BAB 21

5.1K 269 14
                                    

AMMARA sedang bersiap untuk pergi ke rumah keluarganya sebentar lagi. Semuanya sudah lengkap dia periksa akan pakaianya menutup aurat atau tidak apabila semuanya tertutup barulah dia mengambil beg tangan.

Saat dia keluar dari walk-in-closet dia terlihat suaminya yang sudah siap memakai jersi nombor lima untuk bermain bola tampar. Dia ingin sangat melihat suaminya bermain bola tampar tetapi tidak boleh kerana dia perlu ke rumah keluarganya.

"Dah puas tenung sayang?" soal Amsyar. Bukan dia tidak perasan akan mata isterinya yang tidak habis-habis merenung dirinya tahulah dia hensem.

"Tak puas lagi." Kata Ammara lalu berjalan ke arah Amsyar dan merangkul tangannya di leher Amsyar. Amsyar pula memeluk pinggang isterinya.

"I wish I could see you playing volleyball hubby." Kata Ammara perlahan.

"It's okay honey." Kata Amsyar dia hendak batalkan tidak boleh sebab ini perlawan persahabatan antara PASKAU dan Unit Aircraft jadi dia perlu pergi.

"Jom gerak nanti lambat pula." Kata Amsyar.

Mereka akan berkongsi kereta pergi ke sana. Amsyar ingin menghantar Ammara tetapi ditolak mentah-mentah oleh isterinya. Terpaksa dia pergi dahulu ke gelanggang dan barulah Ammara memandu kereta pergi makan malam.

Sampai sahaja di gelanggang bola tampar mereka berdua turun dan Ammara pergi ke tempat duduk pemandu. Tangan di hulur untuk menyalami sang suami.

"Hati-hati sayang. Take care jangan bawa laju-laju." Pesan Amsyar bukan dia tidak tahu Ammara Qalisha ini seperti mana orangnya.

Bawa kereta macam nak bawa jumpa malaikat maut, laju macam apa.

"Baik abang. Abang main elok-elok tau. Pastikan menang kalahkan pasukan Ammsyar tu." Kata Ammara lalu mencium pipi Amsyar.

"Saya pergi dulu. Assalammualaikum." Kata Ammara lalu masuk ke dalam kereta Lamborghini Urus tersebut dan perlahan-lahan meninggalkan kawasan gelanggang.

"Waalaikummusalam."

"Untunglah. Hati-hati sayang." Ejek satu suara dari belakang.

Amsyar terus berpaling apabila mendengar orang mengejeknya. Jelas terlihat wajah milik Khai yang sedang makan burger. Khai dan burger berpisah tiada.

"Kau pahal?" soal Amsyar kasar lalu berjalan melintasi Khai.

"Untunglah dah berpunya." Kata Khai lalu berjalan sebelah Amsyar.

"Tch."

"Yow bro." Panggil satu suara yang cukup dia kenali iaitu Ammsyar Ridzuan.

"Yow." Amsyar dan Ammsyar Ridzuan berjabat tangan gaya lelaki.

"Mana bini kau? Tak ikut?" soal Ammsyar Ridzuan.

"Bini aku dinner dengan kawan dia." Jawab Amsyar laju.

"Bro aku nak minta maaf tentang majlis kahwin aku yang huru-hara tu." Kata Denniz Amsyar dia juga tidak boleh menahan emosi.

"Tak apa. Boleh tengok free drama, betul tak?" Ammsyar Ridzuan menjongketkan keningnya.

"Bini kau tak teman kau ke? Selalu berkepit sampai aku pun tak tegur." Kata Amsyar lalu memakai kasut sukan.

"Ada dekat bangku sana. Aku dah halang dia ikut tapi dia degil nak jugak ikut terpaksa aku bawak kalau tak menangis weh." Terdengar keluhan Ammsyar Ridzuan apabila habis berkata.

"Panggil team kau. Siap sedia." Arah Amsyar.

"Okey dan aku pasti akan kalahkan kau." Kata Ammsyar Ridzuan bangga.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang