BAB 43

3.3K 211 24
                                    

"QASH suami saya." Satu ayat, satu pernyataan dan satu ungkapan yang berjaya membuat seluruh tubuh badan Ammara jatuh ke lantai hospital.

Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang ini.

"Ya Allah." Ucap Ammara.

Kenyataan yang sukar untuk dia percaya lagi-lagi bukti yang berada di hadapan matanya. Suaminya sendiri yang menyerahkan kad nikah Lily dan Qash dia langsung tidak boleh percaya katakan ini mimpi. Tolong Tuhan katakan dia sedang bermimpi.

Tetapi bila lihat wajah serius milik suami dia boleh katakan ini adalah realiti yang perlu dia hadap. Kawan baiknya sudah berkahwin dengan Lily tetapi mengapa dia langsung tidak melawat Lily.

"He killed me with the same poison he killed your mother." Ucap Lily. Dia mahu bongkar segala rahsia dia selama ini di hadapan Ammara supaya Ammara berjaga-jaga dengan Qash.

"Lily," panggil Ammara dengan air matanya turun ke pipi gebunya.

"Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya berdosa dekat awak, Saya minta maaf. Saya minta maaf." Kata Ammara dan dia tidak henti-henti meminta kemaafan dari Lily kerana dia tahu dia salah kepada wanita bernama Lily Sorfina.

Dia mencium tangan Lily kalau perlu dia melutup dia akan melutut demi kemaafan dari Lily.

"Saya dah lama maafkan Qalisha jadi janganlah nangis lagi." Ucap Lily lau mengusap kepala Ammara yang tertutup dengan tudung.

"Kenapa tak pernah bagitahu Lily kenapa tak cari aku selama ni?" soal Ammara dalam esakannya.

"Saya dah cuba tapi Qash tak kasi. Dia kejam dengan saya. Dia pukul saya dan dia sentuh tanpa saya rela." Ucap Lily air matanya turun setitik dua apabila teringat akan kisah lepas.

PERKAHWINAN yang dia tidak ingin tetapi atas desakan keluarga Qash dia terima tetapi selepas dia memasuki alam berumah tangga tiada yang berubah melainkan seksaan semata-mata. Setiap hari makanannya adalah tumbukan, penampar serta tali pinggang Qash sendiri.

Saat dia ingi pergi ke hospital untuk melawat ibu Ammara dia terlihat Qash yang berada di dalam bilik tidur mereka dan memegang picagari yang mempunyai cecair. Setiap gerak geri dan langkah Qash diperhatikan oleh Lily sehingga dia terpaksa menjadi pengintip tidak berbayar.

Setiap langkah dan gerak geri diperhatikan oleh Lily sehingga sampai ke hospital yang memang dia ingin pergi. Dalam hati dia berdoa supaya suaminya tidak pergi ke wad peribadi ibu Ammara tetapi itulah kenyataan yang dia perlu hadap. Memang benar suaminya itu pergi ke bilik ibu Ammara.

Dia cuba memberanikan diri untuk masuk dan saat dia masuk Qash terus memandangnya dengan tajam kerana Lily telah merosakkan rancangan untuk memasukkan racun ke dalam tubuh ibu Ammara.

"Awak jangan buat kerja gila Qash!" marah Lily dan dia beranikan diri untuk mara ke arah Qash.

"Kau jangan dekatlah betina!" tempik Qash.

"Apa yang awak buat ni berdosa Qash. Ingat Allah." Lembut Lily berkata kerana sia-sia dia menjerit kerana dia tahu Qash tidak akan mendengar jadi lebih baik dia berkata lembut.

Tiada guna api dicampur minyak kerana ia akan menjadi marak jadi lebih baik api disimbah air kerana ia akan memadamkan kemarahan lelaki tersebut.

"Perempuan ni punca! Punca aku dan Ammara tak akan pernah bersatu jadi aku nak bunuh dia biar aku dan Ammara boleh kahwin dengan aku!" tempik Qash.

"Awak bincang elok-elok dengan aunty, insyaAllah semuanya akan okey dan saya tak kisah untuk bermadu asalkan awak berbincang elok-elok dengan aunty." Pujuk Lily lembut dan perlahan-lahan dia mara ke arah Qash.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang