AMSYAR yang baru sahaja sedar dari lena kerana penat semalam dikejutkan dengan suara seseorang yang memasuki wad peribadi Ammara. Mata dikelipkan beberapa kali bagi menghilangkan silau cahaya, selepas sahaja matanya dapat menerima cahaya terus Amsyar melihat poksunya yang sedang berdiri bercekak pinggang menghadapnya.
"Kenapa poksu?" soal Amsyar, rambut yang serabai diperbetulkan.
"Kamu tanya kenapa?" soal Tuan Khair kepada Amsyar. Geram sungguh dengan perangai tidak semenggah anak sedaranya ini.
"Sebab saya tak tahulah saya tanya, poksu buat apa dekat sini? Tak kerja ke?" soal Amsyar lagi.
"Poksu tak akan berada di sini kalau bukan sebab kamu ya," balas Tuan Khair sinis.
"Apa yang saya buat?"
"Kamu tanya kamu buat apa?" soal Tuan Khair.
"Saya tak buat apa-apa semalaman saya dekat sini, teman isteri saya. Tidur dengan isteri saya, baca surah al-Mulk dekat isteri saya dan bantu isteri saya solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Bercerita dengan isteri saya, beritahu isteri saya betapa sayangkan dia dan bercerita kisah-kisah nabi." Terang Amsyar. Tuan Khair yang mendengar rasa ingin meluku anak sedaranya, buat-buat polos pula! Sedangkan iblis bertopengkan manusia.
"Kamu jangan nak menipu poksu eh, Della yang mati tu kerja kamu kan?" soal Tuan Khair tanpa bengang-bengkok. Makin disoal benda makin dilari tajuk dan tujuan dia ke sini sekejap lagi. Sudahlah anak sedaranya ini pandai putar belit.
"Eh dah mati ke? Cepat betul, bukan orang jahat liat ke nak mati?" kata Amsyar dengan nada terkejut. Nada yang dibuat-buat sedangkan dia dalang semuanya malam tadi.
"Tak payah nak buat-buat terkejut!" naik seoktaf suara Tuan Khair kepada Amsyar. Sabarnya kian menipis dengan budak di hadapannya ini. Perangai sungguhlah.
"Masalahnya Amsyar memang terkejut poksu, cepat betul mati. Lagipun, poksu nak tuduh Amsyar lah ni?"
"Poksu, bukan sahaja Amsyar sahaja Della buat masalah. Mungkin orang lain, poksu lupa ke Della ni pernah buat pegawai lain kena buang kerja mungkin pegawai tu yang balas dendam dekat Della. Kita tidak tahu. Kenapa Amsyar pula? Amsyar ni nak keluar hospital pun fikir banyak kali, hospital ni adalah rumah Amsyar tau. Amsyar jarang keluar, kalau tak percaya tanyalah nurse dekat luar tu. Ada nampak Amsyar keluar ke semalam?" terang Amsyar panjang lebar dan Tuan Khair hanya mengeluh sahaja.
"Apa yang kamu kata itu betul, tapi tak bermakna kamu lepas dari siasatan polis!" kata Tuan Khair dan Amsyar hanya tersenyum sahaja.
"Nak terlepas apanya, memang Amsyar dah berada di bawah pemantauan pihak TUDM. Jadi Amsyar nak buat apa?" kata Amsyar kepada Tuan Khair.
"Sakit kepala poksu layan keluarga kamu ni." Keluh Tuan Khair, bapak perangai lain, anak perangai lain. Kenapalah dia ditakdirkan menjadi adik ipar kepada Denniz Aymar.
"Tak suruhpun sakit kepala." Balas Amsyar.
"Eh budak ni."
Amsyar hanya tersenyum kecil melihat perangai Tuan Khair. Tahulah lelaki itu tengah sakit kepala mencari dalang pembunuhan Della. Andai lelaki itu tahu bahawa dia adalah dalang semuanya sudah pasti ke dalam tirai besilah tapi tak apa tunggu sahaja berita daripada Deinz.
'Cepat Deinz.' Kata Amsyar di dalam hati, ini kerana dia tidak sabar mahu melihat reaksi Tuan Khair dengan berita itu.
Tidak sampai beberapa minit telefon Tuan Khair berbunyi nyaring bermakna ada panggilan yang masuk, tidak mahu berlengah laju sahaja Tuan Khair mengangkat panggilan tersebut. Apabila panggilan bersambung, individu di dalam talian terus mencerita apa yang berlaku dan dahi Tuan Khair berkerut apabila mendengar berita tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...