AMMARA hanya tenang memberikan makanan kepada kanak-kanak perempuan tersebut dan sempat dia berbual dengan mereka sambil melihat mereka makan. Terjentik sesuatu dihatinya iaitu perasaan lapang yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.
Sempat Ammara mengusap perlahan-lahan kepala kanak-kanak tersebut lalu melabuhkan ciuman di dahi mereka dan tersenyum manis kepada mereka. Mereka juga mencium wajah cantik milik Ammara.
"Hai Ammara suka betul ya?" soal Qash apabila melihat wajah milik Ammara yang sudah comot dengan makanan akibat dicium. Tisu diberikan kepada Ammara lalu Ammara mengambil dan mengelap wajahnya yang sudah comot itu.
"Thank you."
"Most welcome."
"By the way Ammara tak lama lagi kita dah nak balik."
"Iya lagi seminggu dan dah tamatlah misi kita dekat sini."
"Aku rindu lah dekat sini nanti." Kata Qash bersahaja lalu duduk di sebelah Ammara.
"Aku pun sama Qash. Dekat sini lah aku belajar macam-macam." Lalu Ammara memandang Amsyar yang sedang berbincang dengan Ibrani dan juga Aiman.
"Dan aku kenal orang baru." Tersenyum Ammara apabila melihat Amsyar.
"Iya orang yang buat kau jatuh cintakan?" soal Qash kepada Ammara.
"Aku nak pergi tandas sekejap." Ammara ingin lari apabila soalan sebegitu di tanya oleh Qash. Tidak mahu dia ceritakan yang dia sebenarnya sudah jatuh hati kepada Amsyar.
Qash terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah Amsyar. Amsyar yang melihat kedatangan Qash terus menyuruh Ibrani dan Aiman beredar untuk seketika.
"Ada apa yang aku boleh tolong doktor?" soal Amsyar sopan tetapi diselitkan ketegasan.
"Jauhkan diri kau dengan Ammara." Katanya dingin.
"Reason?"
"Dia milik aku." Setiap perkataan ditekan satu persatu sehingga membuat Amsyar tersenyum sinis.
"Kau suka dia berjuang untuk rebut hati dia bukan kau cakap dekat aku."
"Jauhkan diri kau dekat dia jelah! Apa susah sangat." Satu tumbukan hinggap dipipi Amsyar sehingga tepi bibirnya berdarah.
"Damn you. Kalau kau nak sangat dia kau usaha lah bodoh!" jerit Amsyar sehingga menarik perhatian pegawai sukarelawan yang lain.
Khai yang melihat Amsyar sudah memukul wajah Qash terus bergegas menuju ke arahnya tidak lupa Aiman juga turut membantu meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.
Ammara yang baru keluar dari tandas terkejut melihat pergaduhan yang sedang berlaku dan yang paling mengejutkan adalah Amsyar bergaduh dengan Qash.
"Stop! Apa benda ni Amsyar!" jerit Ammara lalu berlari menuju ke arah Qash yang sudah teruk dibelasah.
"Are you insane!"
"Kau tanya lah apa yang kawan doktor kau buat dekat aku lah. Aku tak akan kacau orang kalau orang tu tak kacau aku."
"Betul ke Qash?" soal Ammara.
"Aku memang datang dekat dengan dia untuk tanya soalan tapi dia belasah aku." Bohong Qash.
Ammara yang mendengar ungkapan dari mulut Qash bagai tidak percaya yang Amsyar ini sebegini teruk.
"Tak payah nak bohong lah!" tempik Amsyar sabarnya kian menipis apabila mendengar pembohongan dari mulut Qash.
"Stop and enough. Amsyar aku tak sangka kau macam ni!"
"Kau lagi percaya mamat ni dari aku?"

YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...