BAB 25

4.2K 224 8
                                    

SEAWAL tiga pagi Ammara tersedar kerana dia merasakan tempat tidur di sebelahnya kosong tiada penghuni. Dia bangun dari pembaringan dan menutup badannya dengan duvet supaya menutup badannya yang tiada seurat benang.

Boleh dia lihat semua pakaiannya yang bertaburan di lantai dan dia mengambil baju milik Amsyar dan dipakai ke badannya. Kakinya perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik tidur mereka dan niat dihati hanya satu iaitu mencari kemana suaminya telah pergi.

Kakinya ingin melangkah menuruni tangga tetapi terhalang apabila matanya tertancap pada pintu bilik yang terbuka sedikit dan cahaya lampu keluar dari pintu bilik tersebut.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke bilik tersebut dan langkahnya terhenti saat dia sudah berdiri dihadapan bilik tersebut. Tangan kanan sudah sedia di angkat untuk mengetuk pintu bilik tersebut.

Belum sempat dia mengetuk dia sudah terdengar perbualan suaminya dengan seseorang dan dia yakin itu adalah perempuan bukannya lelaki. Dia cuba positifkan diri mungkin Blair yang menelefon suaminya akibat kerja di Amsterdam.

Tangan yang sedia di angkat dari tadi ingin mengetuk tetapi terhenti apabila mendengar suara perempuan yang menangis dan dia yakin itu bukan Blair tetapi adik tirinya iaitu Della Humaira Binti Dariman.

Tiada lagi ketukan dia terus masuk dan meluru ke arah suaminya, telefon yang berada di tangan Amsyar dirampas sehingga mengejutkan si tuan empunya telefon pintar itu sendiri.

"Berani betul kau telefon suami aku ya." Dingin suara yang digunakan kepada Della.

"Kau ni jenis manusia macam mana ya? Betina sundal?"

"Ouh bukan, my bad kau sebenarnya pelacur! Yes! Pelacur sama macam mak kau!"

Della yang mendengar kata-kata Ammara rasa tercabar. Dia menggengam buku limanya sehingga membentuk penumbuk jika Ammara berada di hadapannya kini mungkin sudah pecah muka Ammara dikerjakan oleh dia.

"Apahal senyap? Terasa?" Provok Ammara.

Sengaja! Ya dia sengaja memprovok Della kerana perempuan itu tidak boleh orang memprovok dia kerana dia paling tidak suka diprovok dengan sesiapa.

"Tak terasa pun!" Kata Della dalam panggilan. Dia tipu sahaja walaupun hatinya sudah panas mendidih apabila Ammara memprovoknya.

Ammara yang berada di situ sudah tersenyum apabila mendengar suara Della yang seakan menahan geram akibat kata-katanya tadi. Telefon pintar yang sedia di loudspeaker dia buat panggilan biasa kerana dia ingin mengenakan Della.

Terbit satu akal yang cukup bijak ketika itu lantas dia memandang suaminya itu dengan senyuman penuh makna. Tidak tunggu lama dia datang mendekat dan terus menyatukan bibir mereka berdua.

Terundur sedikit Amsyar dan berlanggar dengan laci yang separas pinggang milik Amsyar. Telefon yang dipegang di letakkan dia atas laci tersebut dan tangannya memegang bahu milik Amsyar dan Amsyar memeluk pinggangnya.

Della yang berada di dalam talian sudah mendengar pelbagai bunyi yang sepatutnya dia dengar dan dia tahu itu memang niat Ammara! Untuk menyakitkan hatinya apabila dia berbuat sebegitu dengan Amsyar.

Ciuman dilepaskan setelah seminit mereka bercium antara satu sama lain. Amsyar bagai tidak percaya dengan tindakan drastik milik Ammara.

"I love you, my husband." Kata Ammara dan setiap kata itu penuh dengan penekanan supaya Della mendengar apa yang dia kata kepada Amsyar.

"I love you more. I love you to the mountains and back to the hills and around Europe to Australia back to United States and China and all the way back to Malaysia, and I love you to the clouds and through the universe to Mars, all the way to the Sun and back."  Kali ini Ammara ingin pengsan apabila mendengar kata-kata milik Amsyar.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now