BAB 44

3.4K 181 12
                                    

"LAILAHAILLAH." Ucap Lily perlahan, Ammara pula terus mendodoikan Lily sehingga dia merasakan dada milik Lily sudah tidak turun naik barulah dia mengangkat kepalanya.

Saat itu juga mesin elektrokardiogram berbunyi menandakan degup jantung pesakit sudah tiada. Bagai tidak percaya dengan dia lihat di hadapan mata yang garis itu adalah garis lurus yang terpapar di skrin mesin tersebut bagai ini semua mimpi yang patut dia di lenakan semula.

"Tak," kata Ammara terus dia memeluk Lily erat.

"No kau tak boleh tinggalkan aku!" jerit Ammara sambil memluk Lily erat. Air matanya turun laju ke pipi. Ini mimpi ya ini mimpi!

Amsyar yang berada di situ terus pergi ke arah Ammara dan ingin meleraikan pelukan tersebut tetapi di tolak laju oleh sang isteri sehingga dia terdorong ke belakang untuk beberapa langkah. Tidak punya cara lain Amsyar terus memanggil doktor dan jururawat yang bertugas untuk membantunya.

Apabila semua petugas masuk ke dalam bilik tersebut Amsyar terus mengarah mereka melepaskan Ammara yang memeluk Lily bagai tidak mahu lepas. Saat dipujuk malah ditengking mengatakan yang Lily sedang tidur.

"Jangan sentuh aku! Aku tahu Lily tengah tidur aku dan dia nak pergi jalan-jalan."

Bagai kaca terhempas ke batu apabila Amsyar melihat Ammara yang seolah-olah seperti orang yang tidak waras lagi apabila dia memekik dan berkata sedemikian. Memang benar jika orang yang kita sayang pergi boleh membuat kita hilang pertimbangan seperti Ammara ini.

"Sayang," panggil Amsyar dia cuba memujuk Ammara secara baik.

"Jangan macam ni boleh? Sayang kata Lily tengah tidur kan?"

"Ya, Lily tengah tidur." Ucap Ammara perlahan sambil menepuk-nepuk Lily.

"Jadi sayang janganlah menjerit, kesian Lily nak tidur terganggu."

"Suara saya bising sangat ke?" soal Ammara matanya melihat Amsyar.

Terkejut bukan kepalang apabila dia melihat matanya isterinya seolah hilang sinar yang hanya adalah gelap di dalam anak mata isterinya. Bagaimana dia mahu kembalikan semula sinar di dalam mata buah hatinya semula. Seolah dia perlu berusaha keras untuk mengambilakan segalanya kepada Ammara Qalisha. Senyuman, kebahagiaan dan keceriaan isteri.

Perlahan-lahan Amsyar mengangguk dia tidak boleh berbuat apa lagi, dia perlu menyakinkan isterinya yang Lily sedang tidur sekarang ini supaya Ammara melepaskan Lily selepas sahaja isterinya melepaskan Lily ia akan mudah untuk pihak hospital untuk menguruskan jenazah Lily.

"Lepaskan Lily ya sayang," pinta Amsyar lalu mengusap belakang badan Ammara untuk menenangkan isterinya.

"Macam mana Lily nak tidur dengan aman kalau sayang kacau." Ucap Amsyar lembut. Ammara sudah tersedu-sedu sambil mengusap wajah Lily yang suci. Wajah Lily suci seolah-olah bayi yang baru lahir dan ada senyuman di bibir mulus milik gadis tersebut.

"Mesin tu tipu kan? Lily hidupkan?" soal Ammara perlahan.

Soalan daripada Ammara berjaya membuatnya hancur sehancurnya, mengapa jadi seperti ini dia bagai hilang kekuatan ingin berbicara soal hidup dan mati sekarang kerana itu telah berjaya menghancurkan Ammara ke cebisan yang sukar untuk dia cantumkan semula.

Jika boleh dicantumkan semula mungkin ia tidak akan berjaya membentuk Ammara yang sama seperti dulu. Hati Ammara sudah hancur sepertimana dia, dia juga hancur tetapi dia cuba untuk cantumkan semula hatinya demi membantu Ammara.

Dia gagahkan diri demi Ammara biarlah dia hancur demi kembalikan dan cantumkan Ammara semula.

"Iya sayang mesin tu rosak. Come lepaskan Lily, bagi dia tidur." Ucap Amsyar.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now