BAB 15

5.6K 256 3
                                    

"AMMARA." Seru Amsyar apabila melihat Ammara yang sudah ketakutan.

"Aku dekat sini."

"Jangan risau dia orang tak akan apa-apa kan kau. Trust me." Tidak putus-putus Amsyar memujuk Ammara.

"Tarik nafas Ammara."

"Stop thinking of it."

Ammara melalukan segala yang disuruh oleh Amsyar dalam 20 minit barulah dia boleh bernafas secara normal kalau tidak dia pasti akan pengsan kerana sesak di dadanya. Amsyar menghulurkan air mineral sejuk kepada Ammara.

Ammara meminum air tersebut dengan perlahan-lahan supaya tidak tersedak dan sempat matanya memandang kepada lelaki yang sedang di depan oleh lelaki jersi 17 itu. Mereka kena lari 10 pusingan gelanggang sebab menakutkannya.

"Kau pergi mana?"

"Aku pergi beli jagung susu untuk kau. Kau suka kan?" Kata Amsyar lalu memberi cawan polisterina yang berisi jagung susu diberikan kepada Ammara.

"Thanks, Amsyar aku dah lama nak makan."

Ammara tidak mahu tunggu lama terus mengambil jagung tersebut di tangan Amsyar kerana ini adalah makanan yang disukainya sejak dahulu lagi dari kecil. Khusyuk sungguh dia makan sehingga kawan Amsyar datang menyapa pun dia tidak sedar kerana sibuk dengan jagung tersebut.

"Bro." panggil Ammsyar Ridzuan yang sedang sibuk memaut pinggang isterinya yang sudah mengandung. Rezeki mereka kerana Humayra mengandung dan dia akan bergelar bapa tidak lama lagi.

"Yow."

"Balik dari Turki terus bawa balik bakal isteri ya? Tak sia-sia aku aamiinkan doa mak kau." Terkekek kesemua di situ ketawakan Amsyar tetapi Amsyar hanya tersenyum apabila di usik oleh Ammsyar Ridzuan.

"Jodoh aku dekat Turki nak buat macam mana?"

"Disatukan di bumi Turki is not a bad idea." Sejurus Amsyar berkata sebegitu dia terus memandang Ammara yang sedang sibuk makan jagung.

Kesemua disitu turut memandang Ammara sehingga membuat Ammara tidak selesa ingin makan. Makanan lagi penting.

Dia suakan jagung tersebut kepada Amsyar tetapi Amsyar menolak boleh dia lihat telinga milik Amsyar berubah warna merah. Jangan kata yang sebenarnya Amsyar sedang malu apabila dia ingin menyuap lelaki tersebut. Comel.

Ini adalah kali pertama dia lihat Amsyar mempunyai perasaan malu sebelum ini hanya dingin dan mulut cakap lepas sepertinya sahaja. Satu sisi Amsyar yang baru sudah dia jumpa dan dia tidak sabar untuk meneroka sisi Amsyar yang lain.

"Oh God please hormat orang single." Sampuk Zack lalu menutup matany seakan-akan geli dengan apa yang dia sedang lihat.

Semua orang akan berteman selepas ini tetapi dia masih lagi tiada orang ingin.

"Aku datang ni nak jemput kau orang semua datang majlis kahwin aku dengan Ammara. Lagi dua minggu. Aku harap kau boleh datang."

Selepas lama Amsyar menyepi dia terus berkata apa tujuannya untuk berjumpa mereka semua dan dia berharap mereka semua dapat hadir ke majlis mereka berdua.

"Sudah pasti kita orang datang."

"Jangan lupa mak ayah kau dan adik kau sekali Ammsyar Ridzuan."

"Jangan risau."

"Congrats sebab dah nak jadi bapa."

"Thanks bro kau bila?" soalan yang membuat Amsyar bagai nak membunuh sahaja si Ammsyar.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang