BAB 52

3.5K 158 21
                                    

"KAMU tak nak pun mummy akan cerita. Tak perlulah macam ni. Kamu berhak tahu dan selamanya kamu berhak." Ucap Dr. Aula kepada Amsyar. Amsyar hanya tersenyum tipis apabila mendengar ayat tersebut daripada Dr. Aula.

"Tapi," jeda Dr. Aula seketika. Amsyar hanya menunggu sahaja apa yang ibu mentuanya menyambungkan ayat. Tidak elok menyampuk.

"Maafkan mummy sebab rahsiakan semua ini. Ini semua rancangan mummy dan Ammara hanya ikutkan sahaja. Maafkan mummy ya Amsyar." Pengakuan maaf dari Dr. Aula membuatkan Amsyar bingung apa yang sedang berlaku. Langsung dia tidak boleh hadam, Ammara dan ibu mentuanya merancang sesuatu tanpa pengetahuannya.

"Hanya mummy dan Ammara sahaja tahu. Daddy tak tahu apa-apa bahkan daddy sendiri terkejut bila dapat tahu mummy masih hidup." Terang Dr. Aula.

"Macam mana?" tergagap-gagap Amsyar menyoal ibu mentuanya.

Di Amtersdam, 9:30 malam.

"DR. AMMARA." Panggil Dr. Celine.

"May I help you Dr?" soal Ammara dingin. Ini sudah lewat, dia mahu pulang. Pulang ke rumah dan menonton k-drama bertajuk Daily Dose of Sunshine.

"Someone want to see you, she say she know you." Terang Dr. Celine. Ammara yang mendengar sudah pelik, kening berkerut. Dia langsung tiada kenalan di bumi Amsterdam ini. Kenalannya hanya Qash serta Eve tetapi Eve sudah pulang ke tanah air demi dendam yang perlu di balas.

"Okay." Putus Ammara.

"Can you ask her to come to my room?" soal Ammara dan Dr. Celine hanya bersetuju tanpa banyak bunyi kerana dia sudah kenal perangai Dr. Ammara ini.

Selepas Dr. Celine hilang dari pandangan mata Ammara, kaki Ammara terus menuju ke bilik kerjanya di tingkat lima. Dia mahu berbual dengan insan yang dianggap mengenalinya secara privasi dan bilik kerjanya adalah bilik yang tepat kerana itu adalah ruang privasi yang paling sesuai dan kawasan itu juga sunyi maka dia boleh berbual dengan mudah dan tenang.

Beberapa tapak kakinya ingin sampai ke pintu bilik kerjanya kakinya terhenti. Susuk tubuh yang berdiri di pintu bilik kerjanya di amati, matanya di kelip beberapa kali bagi mengatakan bahawa ini mimpi. Ammara bagai hilang keseimbangan saat dia dapat melihat wajah insan tersebut, insan tersebut yang melihat Ammara sudah hilang keseimbangan pantas datang membantu.

Bahu Ammara dipegang erat oleh insan tersebut, tangan Ammara terus memeluk bahu insan tersebut. Air mata Ammara mengalir saat melihat wajah insan tersebut. Insan yang sudah lama dia rindui, bagaimana. Bagaimana insan ini boleh hidup kembali. Ini mimpi, sudah pasti mimpi. Ammara menggeleng kepala berkali-kali dan tertawa kecil. Insan tersebut yang dapat menebak apa yang ada di isi kepala Ammara terus memegang kepala Ammara dan pasakkan kepala Ammara untuk memandangnya.

"Ini bukan mimpi. Ini mummy. Mummy masih hidup sayang." Ucap Puan Aula kepada Ammara.

"Tak, ini mimpi. Mummy dah lama mati." Ucao Ammara dengan tangisnya. Langsung tidak Ammara percaya bahawa yang berada di hadapan matanya ini ibu kandung yang sudah lama pergi.

"Bukan sayang. Ini mummy. Mummy minta maaf sayang. Mummy hilangkan diri, patut mummy bawa Ammara dan Clara sekali. Mummy minta maaf sayang." Ucap Puan Aula berkali-kali. Khilafnya sendiri atas asbab sakit hati kepada sang suami dia mengabaikan anak kembarnya yang langsung tiada salah. Sudah bertahun-tahun lamanya dia meninggalkan anaknya kini dia kembali ingin meminta maaf dan memperbetulkan salah silapnya. Khilafnya pergi tanpa siasat dan kali ini dia kembali untuk ambil semua haknya. Hak yang dirampas oleh Puan Asyikin. Wanita yang tidak tahu malu.

"Kenapa? Kenapa mummy?" soal Ammara dan tangisannya pecah untuk kali kedua. Hatinya remuk dengan mummy, ibunya masih hidup tetapi tidak mahu berjumpa dengannya. Sakit.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang