BAB 18

5.8K 294 7
                                    

SETELAH sarapan pagi di hotel Amsyar dan Ammara akan gerak pergi ke kuartes Amsyar untuk mengemas barangan yang patut Amsyar bawa balik ke rumah. Ammara dapat tahu yang Amsyar dapat cuti dari pihak atasan. Cuti yang lama itu sahaja Ammara dapat tahu selebihnya dia hanya fikir positif mungkin pihak atasan memberi Amsyar cuti sebab penat dari misi di Turki.

Masuk sahaja dalam bilik Amsyar boleh dia cakap kesemua kemas dan ada beg kerja Amsyar di lantai. Dia pula gatal tangan ingin membuka beg tersebut tidak tunggu lama dia membuka, alangkah terkejutnya dia apabila melihat barangan dalam beg tersebut ini nak pindah alam ke? Begnya mengalahkan perempuan.

"What are you doing?" soal Amsyar sambil melihat Ammara badan disandarkan ke dinding.

"Nak tengok beg kerja pun tak boleh." Keluar muncung sedepa milik Ammara.

"Boleh je tapi kemas lah balik, tak nak cuba angkat beg tu?" sengaja menanyakan soalan tersebut kepada Ammara.

"Tak berat kan?" soal Ammara dan tidak tunggu lama terus dia mengangkat.

Bagai nak patah segala tulang di badan apabila mengangkat beg tersebut, Amsyar hanya tergelak melihat muka terkejut Ammara apabila mengangkat begnya.

"Gila lah, kau angkat beg ni setiap hari?" Dia berjalan menuju ke arah katil sambil mengurut pinggang dan bahunya. Ini tak sampai umur 50 dah patah segala tulang.

"Tak adalah setiap hari kalau ada latihan dan kena masuk hutan aku pakai lah." Terang Amsyar lalu duduk di sebelah Ammara.

"Cuba bagitahu latihan kau macam mana?" soal Ammara ingin juga dia tahu tentang askar ini yang dia tahu hanya kawad sahaja.

"Macam-macam latihan fizikal dan mental yang kami kena hadap, lari 10kilometer sambil bawa kayu balak dan kena pakai beg tu. Lagi, kena terjun dengan ketinggian 7,239 meter di udara kalau rasa diri tu gayat jangan mimpilah boleh jadi tentera."

"Lagi?" khusyuk betul Ammara mendengar penerangan Amsyar dalam hati dia kagum dengan Amsyar.

"Kalau cerita sampai subuh pun belum tentu habis sayang." Kata Amsyar lalu berdiri ingin mengemas kalau sibuk bercerita belum tentu habis.

"Cerita lah." Paksa Ammara dia nak juga tahu sudahlah si suami ini TUDM mesti bawa jet kan.

"Kau bawa jet tak?" soal Ammara lalu menarik tangan Amsyar untuk duduk kembali.

Tidak mahu menolak permintaan sang isteri dia duduk semula dan mencantumkan jari jemarinya dengan sang isteri.

"Aku bawa jet sayang. Habis tu kau fikir aku datang Turki guna kapal terbang ke?"

"Haah."

"Aku nak pergi tengok jet tu boleh." Pinta Ammara boleh Amsyar lihat betapa bersinarnya mata Ammara.

Jadi Ammara minat jet. Tak sangka tapi kalau ikut waktu dekat Turki memang Ammara ada paksa dia untuk lihat jet pejuang milik Malaysia cuma dia yang berkeras tidak beri.

"Aku tak boleh bawa kau masuk kawasan tu sesuka hati."

"Alah tapi aku betul-betul nak tengok lah." Pinta Ammara sekali pakej mengerdipkan kedua-dua mata bagai memujuk.

"Jangan sayang." Larang Amsyar dia lelaki, dia risau dia akan sentuh Ammara tanpa kerelaan dia sendiri.

"Nampak sangat kau tak sayang aku." Rajuk Ammara.

Pegangan Amsyar juga dilepaskan dan dia bangkit dari duduk untuk keluar dari bilik Amsyar. Amsyar yang masih duduk sudah garu kepala dengan perangai isterinya.

"Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melayan perangai isteri aku." Katanya lalu meraup wajah.

AMMARA keluar dari kuaters milik Amsyar dan berjalan-jalan di sekitar kem. Seronok dia berpusing-pusing di kawasan kem ini tiba-tiba terlihat pintu gudang yang terbuka, dia toleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan bahawa tiada orang yang melihat dia. Tidak mahu tunggu lama terus Ammara masuk.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang