BAB 30

3.6K 199 12
                                    

PINTU bilik tidur dihempas kuat oleh Ammara sakit di hati masih ada apabila melihat Amsyar membela Lily sedangkan Lily itu sudah sakitkan hati suaminya bahkan telah menyakitkan dirinya juga tetapi mengapa semudah itu suaminya memaafkan orang yang berjaya membuat hatinya terluka. Dia tidak faham sungguh mengapa suaminya begitu baik!

Badannya direbahkan kasar di atas katil bersaiz king penat dengan apa yang terjadi niatnya ingin melawat Puan Anaya tertangguh atas sebab Lily. Ya Lily punca ini berlaku dan suaminya berubah.

"Kalau aku tak bahagia kau pun tak boleh bahagia Lily." Gumam Ammara sambil menatap syiling rumah.

"You have no right to be happy nor be loved. Take the consequences you have done to my life Lily Sorfina. I will make your life like hell right now." Sinis Ammara berkata dan dia bangkit dari pembaringan untuk menuju ke dapur.

Ammara ingin memasak makanan kegemaran Lily dan di bawa ke hospital saat dia sibuk memasak pinggangnya dirangkul erat oleh seseorang dari belakang. Tersenyum apabila dia terhidu bau yang cukup dia kenal iaitu bau suaminya. Badannya laju memusing untuk menatap suaminya.

"Hey." Panggil Ammara.

"Hey." Jawab Amsyar.

"Kenapa pakai tudung dalam rumah?" soal Amsyar pelik.

"Saja lagipun kejap lagi saya nak pergi hospital." Balas Ammara mesra.

Pelik Amsyar melihat isterinya yang perangai seperti tiada apa yang berlaku di hospital tadi. Ternaik kening milik Amsyar apabila mendengar jawapan Ammara itu.

"Are you really my Ammara?" soal Amsyar pelik.

Tergelak kecil Ammara apabila mendengar jawapan suaminya itu. Nampak sangat suaminya bingung dengan apa yang terjadi. Sebentar tadi di hospital bukan main bergaduh tetapi di rumah baik pula.

"I'm Ammara, Mrs Amsyar. Wife to Mejar Denniz Amsyar." Lembut sahaja suara Ammara ketika ini.

"You make me want to know more what is in your mind." Kata Amsyar dan dahi mereka berdua bersatu mata melihat antara satu sama lain. Ammara sudah menelan air liur kesat apabila melihat betapa cantiknya warna anak mata suaminya yang sedang memandangnya dengan penuh cinta.

"I love you. I really love you no less, honey. I want you to forgive Lily she deserves your forgiveness and she need it." Keras suara Amsyar berkata sehingga Ammara takut untuk menatap anak mata suaminya sehingga dia menolak dada bidang suaminya untuk mencipta jarak antara mereka.

"Jangan buat kerja gila Ammara Qalisha. I warn you stop your bullshit things before it hurt you badly." Tegas Amsyar. Dia seakan boleh membaca apa yang sedang ada dalam fikiran isterinya. Rancangan untuk merosakkan dan memusnahkan Lily itu sendiri.

Dia memberi teguran bukan atas dia masih mencintai Lily tetapi dia mahu Ammara buang rancangan yang boleh merosakkan dirinya sendiri bahkan boleh memakan dirinya sendiri atas sebab yang dia boleh agak di masa hadapan. Perkara yang Ammara sendiri akan menyesal apabila melakukannya.

"Saya tak buat apa-apa lah abang." Jawab Ammara dengan berani walaupun keberaniannya sudah kendur apabila melihat panahan tajam milik Amsyar yang sedang menatapnya dengan pandangannya yang cukup mengerikan sehingga lututnya mula longgar hanya tunggu masa untuk jatuh ke lantai marmar sahaja.

"I know my wife especially when she hates someone." Bicara Amyar dingin dan berjalan ke arah Ammara. Ammara sudah berundur setapak ke belakang ketika Amsyar mara setapak dia akan berundur setapak sehingga badannya terlanggar island table.

Tangan kekar Amsyar dipakukan di sisi Ammara supaya Ammara tidak boleh melarikan diri darinya. Bibir Amsyar ternaik senyuman sinis apabila melihat wajah pucat Ammara, bibirnya di dekatkan dengan telinga Ammara yang berbalut tudung bawal satin.

"I call a beast when people do bad things." Bicara Amsyar. Ammara pula sudah tidak senang duduk apabila mendengar ayat Amsyar bagai dituju kepadanya seakan dia akan menjadi mangsa kepada serigala dan dia pula adalah arnab.

"But..." terhenti suara Amsyar sehingga Ammara ternanti apa yang Amsyar ingin katakan kepadanya adakah yang baik atau yang buruk kalau buruk dia sudah sedia ingin mengangkat kaki.

