BAB 13

4.8K 268 13
                                    

PAGI hari lagi selepas solat Subuh batang hidung Amsyar langsung tidak dia lihat kemana lelaki itu pergi? Jangan lah ada benda buruk yang berlaku kepada Amsyar.

Ammara sibuk melayan perasaanya apabila dia ingin berdiri dia melihat Amsyar sudah duduk di sofa berhadapan dengannya yang paling mengejutkannya sekarang ini adalah wajah Amsyar penuh dengan lebam dan bibirnya pecah.

Apa sudah jadi kepada Amsyar? Ammara bangkit dan berjalan ke arah Amsyar saat jari runcing miliknya ingin menyentuh pipi Amsyar ia ditepis oleh Amsyar.

"Ammara kita bukan mahram so stop what you want to do." Keras amaran dikeluarkan dari mulut Amsyar.

"Sorry. Aku cuma nak..." belum habis ayat Ammara laju ia dipotong oleh Amsyar.

"Kalau kau nak pegang pipi aku. Tunggu kita halal lagipun ini luka biasa."

Ammara menjulingkan mata luka biasalah sangat ini kalau nak kahwin nanti kalau penuh luka nanti orang fikir Amsyar dipaksa untuk berkahwin denganya.

Amsyar hanya tersenyum melihat wajah cemberut Ammara. Dia geram nak sahaja dia cubit pipi tembam itu tetapi di tahan selagi tidak halal jangan mimpilah dia nak sentuh. Ini dia dikira bernasib baik rumah banglo ini mempunyai pekerja kalau tidak dia rela tidur di taman bunga belakang rumah demi untuk elak fitnah.

Blair yang baru turun dari bilik sudah disajikan dengan pemandangan yang menyakitkan hati. Kalau ya pun nak bercinta tunggu halal dulu boleh tak! Sakit matanya ditambah sakit hati.

"Ouh baby baby jangan kau marah." Nyanyi Blair supaya mereka dua sedar yang ada orang lain di dalam rumah banglo tersebut kalau dia tahu begini nasibnya baik dia duduk rumahnya di Damansara.

Blair berjalan menuju ke arah Ammara dan menarik tangan Ammara untuk duduk di sofa, dia juga duduk di sebelah Ammara. Kaki disilangkan bagai seorang majikan, matanya memandang tajam ke arah Amsyar dan Ammara.

"Sekarang ni dah kahwin ke?" soal Blair nadanya menahan marah.

Selagi tidak halal jangan nak bermimpi boleh bersentuh atau menatap mata, dia pun jahil juga tetapi tak adalah nak macam tu sekali!

"Tak tapi nanti akan juga." Balas Amsyar lalu mengambil telefon bimbitnya.

"Diam kau. Sekarang ni muka tu pahal?" soal Blair sambil menahan geram apabila melihat Amsyar yang tidak habis dengan telefon pintarnya. Apa yang seronok sangat telefon tu.

"Salah kau lah siapa suruh bagitahu ayah aku kan dah makan penumbuk."

"Kau yang sendiri cari penyakit." Balas Blair selamba lalu tersenyum sinis apabila melihat wajah Amsyar yang penuh dengan lebam. Bagai ada dendam dengan Amsyar.

"Engkau ni."

"Shut up son."

Apabila dia mendengar suara Tuan Denniz laju sahaja dia berdiri sama juga seperti Blair dan Ammara. Dapat mereka lihat yang Tuan Denniz, Deinz Asher dan isterinya berada di situ.

Isteri Deinz terus berjalan menuju ke Ammara dan memeluknya erat. Ammara membalas pelukan isteri Deinz dan tidak semena mutiara jernih membasahi pipi gebu Ammara. Isteri Deinz yang mendengar esakan Ammara terus mengusap belakang badan Ammara.

"Eve." Panggil Ammara.

"Aku ada Ammara." Kata Eve sambil mengusap-usap belakang badan Ammara.

"Aku dah kotor aku dah tak suci." Rintih Ammara dalam pelukan Eve. Tidak henti-henti air matanya jatuh.

Setiap ayat tersebut diulang-ulang bagai pita radio tidak mahu ganggu perbualan bapa mertuanya dengan Amsyar Eve menarik Ammara untuk ke bilik begitu juga Blair. Biar lah lelaki berbincang dengan aman tanpa adanya kaum bernama wanita.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now