BAB 49

2.9K 170 20
                                    

MATA di buka perlahan-lahan, lampu di dalam bilik tersebut membuatkan Amsyar terpaksa menutup semula matanya bagi menghilangkan silau. Beberapa saat barulah dia membuka kembali matanya. Alangkah terkejutnya Amsyar apabila melihat sekujur tubuh di hadapannya sedang mengenggam tangan kasarnya. Ketika ini dia teringat akan Ammara.

"Sayang," suaranya keluar saat ini bersama air mata.

Perlahan-lahan tangan di tarik dari genggaman wanita itu, bagi wanita itu apabila ada seseorang mengalihkan tangannya dia tersedar. Mungkin dia juga tidak boleh tidur lena perlahan-lahan mata di buka dan kepala diangkat.

Amsyar yang memerhati wanita itu terus tergamam. Ini sudah pasti mimpi!

Wanita itu menggosok matanya bagi menghilangkan kantuk dan menghilangkan biasan cahaya di dalam bilik ini. Amsyar yang hanya diam sahaja melihat telatah wanita di hadapannya ini. Biar betul? Ini mesti mimpi. Wanita itu terus berpaling kepada Amsyar dan menghadiahkan sengihan.

"Awak dah sedar?" soalnya lembut.

"Ammara." Panggil Amsyar lembut tangan diangkat bagi menyentuh pipi wanita di hadapannya itu.

"Sayang masih hidup. Alhamdulillah." Ucapa syukur kepada Tuhan diberikan. Sungguh dia tidak sangka Ammara masih hidup. Jadi semua ini mimpi tapi mengapa dia boleh berada di hospital sekarang ini?

IV drip di tangannya di tenung lama. Sakit juga.

"Bila saya kata saya hidup?" soal Ammara.

Kata-kata dari Ammara membuatkan Amsyar yang merenung tangannya naik memandang Ammara, sekarang ini dia rasa ingin mengucap apabila melihat wajah yang berada di hadapannya. Wajah wanita itu berubah.

"Jangan cakap abang takut dengan saya," kata Ammra dengan nada sinis.

Wajahnya sungguh menakutkan Amsyar seketika ini. Muka yang penuh darah dan mata sebelah kanan sudah terkeluar. Rambut panjang Ammara sudah dipenuhi dengan darah, rupa Ammara juga sudah menakutkannya. Ammara sudah berdiri dan datang mendekatkan diri dengan Amsyar.

"Jangan takut. Saya masih isteri abang tau. Saya masih cantik kan?" soalnya dengan nada manja tetapi manja yang merinding sehinggakan bulu roma Amsyar menegak.

Ammara yang semakin mendekat membuatkan jantung Amsyar ingin meledak dan takut. Jangan kata Ammara ingin melakukan kepadanya, dia tiada salahpun dengan hantu Ammara ini maka jangan ganggunya.

Apabila melihat Amsyar yang semakin takut dengan dirinya terus Ammara ketawa mengilai apabila melihat wajah pucat tidak bernyawa milik Amsyar.

"Saya akan datang kembali." Ucapnya lalu wajah yang menakutkan bertukar menjadi cantik semula. Tiada lagi mata yang terkeluar, tiada lagi darah di seluruh muka dan rambut serta semuanya berubah menjadi cantik.

"Jangan cakap aku gila." Ucap Amsyar.

"Abang tak gila. Ini memang saya dan saya akan di sisi abang." Ucap Ammara.

"ARGH!" jerit Amsyar lalu mengejutkan Puan Anaya yang sedang mengelap tubuh anak sulungnya itu. Tuan Denniz terus meluru laju ke arah Amsyar bagi mengejutkan Amsyar.
           
Sudah pasti Amsyar sedang mimpi benda buruk atau mengingati kejadian hitam itu. Bahu anaknya digoncang sedikit kuat supaya menyadarkannya. Amsyar yang tersedar apabila dia mendengar dirinya di panggil oleh suara yang cukup dia kenal.
           
