DERINGAN nyaring dari telefon Ammara membuatkan aktiviti dia ingin membaca novel tergendala akibat seseorang menelefonnya. Jelas dari skrin tersebut itu adalah daddynya yang menelefon, hendak apa lagi pun dia tidak tahu.
Malas ingin menjawab dia terus meletak telefonnya dia atas rak buku dan dia duduk jauh dengan telefon tersebut dan memakai headphone. Amsyar yang baru sahaja masuk dari bilik terus mendengar telefon isterinya berdering nyaring.
Geleng kepala Amsyar apabila melihat Ammara isterinya dengan novel memang berpisah tiada sudahlah pakai ipadnya untuk mendengar lagu tidaklah dia marah tapi sampai orang telefon pun tidak dengar.
Dia terus mengambil telefon Ammara dan serahkan kepada Amamra tetapi Ammara hanya menjawab angkat sahaja.
Tidak tunggu lama terus dia mengangkat panggilan dari pemanggil tersebut dan dia tahu Ammara memang sengaja tidak mahu mengangkat kerana itu panggilan dari ayah kandungnya.
"Assalammualaikum." Ucap Amsyar.
"Waalaikummusalam, mana Ammara?" soal Tuan Ammar.
"Ammara tengah membaca ada apa-apa ke yang daddy nak?" soal Amsyar sopan.
"Daddy nak cakap dengan Ammara." Kata Tuan Ammar.
"Kejap ya daddy."
"Sayang." Panggil Amsyar tetapi Ammara hanya membuat tidak endah akan kewujudan dia di sini. Tidak tunggu lama terus dia duduk di hadapan Ammara dan menggeletek pinggang Ammara sehingga Ammara ketawa.Baru nak kasi tumpuan, jadi tipsnya adalah kena geletek dulu Ammara supaya dia memberi tumpuan kepadanya! Walaupun dia tahu Ammara sengaja.
"Apa dia abang?" soal Ammara dengan tawa yang masih tersisa, keras perutnya akibat lawa dia ketawa.
"Daddy call." Jawab Amsyar.
"Dia nak apa?" soal Ammara dia sebenarnya malas hendak menjawab kerana dia tahu mesti suruhnya datang ke rumah itu semula. Rasanya dia sudah memberitahu yang dia tidak akan kembali ke rumah itu semula.
"Sayang." Kata Amsyar dingin. Dia langsung tidak suka dengan nada malas yang digunakan oleh Ammara langsung tiada hormat kepadanya serta ayah mentuanya. Tahu benci tetapi itu juga ayah kandungnya juga, yang menjaga dan timangnya bagai menatang minyak yang penuh pada satu ketika dahulu.
Benar Tuan Ammar salah tetapi setiap manusia melakukan kesalahan dan pasti ada sebab munasabah kenapa Tuan Ammar menjadi sebegitu. Entah-entah seperti isterinya, kena sihir. Boleh jadi, tiada yang mustahil jika orang sudah busuk hati.
"Fine." Putus Ammara terus dia mengambil telefon di dalam tangan Amsyar dan melekapkan telefon tersebut di telinganya.
"Nak apa?" soal Ammara. Dia malas nak berkias-kias baik dia terus menyoal apa tujuan ayahnya menelefonnya, salam pun tidak ada. Malas katakan.
"Ammara Qalisha. Anak daddy." Kata Tuan Ammar sebak.
Entah mengapa hati Ammara terasa sebak apabila mendengar suara ayahnya berkata sedemikian ini kali pertama dia mendengar ayahnya berkata sebegitu selepas dia keluar dari rumah agam tersebut. Ini kerana selepas dia keluar dari rumah agam itu kehidupannya berubah sebanyak 180 darjah dan apabila bertemu kembali dengan ayahnya hanya pandangan benci yang diberikan oleh ayahnya itu.
Jadi memang dia akan sebak dengan panggilan yang satu ini sudah lama dia tidak mendengar, dia rindu. Ya rindu! Dia tidak boleh menafikan lagi haknya yang satu ini. Memang dia rindu. Rindu untuk bermanja, rindu untuk membuat lawak dengan ayahnya dan rindu untuk memasak bersama dengan ayahnya.
"Nak apa?" soal Ammara lagi.
