BAB 35

3.4K 184 13
                                    

DAHI yang makin lebat peluh yang terhasil, badannya terasa panas yang membuatkan dirinya terasa di bakar dengan api. Tidak lama dia bangun kerana tersedar akan suara garau milik seseorang sedang mengaji di dalam bilik tersebut.

Saat dia mencari pemilik suara tersebut dia menoleh sedikit ketepi kerana dia yakin dia mendengar orang itu mengaji di sebelah kirinya jadi dia menoleh perlahan-lahan. Betul sangkanya bahawa ada susuk tubuh lelaki sedang mengaji di atas sejadah.

Dia mengambil telefon pintarnya untuk melihat waktu pukul berapa, saat skrin menyala mata terus terbuka luas 3:40 pagi.

Apa yang dia buat mengaji atas sejadah lagi, solat apa ni?

Badannya makin panas saat setiap bait-bait ayat suci al-Quran di baca, bacaan itu sungguh jelas dan tertib sekali tanpa ada kesalahan.

Panas! Pantas Ammara menutup telinganya kuat dan berlari ke bilik mandi, dia tidak selesa dan berasa dia ingin meletup! Tidak tunggu lama baju dibuka untuk mandi dan menyejukkan diri. Dia berharap saat dia keluar nanti, suaminya sudah berhenti mengaji.

Dia langsung tidak boleh dengar ayat-ayat Quran itu. Dia panas! Rasa panas yang teramat! Kenapa dengan dia ni? Apa yang sudah terjadi dengan dia?

Amsyar yang perasan akan gerak geri isterinya itu hanya terus membaca ayat-ayat suci tersebut tanpa berhenti. Dia berharap Ammara langsung tidak meninggalkan solat kerana apabila solat ditinggalkan makin mudah benda itu mengganggu Ammara.

Semakin hari semakin dingin sahaja hubungannya dengan Ammara bukan dia tidak bertegur sapa dengan Ammara, sudah bertegur dan sudah menegur tetapi apa yang Ammara lalukukan hanya angguk dan langsung tiada tanda-tanda ingin membuka mulut. Bukan sahaja tingkah Ammara yang dingin tetapi personalitinya yang kusut membuatkan Amsyar yakin yang ada tidak kena dengan Ammara.

Mahu dikatakan sihir? Macam mustahil! Kerja menimbun? Mungkin, dalam hati dia mampu berdoa bahawa Ammara tidak terkena sihir kerana dia risau. Risau untuk memulihkan sihir itu, kerana ia bukan senang malah mengambil masa yang amat lama untuk sembuh.

SUDAH dua minggu Ammara seakan-akan mahu lari dari Amsyar sendiri dan dia sengaja duduk di hospital dengan lebih lama. Entah mengapa dia merasakan rumah yang mereka duduk langsung tidak selamat bahkan dia selalu sakit pinggang dan badannya menjadi lesu, bila membuat ujian kehamilan tetapi dia tidak mengandung.

Dia juga tidak tahu dengan diri sendiri. Saat dia sedang mengurut kepalanya ada seseornag mengetuk pintu biliknya kuat dan apabila Ammara suruh masuk barulah dia masuk. Boleh dia lihat jelas wajah Qash penuh dengan peluh.

"Why?" soal Amsyar pelik.

"Kau kena tengok ni!" jerit Qash dalam bilik kerja Ammara. Nasiblah sudah menutup pintu kalau tidak tutup pasti orang luar boleh dengar.

"Tengok apa?" soal Ammara.

Qash pula sudah menyerah telefon pintarnya kepada Ammara dan saat Ammara melihat darah di dalam badan bagai ingin meletup apabila melihat gambar pasangan tersebut. Dia kenal! Sangat kenal!

Suaminya dengan Della! Memang tak salah lagi memang mereka berdua, yang membuatnya ingin meletup sekarang ini adalah mereka berdua berpelukan. Itu yang dia marah sungguh!

"Mana kau dapat gambar ni?" soal Ammara tertahan.
           
"Aku pergi beli makanan tadi dekat KFC lepastu ternampak suami kau dengan seorang perempuan ni jadi aku tangkap lah gambar nak kasi dekat kau. Aku nak tanya itu sepupu suami kau ke atau adik dia sebab rapat semacam? Tapi bila tengok muka yang macam nak meletup ni aku yakin dia bukan sepupu atau adik dia." Terang Qash.
           
"No! Dia adik tiri aku!" marah Ammara. Amsyar mana ada adik beradik perempuan semuanya lelaki.
           
"Manalah aku tahu. Wait what?!" terkejut Qash apabila Ammara berkata tentang adik tiri.
           
"Kau tak bagitahu aku pun kau ada adik tiri." Kata Qash.
           
"Sebab dia tak penting nak aku cerita." Kata Ammara dingin lalu dia mengurut kepalanya.
           
