BAB 36

2.7K 172 7
                                    

AMMARA tersedar dari lena apabila dia dikejutkan oleh Qash. Entah berapa lama dia tidur pun dia tidak tahu mungkin penat sebab itu dia tidur sampai lupa waktu. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan dan di pegang oleh Qash kerana tidak larat.

"Kau larat tak nak drive? Kalau tak larat aku boleh hantar kau balik." Kata Qash dalam nada risau. Kawan mana tidak risau apabila melihat kawannya yang seperti mayat hidup.

Muka tiada seri, pucat macam mana lepastu badan pun makin susut.

"Kau okey tak ni?" soal Qash.

"Aku tak tahu,"

"Lepas aku makan nasi ayam tadi aku muntah dan badan aku jadi lemah macam apa sekarang ni." Luah Ammara perlahan.

"Nasi tu basi ke?" soal Qash pelik.

"Okey je tak rasa basi pun." Kata Ammara lemah.

"Kau ni lemah sangat ni biar aku hantar kau jelah." Kata Qash lalu dia pergi ke meja kerja Ammara dan mengemas semua yang berada di situ. Ammara pula di arah supaya duduk sahaja kerana dia tahu silap-silap wanita itu akan tumbang.

"Dah siap jom aku hantar." Kata Qash lalu membantu Ammara berdiri.

"Kau tak payah nak hantar isteri aku. Aku boleh ambil dia." Kata satu suara garau.

Ammara dan Qash sudah terkejut bagai tidak percaya Amsyar berada di depan matanya. Lelaki itu sudah berjalan ke arah mereka berdua. Dia terus mengambil beg Ammara di tangan Qash dan tanpa amaran terus dia mencempung badan isternya.

"Turunkanlah!" marah Ammara dia tidak suka bila suaminya menyentuh dia. Dia berasa jijik.

"Shut up." Kata Amsyar tegas lalu terus membawa Ammara pergi dari situ.

DARI dalam kereta hingga ke dalam rumah Ammar langsung tidak ingin berbual dengan Amsyar cukup dengan petang tadi hatinya panas. Gambar tersebut buat dia ingin melenting secukupnya.

Masuk sahaja dalam bilik terus dia rebahkan badan di atas tilam gebu secara kasar dan terus menyelimut diri dalam duvet hendak mandi dia malas sekarang ini. Dia hanya mahu tidur dan berehat. Muka Amsyar pun dia tidak mahu tengok apabila teringat dengan tersebut.

Amsyar mengeluh apabila melihat perangai Ammara ini semakin hari semakin teruk perangainya. Semakin hari semakin menguji kesabarannya kalau bukan kerana sayang sudah pasti dia memarahi isterinya ini dan jika bukan kerana isterinya ada sesuatu sudah pasti dia naik hantu tetapi tidak dilepaskan atas dia sendiri tidak suka hendak marah orang yang dia cintai.

"Sayang bangun mandi." Arah Amsyar lembut.

Ammara langsung tidak menyahut malah makin dia berselubung kerana tidak mahu mendengar suara Amsyar. Entah mengapa sakit telinganya apabila mendengar suara suaminya.

Sudah banyak kali Amsyar memanggil Ammara tetapi gadis tersebut langsung tidak mahu menyahut atau membuka duvet. Lama-lama Amsyar terus berputus asa lalu pergi ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak.

Selesai sahaja dia solat Isyak terus dia mengambil Al-Quran untuk di baca dan dia memuka surat A-Falaq dan surah An-Nas. Dia sengaja membaca kuat-kuat biar Ammara tersedar dari lenanya. Bukan dia tidak tahu dari dua minggu lepas lagi bila dia membaca ayat suci Al-Quran tersebut pasti Ammara akan menjerit sakit dan kini dia yakin Amamra terkena sesuatu.

Setiap malam Ammara meracau dan dia fikir Ammara hanya ada mimpi buruk akibat kisah silamnya yang berada di Turki tetapi bila Lily melefonnya yang memberitahu apa yang terjadi dia yakin yang Ammara kena buatan manusia.

Tidak cukup dengan surah tersebut dia juga membaca surah Al-jin cukup itu membuatkan Ammara bangun dari pembaringan.

Cukup jelas dengan pandangan matanya yang Ammara memandangnya tidak puas hati mukanya berang tanda marah tapi dia tidak peduli dan dia terus membaca sehingga tamat.

Selepas sahaja Amsyar membaca Al-Quran terus dia pergi ke arah Ammara yang memandangnya dengan pandangan berang tetapi sedikit pun tidak gentar dengan wajah berang milik Ammara malah dia mara ke arah Ammara bahkan wajah dia dingin tidak berperasaan.

"Angel." Panggil Amsyar lembut walaupun dia tahu Ammara tidak akan menyahut panggilannya kerana itu bukan Ammara itu adalah jin yang menguasai tubuh Ammara.

"Ammara Qalisha." Panggil Amsyar lembut dan dia berdiri di hadapan Ammara.

Tidak tunggu lama terus dia memeluk Ammara boleh dia dengar jelas yang Ammara menjerit dan meronta untuk melepaskan dirinya.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now