BAB 1

11.6K 447 40
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM ibu." salam diberi kepada syurganya iaitu Puan Anaya.

"Waalaikummusalam anak ibu. Bila nak balik KL ni?" itulah soalan yang akan dibualkan setelah salam diberi.

"Maybe next week or next two week." jawab Amsyar sambil tersenyum apabila mendengar ibunya mengeluh.

"Kenapa lambat lagi. Ibu rindu ni." meleret sahaja Puan Anaya berkata kepada anak sulungnya itu.

"Ibu ni ayah ada, Daniell ada dan Deinz pun ada nak juga Amsyar yang jauh ni." ketawa Amsyar setelah berkata demikian.

"Ha gelak-gelak. Kamu masuk tentera tu nanti tak boleh kahwin tau." kata Puan Anaya sengaja mengusik anaknya itu.

"Eh kenapa pula?"

"Sebab tak ada orang yang rela berjauhan dengan suaminya sendiri dan tak ada perempuan yang suka lelaki askar." jujur Puan Anaya.

Apa yang diperkatakan Puan Anaya itu benar belaka apabila dia ingin masuk ke dalam Angkatan Tentera Malaysia ramai yang membangkang terutama ibu dan bekas kekasihnya iaitu Lily Sorfina. Lily sanggup putus kerana tidak suka akan pekerjaan Amsyar di masa hadapan kerana kerja tentera ini adalah makan gaji dan tidak akan kaya.

"Biarlah ibu lagi bagus boleh Amsyar bahagiakan ibu dan ayah je." balas Amsyar.

"Aku boleh bahagiakan isteri aku kau tak payah nak sibuk bahagiakan dia." balas Tuan Denniz apabila mendengar anaknya berkata demikian.

"Tak habis lagi ke cemburu tu?" soal Amsyar sengaja.

Sudah lali dengan sikap ayahnya yang satu ini selalu cemburu apabila dia ingin rapat dengan Puan Anaya.

"Bila masa aku cemburu?" soal menyoal masing-masing.

"Abang sudah-sudahlah tu dekat rumah nak bergaduh dalam telefon pun nak bergaduh ke?" soal Puan Anaya kepada suaminya ini.

"Padan muka. Bluek!" ejek Amsyar.

"Ibu ayah Amsyar dah kena gerak ni. Nanti Amsyar telefon lagi ya. Assalammualaikum." putus Amsyar.

"Waalaikummusalam." jawab kedua orang tuanya dan setelah itu panggilan diputuskan.

"Amboi suka nampak kau ni." tegur Khai apabila melihat Amsyar tersenyum.

"Awek ke telefon tu." jeling Khai di skrin telefon Amsyar.

"Aku awek pun tak ada." balas Amsyar selamba.

"Iya lah tu. Mu tu bukan boleh percaya sangat entah-entah diam-diam ubi berisi dalam diam bercinta." kutuk Khai.

Apa ingat dia percaya lah yang Amsyar ni single wajah tampan bukan main, badan pun boleh tahan tegap sixpack pun ada siapa je tak nak ini lagi satu bukan sahaja pandai bawa jet tapi pandai masak juga.

"Siapa yang bercinta? Amsyar ke?" soal seorang perempuan yang menyampuk perbualan mereka berdua.

"Tak ada apalah leftenan Della Humaira." balas Khai malas.

Ini tak lain tak bukan nak korek rahsia Denniz Amsyar lah tu!! Bukan dia tak tahu yang perempuan itu sudah jatuh suka dengan Amsyar bukan jatuh suka entah-entah sudah jatuh cinta!!

"Amsyar awak free tak malam ni. Jom kita dinner sekali nak tak?" pelawa Della.

"Aku busy." balas Amsyar dingin.

Tidak mahu tunggu lama terus Amsyar meninggalkan kawasan tersebut untuk pergi ke arah bengkel untuk melihat pesawatnya untuk diuji pada esok pagi.

"Kena reject ke tu. Kesian eh kau." ejek Khai lalu pergi ke arah Amsyar pergi sudah tahu kemana Amsyar ingin pergi.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now