"Kau ni kenapa macam tak sihat je?" soal Qash.
           
"Badan aku sakit sejak dua minggu lepas lagi nak kata pregnant tak pun tapi entah kenapa sakit semacam." Kata Ammara sambil mengurut kepala menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula dia mengurut pinggangnya yang berasa sakit.
           
"Nak aku urutkan tak? Aku ni pakar urut sedunia." Kata Qash dengan penuh riak sambil tangan mendabik dada.
           
"Tak payah. Kau urut aku patah segala sendi aku." Tolak Ammara.
           
"Chill aku pandai urut," kata Qash lalu pergi ke arah Ammara dan duduk di belakang kerusi Ammara.
           
Tangannya mengurut kepala Ammara. Entah mengapa urutan Qash itu berjaya membuat sakit kepalanya hilang dan boleh dia rasa sakitnya semakin surut bahkan Qash juga mengurut pinggangnya membuatkan dia keluarkan bunyi.
           
Qash memang pandai mengurut boleh dia rasa tangan Qash berhenti mengurut dan dia memandang Qash lalu dia dengar suara Eve yang menjerit namanya dan Qash.
           
"AMMARA QALISHA! QASH BENJAMIN!" tempelak Eve. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat depan mata sekarang ini.
         
"Kau orang buat apa ha?!" soal Eve geram.
           
"Qash just urutkan aku je. Tak payahlah nak kecoh sangat. Dulu pun dia selalu urut aku apa." Kata Ammara selamba.
           
"Ya Allah, ya Tuhanku kenapa dengan kau ni tak tahu halal haram dah ke?" soal Eve geram.
           
"Kalau Amsyar tahu macam mana?" soal Eve.
         
Saat itu wajah Ammara berubah bengis apabila mendengar sebaris nama yang cukup dia benci. Dia benci dengan Amsyar lelaki semua menipu dan penipu.
           
"Biar jelah dia,"
           
"Dia boleh peluk perempuan lain aku pun boleh minta lelaki urut aku." Kata Ammara selamba tanpa fikir padahnya dengan apa yang dia kata.
           
"Ya Allah. Istighfar Ammara kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" kata Eve entah mengapa dia rasa Ammara sudah berubah ini bukan Ammara yang dia kenal.
           
"Nantilah aku buat istighfar tu." Jawab Ammara.
          
"Dan ya aku sedar apa yang aku cakap. Kalau aku cakap aku nak kahwin dengan Qash pun aku sudi sebab aku dah tak tahan nak hidup dengan tentera." Kata Ammara.
           
Qash yang berada di sebelah sudah terkejut mendengar apa yang Ammara kata bagai tidak percaya dengan apa yang sudah dia dengar. Gila betul.
           
"Ya Allah apa masalah kau ni Ammara Qalisha binti Ammar Muhammad. Aku rasa aku tengah cakap dengan orang lain bukan lagi Ammara Qalisha yang aku kenal," kata Eve sambil matanya melihat Ammara dengan pandangan yang sukar dia tafsir.
           
"Kalau Amsyar tahu kau cakap gini aku rasa mesti dia kecewa. Isteri yang dia sayang macam nyawa dia sendiri cakap benda yang boleh patahkan hati dia sendiri." Kata Eve entah apa lagi yang dia boleh kata dengan perangai tak betul milik Ammara ini. Rasa nak kasi penampar sahaja tapi dia sabarkan hati.
           
"Aku peduli apa aku memang dah tak nak dia. Aku dah nak ada suami askar dia perwaris DA's atau tak aku tetap tak peduli." Jawab Ammara angkuh. Memang dia sudah tidak akan Amsyar dia boleh buat apa.
           
Hati mana boleh paksa. Sayang mana boleh dipaksa.
           
"You are crazy takkan sebab gambar tu kau nak buat macam ni," kata Eve dia bagai mahu pukul sahaja Ammara sekarang ini. Sudah lama dia menahan sabar kepada perempuan tersebut.
           
"Aku rasa kau ni yang patut berubat hati,"
           
"Dah kenapa pulak?!" soal Ammara geram. Ada ke patut dia pula yang kena berubat memang pelik!
           
"Kau tengok diri kau sekarang dah macam orang tak betul. Emosi tak menentu, lepastu hati tu kotor, busuk, hitam, keji dan kejam."
           
"Macamlah hati kau tu bersih sangat, kau dengan aku ni tak ada ubah apa-apa." Kata Ammara boleh dia lihat Eve cemberut apabila dengar ayatnya.
           
"Lantak kau lah aku harap kau ni insaflah cepat. Nasihat pun dah tak boleh lembutkan hati kau yang keras macam batu tu. Entah apalah yang boleh lembutkan hati kau tu." Kata Eve lalu bangun dari kerusi dan keluar dari bilik kerja Ammara.
           
"Dah sentap ah tu." Kata Ammara lalu tersenyum kemenangan.
           
