BAB 24

4.8K 208 20
                                    

DELLA hanya duduk di depan meja solek miliknya sambil melihat cermin yang tertampal gambar Amsyar. Dia hanya tenung dan tidak lama setelah itu dia mengambil telefon pintar miliknya dan mendail nombor seseorang.

Lama juga dia perlu tunggu orang tersebut mengangkat panggilan barulah terangkat dan boleh dia dengar bunyi bingit dari musik. Boleh dia agak yang dia berada di kelab malam.

"Hello?" jawab dia yang berada dalam panggilan dan dia terpaksa menjerit akibat bunyi muzik yang dimain dalam kelab malam tersebut.

"Kau dekat mana?" soal Della.

"Aku dekat kelab lah dah tu dekat mana, kau sendiri boleh dengar bunyi ni." Jeritnya.

"Dia dah balik." Terus Della masuk ke topik yang dia memang ingin berbual dengan perempuan tersebut.

"Siapa?" soalnya.

"Kakak kesayangan kau." Dingin sahaja kata Della apabila menyebut perkataan 'kakak'.

Benci dengan perempuan bernama Ammara Qalisha yang telah meragut kebahagian yang dia ingin kecapi dari dulu lagi dan sekarang ini dia merampas yang seoarang yang dia cinta.

Hatinya benci dan tangan dikepalkan menjadi penumbuk, tidak lama setelah itu dia menyepahkan semua barang di meja solek miliknya. Habis berterabur dan pecah semua barang make up.

"Kau jangan buat kerja gila dalam rumah tu!" jeritnya di dalam panggilan.

"Aku tak buat lah bodoh!" jeritnya.

"Kau buat jelah asalkan dia mampus!" sambung dia di dalam talian.

"Kau gila ke? Aku ni kalau buat jahat kalau kena tangkap memang mampus aku." Balas Della dingin lalu dia berdiri dan berjalan ke arah balkoni biliknya.

"Just do it."

"Macam mana aku nak buat kalau dia dah kahwin! Dan pasti suaminya yang akan jadi pelindung dia. Sudahlah dia rampas Amsyar dari aku. Amsyar hanya milik aku bukan perempuan sundal macam dia!"

"Damn. Kalau susah sangat kau rosakkan jelah hubungan suami isteri tu. Perangkap si perempuan tu tak pun kau perangkap jelah diri kau dengan lelaki tu dan panggil pejabat agama." Terangnya.

"Just like you do? Perangkap Deinz Asher yang merupakan pewaris DA's tapi sayang dah kahwin dengan Aria Emelard Eve." Sinis sahaja Della berkata dan dia seakan-akan mengejek si sana.

"Kau..." belum sempat dia habis kata Della sudah menyampuk.

"Kau ingat perkara tu akan terjadi ke?"

"Kalau kau susah sangat kau pergi jelah upah orang untuk bunuh dia senang!" Tidak lama setelah itu dia terus menamatkan panggilan kerana geram dengan perempuan bernama Della Humaira.

"Aku minta sikit pun tak boleh." Kutuk Della.

Nampaknya dia sendiri yang perlu memikirkan cara yang sendiri untuk memisahkan Denniz Amsyar dengan Ammara Qalisha. Kalau dia perlu membunuh dengan tangan dia sendiri dia akan buat demi mendapatkan lelaki yang dia cinta.

Cinta itu merbahaya kerana sanggup memisahkan hubungan antara manusia. Cinta tak pernah salah tetapi siapa yang mencintai seseorang itu yang salah, sama ada baik atau jahat itu terletak pada diri sendiri, jangan hanya kerana cinta akal dan fikiran diletakkan di bawah.

Tidak mahu terus duduk di balkoni luar terus dia masuk ke dalam biliknya yang sudah bersepah akibat perbuatannya sendiri yang melempar barang kosmetik ke lantai.

Badan direbahkan secara kasar ke katil dalam kepalanya sudah memikirkan bagaimana caranya untuk memisahkan Amsyar dengan Ammara. Tidak sedar akan masa berlalu sehingga dia tidak boleh tidur akan rancangan jahat yang ada di dalam benak kepalanya.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now