BAB 64

3.5K 155 24
                                    

Masa kini

AMMARA memanjat belakang badan Amsyar apabila melihat sang suami sedang berdiri di tepi jendela bilik. Amsyar yang diperlakukan sebegitu terus memegang kaki Ammara kerana takut sang isteri jatuh. Kang naya kejap lagi. Tersenyum suka Ammara apabila sang suami mendukungnya, terus bibir menyentuh permukaan kulit sang suami kerana ingin meminta maaf dek mengejutkan lelaki tersebut.

Amsyar hanya membiarkan sahaja tingkah Ammara itu kerana dia juga suka diperlakukan sebegitu. Ammara pelik melihat sang suami tidak berkata apa-apa.

"Kenapa abang senyap?" soal Ammara yang berada di dukungan Amsyar.

"Abang teringat kisah lima bulan lepas." Ucap Amsyar dan Ammara yang mendengar tersenyum.

"Ingat apalah tadi." Kata Ammara.

"Sayang jangan ganas-ganas. Kesian baby dalam perut tu." Kata Amsyar lembut.

"Baik abang." Ucap Ammara.

"Sayang ada mengidam apa-apa tak?" soal Amsyar. Kesibukan kerja membuatkan dirinya lupa ingin menanyakan apa yang sang isteri mengidam tengah hari tadi.

"Mangga! Nak makan colek buah." Ucap Ammara teruja. Dia mahu makan masam-masam dan pedas dalam masa yang sama.

"Dah agak." Ucap Amsyar. Bukan dirinya tidak tahu akan apa sang isteri suka sangat. Sejak mengandung suka sangat makan colek buah, sudah puas dilarang tapi makin di buat.

"Jom, abang dah beli." Kata Amsyar dan membawa Ammara yang di dukungan ke dapur.

"Abang buang kulit dan buat ya. Saya malas." Kata Ammara manja. Memang dia malas saat ini kerana di mahu makan sahaja.

"Ya abang buat semua. Ni sayang nak terus dukung ke nak turun?" soal Amsyar.

"Nak terus dukung sebab nak tengok abang buat. Boleh kan?" soal Ammara manja tetapi kalau tidak di soal sebegitu memang lelakinya akan beri sahaja kerana suaminya sayang dia. Untungnya. Suaminya tidak pernah marah akan dirinya, kalau marah hanya diam tetapi tidak pernah lepaskan kepadanya.

Amsyar hanya mengangguk dan terus mengupas kulit dan membuat kuah colek buah. Kicap, gula, cili padi tiga biji, belacan, cuka dan asam jawa di ambil. Itu adalah bahan-bahan membuat colek buah versi yang malas.

Ammara hanya memerhati sahaja tingkah sang suami untuk membuat colek buah. Terliuar dirinya apabila colek sudah hampir siap. Tangan mula ingin menggapai mangga untuk di makan tetapi di halang oleh Amsyar.

"Jangan, jatuh nanti. Biar abang suap." Kata Amsyar lalu mengambil potongan buah mangga dan di suapkan kepada Ammara yang berada di dukungan Amsyar.

Ammara tidak tunggu lama terus menggigit mangga yang dihulurkan oleh Amsyar. Saat mangga masuk ke dalam mulutnya terus Ammara berucap syukur kerana sedap serta rangup, pandai suaminya pilih buah. Sedap dan sangat-sangat sedap!

"Sedap?" soal Amsyar lalu berjalan membawa mangga dan colek ke ruang tamu untuk mereka menjamu selera. Sampai sahaja di ruang tamu terus Amsyar mengarahkan Ammara untuk turun dan duduk di sofa. Ammara hanya menurut perintah kerana sudah dapat makanan.

"Sedap sangat-sangat. Terima kasih abang." Ucap Ammara dan tangan mencapai mangga yang sudah di potong lalu mencelup ke arah colek yang dibuat oleh suaminya. Saat mangga tersebut masuk ke dalam mulut boleh Ammara kata betapa nikmatnya rasa, gabungan pedas, manis dan masam sangat sedap.

"Sama-sama." Balas Amsyar.

"Nanti kita balik KL ya," ucap Amsyar dan Ammara hanya mengangguk tanda setuju.

"Abang," panggil Ammara.

"Ya sayang." Jawab Amsyar dan terus menumpukan perhatian kepada Ammara.

"Jom jual beli pantun." Ajak Ammara dengan nada teruja kerana dia ada meliat trend dekat Tik Tok tentang cara meluahkan perasaan guna pantun jadi dia mahu buat dengan suami tercinta. Orang lain buat dengan crush dia buat dekat sang suami.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now