"Daddy nak jumpa anak daddy sekejap. Boleh?" soal Tuan Ammar tetapi selebihnya dia memang ingin bertemu dengan anak kandungnya itu. Rasa rindu dan bersalah kepada anaknya itu melebihi segala-galanya sehingga kerja yang di pejabat juga tidak dapat dibuat.
Teragak-agak Ammara ingin menjawab kerana dia masih tidak percaya dengan apa yang terjadi bagai semuanya seolah-olah begitu pantas. Mengapa ayahnya ingin berjumpa dengannya sudah pasti ada ibu tirinya. Ingin menolak tetapi bila terdengar suara sebak ayahnya dia langsung tidak jadi.
"Boleh tapi dekat rumah Amsyar." Kata Ammara.
"Alhamdulillah." Jawab Tuan Ammar.
"Nanti Ammara bagi alamat." Kata Ammara lalu dia terus mematikan panggilan
Tanganya memegang dada kerana dia yakin dia pasti akan benda yang terjadi. Entah mengapa dia masih ragu-ragu. Amsyar pula hanya memerhati Ammara yang berada di situ.
"Abang," panggil Ammara. Rasa sebersalah pula dia mengetepikan suaminya dia harap suaminya tidak terasa.
"I know angel. Jangan risau abang okey." Kata Amsyar bukan dia tidak tahu apa yang ada dalam fikiran isterinya itu. Sudah lebih dari tahu.
"Maaf kalau saya asyik ketepikan abang je." Kata Ammara.
"Abang okey lah sekarang ni daddy nak datangkan," kata Amsyar lalu menarik tangan Ammara untuk di bawa menuju ke dapur.
"Let's make red velvet for daddy." Kata Amsyar yang cuba menceriakan hati isterinya. Ammara tersenyum kecil melihat perangai Amsyar. Hanya dia yang boleh lihat perangai Amsyar yang sebegini.
Dia beruntung selepas apa yang berlaku dia masih ada suami yang setia berada di sisi tanpa mengungkit kesalahan dan menyalahkannya. Satu yang boleh dipanjatkan kepada Tuhan, terima kasih.
"Let's go." Balas Ammara sambil tersenum dan menggenggam tangan Amsyar erat tidak mahu lepas hanya dengan ini boleh menunjukkan yang dia amat menyayangi Amsyar sehingga akhir nafasnya.TUAN Ammar yang sudah sampai ke penthouse sudah terpegun dia tidak sangka yang lelaki itu sebegitu kaya bukankah lelaki tersebut seorang tentera sahaja? Tetapi bila dilihat wajah gembira Ammara dia terus tidak berani ingin menyoal biarlah harta itu, yang penting kebahagiaan Ammara yang menjadi perkara utama.
"Daddy." Panggil Amsyar lalu bersalaman dengan ayah mentuanya.
"Sihat Amsyar?" soal Tuan Ammar.
"Alhamdulillah sihat. Daddy macam mana?" soal Amsyar lalu membawa Tuan Ammar ke ruang tamu penthouse. Ammara pula sibuk di dapur sedang menyediakan makanan untuk Tuan Ammar.
Dia berasa gembira melihat ayah mentuanya yang ingin datang ke rumahnya walaupun sekejap sahaja. Mungkin ada berita yang ingin disampaikan oleh ayah mentuanya.
"Duduklah daddy. Jangan malu-malu." Pelawa Amsyar dan saat Tuan Ammar ingin duduk Ammara keluar dari dapur dan ditanganya ada dulang yang berisi air dan kek buat mereka bertiga.
"Ammara." Panggil Tuan Ammar dan membuatkan segala kerja Ammara tertangguh.
Tuan Ammar menepuk-nepuk sofa di sebelahnya menyuruh Ammara duduk di sebelahnya, Ammara pula takut ingin duduk di sebelah ayah tetapi bila melihat wajah Amsyar yang penuh berharap dia akur juga untuk duduk di sebelah ayahnya.
Tangan Ammara di pegang erat oleh Tuan Ammar membuatkan Ammara seperti terkena renjatan elektrik dia seolah-oleh tidak percaya ayahnya sudi memegangnya selepas tempoh yang cukup lama.
"Maafkan daddy." Ucap Tuan Ammar.
