IKATAN di tangan cuba di buka oleh Amsyar tetapi sungguh ketat membuatkan dirinya hampir putus asa. Bila dia boleh keluar dari sini? Seksa duduk dengan lelaki yang suka dengannya kalau perempuan boleh fikir dek akal lagi tetapi lelaki? Hebat sangatkah dia sampai boleh tarik perhatian lelaki. Gila boleh dikata gila. Mata dipejam lama sebelum terbuka semula kerana pintu bilim tersebut di buka oleh seseorang tidak perlu teka siapa sudah tahu.
Kaki Iman laju menuju ke arah katil yang di duduki Amsyar, setelah sampai Iman duduk di birai katil. Amsyar yang melihat hanya diam menyepi dan melihat ke arah tingkap, dari pandang Iman baik pandang tingkap. Iman yang melihat tindakan tersebut hanya tersenyum sinis.
"Pandanglah sini," ucap Iman tetapi Amsyar hanya buat tidak dengar. Baik diam dari melayan.
"Amsyar, kau tak dengar ke?" ucapnya lembut dan membuat Amsyar berasa tidak enak. Ini kali pertama Iman berkata lembut selalunya kasar, benar-benar lelaki ini suka kepadanya.
"Dengar tak ni?"
"Dengar, kau nak apa lagi? Tak puas kau kurung aku lepastu kau nak apa lagi?" soal Amsyar dingin. Iman yang mendengar terus tersenyum.
"Aku akan puas bila kau buka hati dekat aku." Balas Iman. Amsyar terus menggeleng serta beristighfar di dalam hati.
"Kau tahu dosa suka sesama jenis ni dan aku lelaki normal yang jatuh cinta pada perempuan bukannya lelaki. Aku tak gila nak lawan fitrah manusia." Balas Amsyar tegas. Itu prinsipnya dan itu adalah fitrah kejadian manusia iaitu lelaki serta perempuan. Perempuan menyukai lelaki dan lelaki menyukai perempuan.
"Sebab aku suka kau dan aku rasa tak salah aku suka seseorang," balas Iman selamba.
"Suka, mencintai dan menyayangi tidak salah tetapi salah bila kita lawan fitrah yang telah dijadikan oleh Allah. Apa yang buat kau jadi macam ni?" soal Amsyar di penghujung ayat.
"Sebab kau, kau buat aku jadi macam. Bukan aku tak cuba nak lawan perasaan sayang ni tapi aku dah cuba tapi masih tak berjaya. Makin aku cuba, makin susah dan makin dalam rasa suka ni dekat kau." Terang Iman panjang lebar. Amsyar yang mendengar sudah menggeleng laju, memang gila.
"Itu bukan suka, itu nafsu! Kau bernafsu pada sama jantina dan itu juga hasutan syaitan Iman. Kau tak boleh kalah dengan hasutan tu, berubah. Aku yakin kau boleh, percayalah dekat diri sendiri."
"Allah maha pengampun, kau pergilah minta ampun dekat Allah. Minta ampun atas apa yang kau rasa dan kau buat sekarang ni. Masih belum terlambat lagi Iman." Nasihat Amsyar lembut tetapi tegas. Nasihat yang membina adalah nasihat yang lembut tetapi mempunyai isi dan pemberi nasihat perlulah tegas. Tegas dalam percakapan, tegas dalam isi yang ingin disampaikan serta tegas dalam huraian.
"Tak guna dah, aku terlebih sayang dekat kau Amsyar, kau nak suruh aku buang? Ingat sesenang tu? Lepaskan kau? Jangan mimpi aku dah lama tunggu saat macam ni. Saat kau jatuh dalam genggaman aku serta kau jadi milik aku." Kata Iman dan mengusap dada bidang Amsyar. Amsyar yang diperlakukan sebegitu ingin menepis tetapi tidak boleh.
"Kan bagus kalau ada atas katil ni dengan aku sahaja. Kita berdua." Kata Iman lembut dan memandang ke arah Amsyar penuh perasaan cinta dan sayang.
"Shut up!" jerit satu suara lalu merempuh bilik tersebut. Turun naik dadanya apabila mendengar apa yang di kata oleh lelaki bernama Iman al-Muazzam. Dasar lelaki tak guna! Mung siap!
TURUN naik dada Deinz apabila melihat Ammara berada di hadapan kereta miliknya. Mahu di marah nanti dia yang dimarahi abang sulungnya, sudah di kata Ammara ini degil! Degilnya bukan biasa-biasa main dengan nyawa. Cukup kes lima bulan lepas jadi saksi. Saksi bahawa Ammara memang degil dan kerasa kepala, kini Ammara berada di sini untuk selamatkan Amsyar. Dasar gila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...