"Amsyar." Panggil Puan Anaya lalu mengusap perlahan muka Amsyar.
           
"Ibu," itu sahaja yang mampu dikata saat matanya sudah terbuka dan dapat mengagak dirinya di mana. Tangan yang dicucuk Iv drip di pandang kemudian melihat kedua orang tuanya yang sedang galak merenungnya dengan pandangan penuh kasih.
           
"Ya." Balas Puan Anaya.
           
"Ammara hidup lagi kan? She still alive right? Dia datang dalam mimpi Amsyar. Dia cakap dia akan kembali. Betulkan ibu?" soal Amsyar terus-terusan kepada ibunya. Dia ingin mendapat jawapan daripada ibunya kalau bukan ibu, ayahnya juga boleh.
           
Amsyar yakin Ammara masih hidup. Nalurinya berkata sebegitu dan dia yakin isterinya hidup. Masih hidup. Tuan Denniz hanya melihat anak sulungnya yang masih mengharapkan Ammara hidup. Bagaimana dia mahu berkata kepada anak lelakinya itu. Ammara sudah tiada dan tidak akan pernah kembali.
           
Puan Anaya sudah keras tidak boleh berkata apa lagi apabila melihat wajah penuh pengharapan milik Amsyar. Sakit serta hatinya bagai di cengkam hebat oleh tangan seseorang.
           
"Amsyar," panggil Tuan Denniz.
           
Amsyar yang mendengar namanya dipanggil terus menatap wajah berusia ayahnya. Bagai seorang budak kecil yang mengharapkan gula-gula daripada orang dewasa. Matanya berair mengharapkan gula-gula tersebut begitu juga dia mengharapkan jawapan kepada soalan yang ditanya sebentar tadi.
         
"Dunia ini milik Tuhan. Kita milik Tuhan. Amsyar milik Tuhan dan Ammara milik Tuhan maka janganlah terus-terusan bersedih atas apa yang berlaku. Tak baik." Nasihat Tuan Denniz lembut ini kerana dia juga pernah merasa ujian yang hebat dari Tuhan yang Maha Berkuasa.
           
"Meskipun Ammara hidup dia perlu masa untuk berjumpa kamu," ucapan dari Tuan Denniz membuatkan Puan Anaya menoleh laju ke arah sang suaminya. Sudah mengapa sebegitu?
           
Tidakkah nanti seolah-olah memberi harapan kepada anaknya itu sudahlah Amsyar sedang bertarung dengan emosi. Boleh pula berkata sebegitu. Tuan Denniz yang sedar akan pandangan tajam milik sang isteri hanya buat tidak nampak.
           
"Pengakhiran yang indah akan menanti tapi ia perlukan masa. Percaya pada Tuhan dan percaya pada Qada' dan Qadar. Kita boleh bersedih tapi jangan terlalu lama kerana terlalu lama kita bersedih lagi jauh kita dengan Tuhan."
           
Baru Tuan Denniz ingin meneruskan ayat pintu bilik Amsyar di buka kuat oleh seseorang membuatkan semua mata memandang kepada manusia yang membuka pintu itu kuat. Kuat sehingga menarik perhatian jururawat yang berada di situ tetapi mahi ditegur mereka yang bakal kehilangan kerja.
           
Eve tercungap-cungap berlari ingin berjumpa mentua serta abang iparnya yang berada di kawasan peribadi di tingkat tujuh. Nafas di ambil sebelum memulakan bicara, apabila melihat wajah terkejut Puan Anaya terus Eve tahu yang ibu mentuanya terkejut dengan apa yang berlaku.
           
"Kenapa Eve?" soal Tuan Denniz.
           
"She..." ucap Eve tercungap-cungap.
           
"Who?" soal Puan Anaya pula. Nadanya bergetar hebat darah sudah mengepam laju ke jantungnya sungguh dia boleh agak dengan jawapan Eve.
           
"Dia hidup!" ucap Eve kuat membuatkan ketiga-tiga mereka membeliakkan mata tidak percaya.

TBC

Andai ada typo, maaf.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now