Kedua-dua mereka sudah terkejut mendengar ucapan maaf dari Tuan Ammara kerana dia tidak percaya akan itu akan terjadi tetapi sedikit sebanyak Amsyar tersenyum. Berota baik yang dia hendak dengar.
"Kenapa daddy nak minta maaf?" soal Ammara tergagap-gagap. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Jika ini mimpi tolong bangunka dia kerana dia penat dengan mainan ini.
"Sebab daddy dah banyak buat salah dekat anak-anak daddy terutamanya kamu." Ucap Tuan Ammar sebak.
"Daddy," terjeda kata-kata Tuan Ammar apabila ingin mengucapkan perkara tersebut.
"Daddy dah tahu perkara sebenar. Perkara yang Ammara simpan selama ni." Ucap Tuan Ammar.
Ammara dan Amsyar dengan apa yang mereka bakal dengar tidak lama lagi. Detak jantung Ammara makin laju dia bagai tidak sabar ingin mendengar apa yang daddynya bakal ucapkan.
"Ammara yang kena jual dekat kelab malam tu kan?" soalan daripada Tuan Ammar mambuatkan Amsyar yang berada di situ sudah ingin meletup. Siapa yang berani jual isterinya?!
"Daddy baru tahu Ammara dari orang-orang daddy dan daddy cuba untuk tangkap orang tu." Kata Tuan Ammar lalu mengusap perlahan-lahan tangan Ammara.
"Tak perlu pun benda dah lepas." Balas Ammara dia juga tidka mahu ingat akan kisah lepas. Sungguh menyakitkan sekarang ini.
"Tapi sebab perkara tu daddy halau Ammara dan daddy nak tebus balik kesalahan daddy dekat Ammara." Jawab Tuan Ammar.
"Tapi..." belum sempat Ammara ingin menjawab Amsyar laju memotong.
"Tak apa biar daddy uruskan yang itu kita uruskan benda lain." Jawab Amsyar dan saat mendengar perkataan kita tahulah dia perlu menceritakan semuanya kepada suaminya itu.
"Daddy tak nak makan kek kegemaran daddy ke? Ammara yang buat ni." Pelawa Amsyar lalu menyerahkan potongan kek tersebut kepada Tuan Ammar.
"Boleh juga. Setahu daddy Ammara ni bukan reti masak dia reti makan." Balas Tuan Ammar lalu tergelak apabila melihat wajah cemberut Ammara.
"Ya ke daddy? Kenapa dengan Amsyar rajin pula?" kata Amsyar seronok pula usik isterinya itu.
"Tak payah nak mengusik sangatlah." Kata Ammara. Kedua-dua mereka sudah tergelak apabila mendengar Ammara berkata sebegitu. Hati Ammara berasa tenang apabila ayahnya boleh mengusik dia selepas lama mereka tidak mengusik antara satu sama lain.
"Mana isteri daddy tu?" soal Ammara.
"Shopping dengan adik kamu." Balas Tuan Ammara bersahaja.
"Menghabiskan duit orang je tahu, kerja malas." Kutuk Ammara lalu menyuapkan kek ke dalam mulutnya.
"Biarlah dia merasa sebelum dia hilang segala-galanya."
Kata-kata Tuan Ammar membuatkan Ammara tersenyum sudah pasti daddynya ada idea yang ingin menjatuhkan kedua-dua wanita gila tersebut di dalam rumah tersebut.
Begitu indahnya apabila dia dan daddy sudah berbaik walaupun belum sepenuhnya boleh dia lihat Amsyar juga seronok berbual mesra dengan ayahnya dan kedua mereka juga mengusiknya. Tidak dapat dia nafikan yang dia begitu gembira apabila daddy sudah berbaik dengannya tetapi yang membuatnya tertanya.
Adakah ayahnya tahu yang dia kena sihir?"EXPLAIN time!" kata Amsyar setelah Tuan Ammar pulang dari makan malam bersama mereka.
Ammara yang baru ingin duduk terus kena bersoal jawab dengan suaminya pula tetapi wajar apabila suaminya berkata sebegitu kerana salahnya juga kerana tidak menceritakan dari A sampai Z siapa dirinya dahulu.
"Okey tapi jangan berani nak menyampuk kalau tak memang saya tak akan cerita." Kata Ammara memberi amaran kepada suaminya dan Amsyar hanya tersenyum mendengar amaran yang keluar dari mulut comel isterinya.TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...