"You are my wife I will let you off the punishment." Kata Amsyar lalu mengangkat mukanya dari terus berada di sisi Ammara, angkat sahaja terus dia meniup ke wajah Ammara yang sedang terpinga-pinga melihatnya.

Amsyar terus berdiri di hadapan Ammara dengan menjarakkan sedikit badannya dengan Ammara. Tanggannya naik mengusap kepala isterinya yang berbalu tudung.

"Please angel don't turn yourself into devil." Bicara Amsyar lalu pergi meninggalkan Ammara di dapur. Ammara pula sudah tercengang dengan apa yang suaminya kata. Jahat sangatkah dia sehingga ingin berbuat demikian.

Dia tidak tahu hatinya sakit, sungguh sakit sehingga dia mahu Lily terima nasib yang sama apa yang dia rasa selama ini dia hidup dalam keadaan yang hura hara tetapi Lily hidup dalam bahagai setelah apa yang dia lakukan terhadap dirinya dan juga Amsyar tetapi mengapa lelaki seperti Amsyar boleh memaafkan perempuan bernama Lily sorfina dnegan mudah setelah apa yang berlaku.

Ammara tidak tunggu lama terus naik ke bilik untuk berjumpa dengan Amsyar saat dia masuk ke dalam bilik alangkah terkejutnya dia apabila melihat sang suami sedang membuka baju. Amsyar hanya membiarkan sahaja Ammara yang melihatkan bagai tidak mahu lepas.

"Yes, my little angel." Sengaja dia bersuara apabila Ammara langsung tiada tanda untuk bersuara.

"Hai suamiku." Bicara Ammara dia sengaja sebenarnya kerana ingin tutup malu apabila memandang suaminya bagai tidak mahu lepas hendak buat macam mana suaminya terlalu kacak sehinggakan dia tidak puas memandang.

"Nak apa sayang?" soal Amsyar dan dia duduk di birai katil lalu dipandang sang isteri atas bawah.

"Nak tanya soalan boleh?" soal Ammara.

"Bring it on honey." Kata Amsyar dan tangannya menepuk-nepuk di bahagian tilam di sebelahnya menyuruh Ammara duduk di situ. Perlahan-lahan Ammara berjalan ke arah Amsyar dan duduk di sebelah lelaki tersebut.

"Kenapa abang boleh maafkan Lily lepas apa yang dia dah buat dekat abang?" itu soalan pertama yang keluar dari mulut Ammara dia ingin tahu mengapa suaminya itu boleh menjadi pemaaf.

"Apa alasan untuk abang tak maafkan dia?" soal Amsyar pula.

Terdiam Ammara apabila di soal seperti itu oleh suaminya. Tangan digenggam erat.

"Like I say manusia tak pernah lari dari kesilapan begitu juga kita. Sempurna sangat ke kita ni sampai angkuh tak boleh maafkan orang." Kata Amsyar.

"Dia dah banyak buat salah mudah betul abang maafkan dia." Kata Ammara perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran Amsyar.

"Jadinya tak akan sebab salah dia, kita tak boleh maafkan dia."

"Abang tahu sayang tak boleh maafkan dia sebab dia punca kematian mummy sayang. Abang tahu sakit dia. Sakit bila kita hilang orang yang kita sayang dan ia punca dari kawan baik kita sendiri. Memang sakit. Tapi..." ayat tergantung dari Amsayr membuatkan Ammara mempaksikan pandangan matanya ke arah Amsyar.

"Sampai bila kita nak berdendam dan tak boleh maafkan dia. Berdendam membuatkan hati kita sakit. Sakit tu sendiri yang akan bunuh kebahagian kita." Jelas Amsyar.

"Nak hilangkan sakit tu bersihkan diri dari dendam dan maafkan dia. Itu sahaja. Bukan mudah tapi cuba. Cuba dan terus mencuba. Allah suka dan abang pun suka." Kata Amsyar lalu mengusap perlahan kepala Ammara yang berbalut tudung.

"Can you do that?" soal Amsyar kepada Ammara.

Ammara pula sudah keras segala tulang di badan apabila di soal sebegitu oleh Amsyar bagaimana dia mahu memaafkan Ammara apabila dia masih teringat apa yang Lily sudah buat kepadanya. Memang mustahil untuk dia maafkan.

"Can you honey?" soal Amsyar lagi sekali. Dia tahu hati isterinya sedang berbolak balik ketika ini.

"Saya tak janji tapi saya cuba." Itu yang Ammara katakan. Amsayr pula sudah tersenyum apabila mendengar Ammara berkata sebegitu. Cukup perkataan 'cuba' itu berjaya membuatnya tersenyum.

Dia gembira apabila isterinya ingin memaafkan Lily bahkan sesiapa sahaja. Dia bersyukur isterinya ingin memcuba dan dia akan membantu.

TBC
Amsyar enggak redflag sebab author dia dh cukup redflag... tibeh.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now