BAB 5

6K 307 18
                                    

SAMPAI sahaja di dalam bilik tidurnya Amsyar terus merebahkan badan di katil. Penat fizikal dan mental. Sudahlah dia perlu pergi ke Turki tidak lama lagi.

Saat Amsyar ingin melelapkan mata niatnya terbantut apabila mendengar telefonnya berbunyi. Mata melihat siapa yang menelefonnya di waktu sebegini.

Jelas terpancar nama "Mejar Ammsyar Ridzuan" menelefonnya pada malam-malam ni. Ada masa pula telefon dia waktu sebegini bukan nak kahwin ke?

Tidak mahu tunggu lama terus Amsyar menjawab panggilan Ammsyar Ridzuan.

"Hello nak apa?" soal Amsyar malas.

"Ganggu ke?" soal Ammsyar Ridzuan ditalian.

"Kau nak apa Ammsyar Ridzuan." Dingin suara Amsyar berkata dia tiada masa nak layan benda tak penting.

"Aku nak tanya kau datang tak wedding aku?" soalnya tanpa tunggu lama sudah menggagak yang Denniz Amsyar macam apa masalah.

"Datang." Jawab Amsyar sepatah.

"Okey. Ni kau okey tak?" soal Ammsyar Ridzuan risau juga dengar suara si Denniz Amsyar ni.

"I'm fine, better not worse." Jawabnya malas.

"Betul?" soal Ammsyar Ridzuan inginkan kepastian.

"Iya. Tak payah risau sangat kau tu nak kena risau tak lama lagi nak jadi laki orang." Balas Amsyar lalu mengurut dahinya.

"Aku okay je happy nak jadi laki orang. Ni kalau kau nampak bini aku kau jaga mata kau eh. Dia aku punya."

"Bunga bukan sekuntum. Tak hingin aku." Balas Amsyar, geram juga dirinya dengan sikap kawannya yang satu ini.

Ada yang kena tendang dengan dia nanti.

"Eh dah lah nak siap-siap kan diri untuk jadi suami mithali." Panggilan dari Amsyar Ridzuan ditutup oleh Amsyar.

"Dia ni." Amsyar hanya menatap skrin telefonnya dengan perasaan yang geram ingin sahaj dia mencekik kawannya itu.

"Amsyar." Ketukkan dipintu berjaya mengalih perhatiannya.

"Masuk je tak kunci pun." Teriak Amsyar dari dalam dan apabila pintu biliknya dibuka boleh dia lihat wajah Khai dengan rabut serabainya.

"Kenapa?" terluncur juga soalan itu dari dua ulas bibir itu.

"Aku risau kan kau ni, makan pun tak."

Tidak banyak tergaris sedikit senyuman dibibir Amsyar. Dia bersyukur dia masih ada keluarga di kem ini iaitu Khai Mikael.

"Aku tak lapar pun."

"Tak lapar lah sangat."

"Jangan disebabkan si Iman tak guna tu kau jadi macam ni Amsyar. Biarkan jelah dia tu. Manusia ni dia tak boleh tengok kita lebih sikit dari kita pasti dia akan cuba macam-macam cara untuk jatuhkan kita percayalah."

Tidak semana dia sudah membuka ceramah percuma kepada lelaki bernama Denniz Amsyar. Khai hanya melihat wajah tampan milik Denniz Amsyar dengan mata warna coklat terang tetapi dibalik mata yang cantik itu terlahirlah individu yang mempunyai pelbagai masalah yang perlu dihadap sendiri olehnya.

"Aku tahu bab tu Khai tapi aku serabut bab lain." itu sahaja yang diperkatakan oleh Amsyar dengan rambut yang sedia serabai diserabaikan lagi tapi langsung tidak mengurangkan ketampanannya.

Khai hanya tenang mendengar kata-kata Amsyar bukan masalah Iman pasti masalah lain yang membuat Denniz Amsyar menjadi seperti ini. Adakah sebab perempuan?

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now