BADAN Ammara di peluk erat oleh Amsyar untuk memberi segala kekuatan kepada isteirnya. Dia tidak sangka ujian isterinya itu sungguh hebat, sedang dia sibuk hidup dalam kebahagiaan ada insan yang duduk dalam penderitaan seperti isterinya ini. Tumpah segala kasihan kepada Ammara.
"Abang saya okey. Jangan risau benda dah lama." Kata Ammara. Dia cuba memujuk suaminya, tanganya mengusap rambut lebat milik suaminya.
"Sayang cakap je sayang okey tapi deep down of your heart you are in pain." Balas Amsyar.
Ammara tersentap dengan ayat milik sang suami apa yang suaminya kata itu tepat. Dia cakap sahaja dia okey tapi sebenarnya dia terluka dan lukanya amatlah dalam.
"I know you sayang. Abang minta maaf kalau abang muncul lambat dalam kehidupan sayang. Abang ambil tujuh tahun untuk berjumpa dengan sayang semula. I'm sorry." Ucap Ammara lalu dia menyembamkan wajahnya ke perut kempis milik Ammara.
Hati kecil Ammara rasa sebersalah apabila mendengar ucapan suaminya tetapi dia juga rasa terharu dengan ucapan suaminya itu. Entah mengapa dia rasa bahagia dengan ucapan sang suami.
"Abang janganlah cakap macam tu. Abang tak bersalah pun. Ini semua dah takdir hidup, saya hanya terima sahaja." Kata Ammara lalu mengusap rambut Amsyar dia cuba menenangkan suaminya itu.
"Macam mana sayang boleh keluar dari situ?" soal Amsyar.
"Eve yang selamatkan dengan Theo. Alhamdulillah dia orang sampai awal kalau tidak saya tak tahu nasib saya nanti macam mana." Kata Ammara.
Dia hanya mampu mengucapkan kata syukur kepada Allah sahaja kalau bukan sebab Allah pasti dia sudah tidak hidup lagi. Ini semua ketentuan Allah.
"Alhamdulillah." Jawab Amsyar perlahan tetapi dia cukup bersyukur.
Tersenyum Ammara apabila mendengar ucapan syukur tersebut dari mulut Amsyar selebihnya dia tidak mahu cerita kerana dia tahu bagaimana Amsyar akan uruskan orang tersebut. Dia tahu ini juga dari Eve jadi lebih baik dia berdiam diri. Biar dia sahaja tahu.
"Abang," panggil Ammara tanganya tidak henti-henti mengusap rambut Amsyar.
"Hmm, why angel?" soal Amsyar dia sedang menikmati sentuhan isterinya, sungguh nikmat selalunya ibunya yang selalu mengusap rambutnya sekarang ini isteri.
"Abang tak nak anak?" soal Ammara. Dia sengaja ingin bertanya mana tahu Amsyar ada terfikir juga hal sebegini.
"Kalau ada rezeki adalah kalau tak ada tak apa." Balas Amsyar tenang sebab dia tahu itu soalan perangkap.
"Abang tak akan kahwin lain kan? Macam abang Tesla tu?" soal Ammara bukan dia tidak update tentang semua ini! Lelaki sanggup mencari lain sebab mahu anak, apa punya lelaki lah! Kalau lupa elok tak apa, ini rupa macam bontot lembu. Bontot lembu pun lawa.
"Siapa abang Tesla?" soal Amsyar bingung. Soalan dibalas soalan. Ammara yang mendengar rasa nak piat sahaja telinga. Suaminya tidak kenal?!! Eh benda dah viral tapi tak kenal?! APA NI!
"Lelaki ni sanggup kahwin dua sebab nak anak. Tahulah poligami ni sunnah tapi alasan dia tak munasabah betul. Apa bendalah kahwin lain sebab nak anak, dia ni bebal ke apa? Kalau tak boleh anak buatlah IVF. Sebab tu masuk kelas bio! Bukan tidur! Pastu bodoh bab ni, biar kita tak ada rupa asal bijak. Lepastu, tahu banyak duit tapi bukan alasan untuk kahwin lain. Tak apa pasal lah lelaki ni semua macam ni?! Nak kahwin dua je tahu."
"Tahu poligami tu sunnah tapi yang wajib tu tak dilakukan ni pula nak buat yang sunnah. Tak lepas tu kes anak ni, kalau tak boleh mengandung maknanya Allah tengah uji kesabaran dialah. Eh lima tahun tak ada anak? Bro what the hell! Beto boleh je setia sampai 15 tahun! Lepastu, dia ingat dia ada Tesla dia gempak?! Saya ada Buggati tahu tak? Audi pun ada, Lamborghini pun ada, Aston Martin pun saya ada dan paling legend Myvi pun saya ada tahu tak? Setakat Tesla dia tu, pi matilah."

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...