HARI yang dinantikan oleh kedua kekasih hati sudah tiba, hari dimana mereka di ijab qabulkan, hari di mana masjid mereka dibina dan hari yang mengubah kehidupan mereka berdua.
"Denniz Amsyar bin Denniz Aymar."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Ammara Qalisha binti Ammar Muhammad dengan mas kahwin 100000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Ammara Qalisha binti Ammar Muhammad dengan mas kahwin 100000 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah?"
"Sah."
Alhamdulillah berkat izin Allah mereka berdua selamat di ijab qabul dengan berwalikan ayah Ammara sendiri. Mereka hanya membuat majlis nikah tanpa walimatul urus atas permintaan Ammara sendiri dan majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan rapat sahaja.
Hanya sedikit yang mengetahui majlis nikah mereka, sepatutnya besar-besaran tetapi kerana hormatkan permintaan Ammara, Amsyar hanya turutkan sahaja.
Alhamdulillah atas berkat doa semua majlis mereka berdua berjalan lancar dan boleh Ammara lihat kawan sekerja Amsyar yang datang dan tidak lupa kawan suaminya yang dia jumpa di gelanggang masa itu juga ada.
Amsyar memperkenalkan kawan-kawan dia yang hadir iaitu Ammsyar Ridzuan dan lelaki di gelanggang yang mengacaunya.
"Congrats bro." kata Ammsyar Ridzuan.
"Congrats. Amsyar dan Ammara." Kata Humayra Delisha isteri kepada Ammsyar Ridzuan.
"Terima kasih." Balas Amsyar dan Ammara serentak.
"Kejap ya bro." kata Amsyar lalu meminta diri.
"Angel." Bisik Amsyar lalu menggenggam tangan Ammara dan dibawa Ammara berjumpa dengan ibu bapa Ammara.
Puas Ammara menolak tetapi Amsyar tetap memaksa dan dia terpaksa gagahkan diri dan muka untuk berjumpa dengan manusia yang dia tidak ingin jumpa sekali. Dia rasa dia beruntung yang adik tirinya tidak hadir kerana ada latihan.
Kalau ada sudah tentu akan berlaku kekecohan di majlis yang mulia ini.
"Ammara, salam ayah kau." Kata Amsyar apabila mereka sudah muncul di hadapan Tuan Ammar dan isterinya.
"What the hell?"
"Ammara Qalisha." Nama penuh sekali pakej renungan tajam diberikan oleh Ammara.
Tidak mahu dia terpaksa menyalami ayahnya tetapi ayahnya seperti acuh tak acuh sahaja menyambut huluran tangannya.
"Aku tak sangka yang kau boleh cari lelaki yang tak boleh beri kau apa-apa." Sungguh Ammara terasa dengan kata-kata ayahnya saat ini.
Amsyar langsung tiada salah dengan Tuan Ammar tapi sebab harta sanggup ayahnya hina Amsyar. Ini membuat hatinya panas. Jika bukan sebab majlis yang mulia ini sudah lama dia siram dengan air oren.
Ditahan segala amarah dengan istighfar di dalam hati supaya dia tidak meletup, baran dia tidak boleh buat main.
"Betul lah tu bang, apalah sangat kerja askar nak dibandingkan dengan kerja doktor." Sinis sahaja kata-kata ibu tirinya.
Saat ini Ammara sudah ingin meletup apabila mendengar kata hinaan ibu tirinya yang perangai serupa binatang berwarna pink.
Tidak mahu tunggu lama Ammara terus pergi ke meja yang penuh dengan air oren yang berisi ais. Terbit senyuman sinis di bibir Ammara lalu tidak lama dia siram kedua-duanya dengan air oren yang segar dari balang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romantika"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...