BAB 11

4.7K 290 14
                                    

"DENNIZ Amsyar." Panggil Blair.

"Hmm."

"Dia dah siap dan bersih so lepas ni nak buat apa?"

"Cari siapa musibat yang buat perkara terkutuk tu. Hantar dekat markas adik aku. Cakap dekat Deinz jangan sentuh dia bagi aku sentuh." Arah Amsyar.

Marahnya sekarang sudah membuak-buak akibat manusia yang bertopengkan iblis yang merosakkan Ammara.

"I will ask our people to do that."

"Pergh ini ke sisi gelap kau?" soal Khai ada sedikir teruja apabila melihat sisi Amsyar yang ini.

Blair hanya menjulingkan mata ke atas lalu mengambil telefon pintarnya dan memberi arahan yang Amsyar beri kepada orang suruhan mereka.

"Pergi lah jumpa dia." Kata Blair sambil menaip di telefon pintar tersebut.

"For?" soal Amsyar kepada Blair matanya juga tertumpu ke arah Blair yang sibuk menaip di telefon pintarnya.

"I know you Denniz, aku tengok rantai besi milik kau dekat leher dia pun aku dah tahu." Tersenyum Blair apabila dia melihat rantai milik Amsyar berada di leher Ammara.

"Wow dah official lah ni." Sampuk Khai lalu tersenyum suka.

Amsyar yang tidak mahu melayan perangai Khai dan Blair terus masuk ke dalam khemah untuk berjumpa Ammara. Hatinya tidak tenang apabila melihat Ammara menangis dan tidak berkata apa-apa. Sekiranya dia datang awal benda seperti ini tidak akan terjadi.

"Ammara." Panggil Amsyar tetapi tidak di jawab oleh Ammara.

Kaki panjang melangkah ke arah Ammara lalu duduk di hadapannya. Dia ingin menyentuh Ammara tetapi tidak boleh kerana mereka bukan mahram cukuplah dia tengok benda yang tidak sepatutnya tadi.

"Ammara bagi tahu aku siapa yang buat kau macam ni. Jangan diam je." Pinta Amsyar.

"Ammara. Please."

Ammara memandangnya tetapi dengan pandangan yang kosong, dapat Amsyar lihat langsung tiada sinar di dalam mata Ammara jikalau dulu pasti penuh sinar sekarang malah malap bahkan dia boleh lihat tiada langsung sinar kerana ia sudah gelap gelita.

"Aku dah tak suci Amsyar." Tangisanya pecah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak tahu.

"Aku dah tak ada apa-apa, mahkota yang aku jaga dia dah ambil. Aku jijik dengan diri aku Amsyar. Aku jijik." Sebak di dada Amsyar apabila melihat Ammara seperti itu.

"Aku tak layak untuk sesiapa aku dah kotor." Tangisanya semakin kuat lalu Ammara cuba mencederakan dirinya.

Nasib sempat Amsyar menghalangkan jika tidak mahu berlaku pertumpahan darah di sini.

"Ammara..." belum sempat Amsyar berkata Ammara laju memotong.

"Kau pun jijik dengan aku kan sebab aku dah tak suci?" soal Ammara dengan linangan air mata yang tidak henti-henti.

"Cakaplah!" desak Ammara apabila memandang wajah tampan milik Amsyar. Lelaki tersebut hanya memandangnya tanpa ingin bersuara.

"Aku tak jijik dengan kau Ammara. Buat apa aku nak jijik dengan orang yang aku nak jadikan isteri." Jujur dan tenang sahaja ungkapan Amsyar apabila melihat wajah basah milik Ammara.

Ammara yang mendengar perkataan isteri terus menangis sekali lagi. Dia sudah berjanji kepada dirinya untuk menjaga mahkotanya untuk suaminya tetapi dia gagal. Ammara terus memeluk tubuhnya.

"Kalau aku boleh peluk kau dah lama aku peluk Ammara tapi tak boleh sebab kita tak halal lagi."

"Dan kalau kau nak aku peluk kau dan salurkan kekuatan aku dekat kau. Satu sahaja cara kahwin dengan aku."

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now