"Kau ni tak baik buat dia macam tu. Dia hanya nasihat kau je tau sekarang ni." Tegur Qash kesal apabila Ammara membuat kawan baiknya sendiri sebegitu.
           
"Ada aku kisah." Balas Ammara lalu melihat telefon pintarnya.
           
"Tak ada nasi goreng lagi ke?" soal Ammara kepada Qash entah mengapa dia mahu makan nasi goreng kampung buatan Qash. Sudah lama dia tidak makan.
           
"Kau tak cakap aku tak buatlah," balas Qash.
           
"Aku keluar dulu sebab aku ada kerja nak buat." Kata Qash lalu pergi meninggalkan bilik kerja Ammara.
           
"Busy je kerja." Gumam Ammara.
           
Tidak mahu tunggu lama terus dia melihat laporan kesihatan pesakit untuk dilapor kepada pihak atasan dan di masukkan ke dalam sistem supaya semuanya direkodkan tanpa tertinggal satu.
           
Sibuk dia memeriksa data pesakit pintu biliknya diketuk apabila mendapat keizinan barulah dia masuk perlahan-lahan dan menutup pintu bilik kerja Ammara boleh dia lihat Ammara sedang sibuk dengan kertas di atas meja tanpa melihat kelibat dia.
           
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Ammara dan duduk di kerusi berhadapan Ammara tidak lupa untuk meletakkan makanan yang dia beli khas untuk Ammara. Makanan kegemaran milik Ammara itu sendiri.
           
"Qalisha." Perlahan suaranya memanggil. Ammara yang seakan-akan kenal siapa suara tersebut terus mengangkat muka dan terus berubah mukanya.
           
"Kau buat apa dekat sini." Nada yang digunakan cukup dingin dan benci kepada Lily.
          
"Saya nak kasi awak nasi ayam kegemaran awak dengan milo ais," kata Lily lalu menunjukkan nasi ayam dan air milo yang berada di atas meja.
           
"Makanlah, jangan risau tiada racun dalam tu. Saya sendiri beli dekat kedai yang selalu kita makan dulu, bukan saya yang beli tapi saya suruh orang belikan sebab saya tak boleh keluar hospital." Kata Lily perlahan dan dia tersenyum kepada Ammara. Dia berharap Ammara akan makan.
           
"Tch. Kalau bukan sebab aku lapar aku tak akan makan." Kata Ammara lalu mengambil bungkusan nasi ayam dan dia terus membuka.
           
Tidak tunggu lama dia terus makan sedang dia makan perutnya rasa tidak sedap dan tidak perlu tunggu lama terus dia berlari ke arah tandas di dalam ruang bilik kerjanya. Dia memuntah segala isi perut yang ada dan Lily hanya mengekori dari belakang.
           
"Awak okey Qalisha?" soal Lily sambil menggosok belakang badan Ammara perlahan-lahan. Entah mengapa sentuhan dari Lily membuat badannya menjadi panas.
           
Lily yang ingin melihat apa yang dikeluarkan oleh Ammara terus terkejut bagai tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Biar betul?!
           
"Mustahil. Ya Allah." Kata Lily lalu terus menggosok belakang badan Ammara. Dalam hati tidak putus-putus dia membaca ayat Kursi dan pendinding diri dia berharap Allah akan lindunginya dan orang sekeliling dari kehajatan orang busuk hati dan dengki.
           
Perlahan-lahan selepas Ammara selesai memuntahkan dia terus membersihkan mulut dan berjalan ke arah sofa yang berada di bilik kerjanya dan ia dipapah oleh Lily kerana badannya lesu tidak berdaya.
           
Lily membaringkan Ammara ke atas sofa dan menyuruh Ammara berehat.
           
Selepas dia pastikan Ammara tidur dengan lena terus dia mengambil telefon pintarnya dan menelefon seseorang apabila dia menjawab terus dia memberitahu perkara sebenar.
           
"Thank you, I really appreciate it. Sekarang aku faham kenapa dia macam tu." Kata dia di dalam talian dan terus mematikan panggilan.

Akhirnya jawapan kepada segala pertanyaan terjawab jua, terima kasih kepada Lily kerana sudi menjadi orang dalam kepadanya untuk memerhati Ammara. Inipun dia dipaksa terima tawaran Lily kerana Lily lebih tahu daripadanya tentang si 'dia' sebab itu Lily beria-ria ingin menjadi orangnya.

Ikutkan hati memang tidak mahu! Kerana Lily sudahlah sakit lepastu perlu menjadi orang dalamnya lagi. Tetapi Lily memang keras kepala memang betul-betul dia ingin melindungi Ammara dari tangan jahat itu tetapi boleh dia kata, sudah terlambat kerana Ammara sudah terkena.

Dia juga cuai! Tidak mahu dia kena berubat Ammara kalau tidak pasti akan jadi lagi teruk.

TBC

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now