BAB 53

3.5K 163 14
                                    

MALAYSIA, 11:45 malam.

"MUMMY tahu yang Qash dalang semuanya tapi mummy diam?! Are you kidding me?! Why?!" soal Ammara dengan nada tinggi bukan niatnya ingin memarahi ibu kandungnya tetapi emosi marahnya sudah menguasai dirinya.

Puan Aula yang mendengar terus menekur ke lantai marmar rumah kondominiumnya. Memang benar salahnya tetapi apa boleh dilakukan semuanya sudah terlambat dan memang benar semuanya salahnya. Dari awal hingga akhir.

"Mummy minta maaf," ucap Puan Aula. Tangan Ammara cuba di sentuh tetapi laju Ammara menepis. Terkedu Puan Aula melihat tindakan kasar anak perempuannya itu sungguh dia tidak sangka.

"Maaf mummy kata? Mummy tahukan kalau mummy beritahu Ara awal-awal, Ara takkan hilang dara Ara, Ara takkan salahkan Lily dan Ara tidak akan berdendam dengan orang yang selamatkan Ara dari benda terkutuk yang Qash dah buat pada Ara! Qash yang rogol Ara dan dia juga hantar sihir pemisah kepada Ara!" ucap Ammara kesal, nadanya semakin tinggi sehinggakan Puan Aula tahu itu memang benar salahnya. Makin tebal rasa bersalah dalam diri Puan Aula.

"Maafkan mummy Ara. Mummy minta maaf sangat-sangat." Ucap Puan Aula perlahan dan Ammara yang tahu akan keterlanjurannya terus beristighfar sebanyak mungkin, tidak sepatutnya dia menengking ibunya.

"Maaf mummy, tak sepatutnya Ara marah dekat mummy dan gunakan nada yang tinggi. Ara minta maaf." Ucap Ammara perlahan dan tangan Puan Aula di salam tanda memohon ampun kepada ibunya.

"Tak perlu Ara, mummy pun ada khilaf mummy. Mummy minta maaf sebab tak beritahu Ara awal-awal. Mummy minta maaf ya sayang." Ucap Puan Aula, langsung dia tidak memarahi Ammara kerana dia faham perasaan anaknya itu. Terasa ditipu hidup-hidup dan dipermainkan olehnya.

"Jadi inilah sebab mummy larang Ara rapat dengan Qash? Sebab mummy tahu Qash tu jahat dan ada niat sebaliknya?" soal Ammara dan Puan Aula laju mengangguk tanpa mengiyakan apa yang Ammara kata. Benar belaka.

Ammara yang melihat anggukan Puan Aula terus mengeluh panjang, mahu disalahkan sepenuh kepada ibunya tidak boleh kerana dia juga ada salah, ibunya sudah melarang tetapi dia sendiri tidak mendengar kata malah mengatakan Qash itu baik dan tiada niat jahat kepadanya sekali apa yang ibunya kata itu adalah perkara yang benar.

Maka dengar kata ibu kerana ibu itu tahu baik dan buruk serta naluri ibu tidak pernah salah. Kalau dikata itu baik maka baik dan kalau dikata itu sebaliknya maka sebaliknya lah. Dengar kata ibu, cakna apa yang ibu kata serta jangan melawan apa yang ibu kata.

"Jadi apa yang Ara perlu buat mummy. Arwah nak Ara habiskan Qash sebelum lagi teruk lelaki tu buat pada Ara. Arwah kata dekat Ara yang arwah tengah rancang sesuatu, Ara takut mummy." Ucap Ammara lalu memeluk tubuhnya erat, mengingatkan apa yang berlaku tubuh Ammara menggeletar. Takut dan ngeri. Terbayang saat dia diperkosa di bumi Turki dia diperlakukan tanpa belas kasihan setiap rontaan dan rintihan hanya dibiarkan oleh Qash.

Gigi diketap kuat saat mengingati kisah ngeri itu, kisah yang menghantui dirinya. Kisah yang membuatkan dirinya hilang kesemuanya sebagai seorang wanita.

"Ara," panggil Puan Aula dan membuatkan Ammara kembali ke alam nyata. Alam realiti dan Ammara melihat wajah ibunya.

"Ara okey?" soal Puan Aula lembut. Tangan menyentuh kulit Ammara dan mengusapnya lembut. Ammara yang diperlakukan sebegitu terus terasa terbuai, semua yang di rasa di dalam dada hilang sekelip mata.

"Macam mana ni mummy?" soal Ammara perlahan.

"Cari Qash dan bunuh dia tapi sebelum itu seksa dia sepuas-puasnya." Kata Puan Aula dingin. Ammara yang mendengar bagai tidak percaya sahaja, tidak mungkin ibunya menyuruhnya melakukan itu tetapi tidak salah kerana dia juga perlu membalas setiap perbuatan Qash terhadap dirinya dan arwah Lily serta ibunya.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang