BAB 28

4.3K 215 5
                                    

PAGI lagi Eve sudah menelefonnya untuk berjumpa di hospital DA's kerana ada urusan yang mustahak. Mahu dia tolak tapi terkenangkan Eve berkata dengan nada cemas terus dia bersiap-siap dengan pantas setelah dia bersiap baru dia ingin membuka pintu penthouse dia terdengar suara Amsyar memanggilnya membuatkan langkahya terhenti. Kepalanya berpaling kepada Amsyar yang boleh dikata sudah bersiap dengan hoodie hitam.

"Abang kenapa?" soal Ammara.

"Meh abang hantar." Kata Amsyar lalu menyerahkan helmet kepada Ammara.

"Merempit?" soal Ammara lalu melihat helmet yang berada di tangan Amsyar.

"Tak mahu ke?" soal Amsyar semula.

"Jom." Kata Ammara lalu mengambil helmet di tangan Amsyar.

Sampai sahaja di tempat parkir motorsikal Amsyar terus menghidupkan motorsikal berkuasa tingginya dia pergi ke Ammara lalu memakaikan helmet ke kepala isterinya. Ammara sudah tersenyum suka dengan apa yang Amsyar lakukan kepadanya.

"Thank you, abang."

"Not a big problem. Come naik motor." Kata Amsyar lalu menepuk-nepuk tempat duduk tersebut.

Naik sahaja Ammara terus dia memeluk pinggang Amsyar erat, tersenyum Amsyar apabila dipeluk sebegitu erat oleh Ammara tidak tunggu lama dengan lafaz Bismillah dia keluar dari kawasan perumahan mewah tersebut.

Amsyar terus pecut apabila mendengar Ammara ingin sampai awal di DA's kerana ada masalah pesakit di sana. Tidak tunggu lama terus Amsyar memecut bagai tiada hari esok, Ammara yang berada di belakang sudah memeluk erat kerana takut dengan kelajuannya yang di bawa Amsyar.

Sampai sahaja di tempat parkir khas untuk pekerja terus Ammara melepaskan pelukan. Dia turun dari motorsikal berkuasa tinggi terus dia menjeling kasar Amsyar yang baru membuka helmetnya.

Terjongket kening Amsyar apabila Ammara menjelingnya tajam.

"Why sayang?" soalnya polos bagai lupa apa yang dia sudah buat kepada Ammara.

"Bawa motor macam nak bawa pergi jumpa Tuhan!" marah Ammara lalu menyerahkan helmet kepada Amsyar kasar.

Kaki dihentakkan tanda marah kepada suaminya dan menuju ke arah bilik Eve yang berada di tingkat tujuh hospital DA's. Amsyar juga mengikut sahaja langkah isterinya dari belakang tidak mahu jauh dari pandanngannya. Sampai sahaja di depan bilik Eve terus Ammara ketuk pintu dan apabila mendengar suara Eve mengizinkan masuk barulah dia masuk.

Masuk sahaja dia terus terkejut dengan apa yang terhidang di depan mata. Bagai nak terkeluar anak matanya apabila melihat wajah yang cukup dia kenal tetapi di penuhi dengan lebam dan bibirnya juga pecah.

"Masuk Ammara dan Amsyar." Kata Eve apabila melihat Amsyar yang berada di belakang Ammara yang bagai kakinya sudah terpasak di situ.

Ammara dan Amsyar masuk ke dalam bilik kerja Eve dan duduk di sofa di bilik tersebut. Eve pula sudah berdiri di sebelah Lily lalu memegang bahu Lily untuk memberi semangat dan kekuatan. Dia sudah tahu kenapa Lily menjadi seperti itu.

"She has something to tell you. Both of you." Tegas Eve berkata apabila melihat wajah dingin milik Amsyar.

Dia tahu siapa Lily ini di mata Amsyar kerana Lily sudah menceritakan kesemua kisah mereka berdua dari awal sehingga ke akhir tidak lupa juga bagaimana dia dan Ammara putus sebagai kawan. Tragis apabila mendengar cerita Lily.

"Saya datang sebenarnya nak minta maaf dekat awak berdua. Saya bersalah sangat dengan apa yang terjadi, demi Allah saya betul-betul ingin minta maaf tentang apa yang terjadi. Dekat Qalisha terutamanya, saya kejam dengan awak, saya keji awak dan saya buat kebahagian awak mati. Saya betul-betul menyesal Qalisha boleh awak maafkan saya." Pinta Lily jika dia perlu melutup dia akan melutut demi mendapat kemaafan Ammara ketika ini.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now