AMMARA hanya merenung wajah tampan milik Amsyar dengan penuh tanda tanya, pandangan mata lelaki itu sungguh memilukan hatinya, mengapa hatinya berasa sakit apabila melihat pandangan milik lelaki itu. Sakit yang boleh mengacau bilaukan hatinya, sakit yang boleh membuatkan hatinya terluka dan hatinya tidak tenang. Entah bila tetapi Ammara terus memengang dadanya yang terasa sakit itu.
"Sakit ke?" soal Amsyar apabila melihat Ammara yang memegang dada.
"Sesak nafas?" soal Amsyar lagi tetapi Ammara hanya menggeleng.
"Habis tu kenapa sayang?" soal Amsyar lembut.
"Tak tahu, tapi sakit sangat. Sakit yang buat dada saya susah nak bernafas." Jawab Ammara. Amsyar yang mendengar hanya terdiam.
"Cuba cerita," balas Amsyar lembut. Matanya tunak memandang Ammara yang sedang dada yang berasa sakit itu dan bahagian tersebut adalah tempat di mana hati duduk. Sedarlah Amsyar itu adalah hati Ammara yang berasa sakit.
"Bila saya tengok mata awak, saya dapat rasa awak tengah sedih dan dari situ hati saya sakit tapi saya tak tahu ni perasaan apa. Tapi sakit sangat, dia macam mencucuk dada saya." Jujur Ammara dan matanya memandang Amsyar. Lelaki tersebut hanya tersenyum tipis, tahulah apa yang berlaku.
"Itu normal, sebab kita manusia. Sakit itu perkara normal dan sakit itu hadir bila kita tidak sihat." Balas Amsyar.
"Dia tak normal bila saya tengok awak dan saya sakit." Bidas Ammara, Amsyar yang mendengar hanya tersenyum. Haihlah bini. Walaupun tak ingat dia tapi mulut tu selalu sahaja nak bidas.
"Mungkin awak cintakan saya." Balas Amsyar bersahaja tetapi dalam diri ingin mengetahui jawapan daripada mulut Ammara. Harap jawapan yang baik-baik tapi kalau jawapan yang lain maka dia reda sahaja.
"Mungkin, kalau betul saya tak cintakan awak mesti awak tak akan datang sini. Betul tak?" soal Ammara di akhir ayat.
"Tiada siapa tahu isi hati kita selain kita sendiri." Balas Amsyar.
"Tapi itulah hakikatnya." Jawab Ammara.
Amsyar hanya diam apabila mendengar jawapan Ammara. Dalam diam dirinya ingin ketawa apabila melihat perangai Ammara yang satu ini, diri yang lain dan comel tapi mulut tetap sama, pedas dan berbisa. Mata Amsyar melihat wajah pucat di hadapannya ini dan tangan di angkat untuk mengusap rambut Ammara belum sempat Amsyar ingin mengusap rambut Ammara tangannya di tepis laju oleh Ammara sendiri. Perbuatan Ammara tersebut menyentakkan Amsyar sendiri.
"Haram." Balas Ammara garang.
"My bad. Sorry angel." Balas Amsyar, tidak patut dia lakukan sebegitu saat Ammara tidak ingat siapa dirinya.
"Siapa nama awak?" soal Ammara ingin tahu.
"Denniz Amsyar." Jawab Amsyar. Ammara hanya mengangguk tanda faham. Dahi Ammara berkerut seketika, mahu di tanya tapi takut kena marah tapi soalan ini penting. Amsyar yang melihat tahulah apa yang difikir oleh wanita itu tidak tunggu lama terus Amsyar bersuara.
"Tanyalah banyak mana nak tanya, saya sedia menjawab." Bicara Amsyar membuatkan kerutan di dahi Ammara hilang dan Ammara menghadiahkan senyuman nipis.
"Umur awak berapa?" soal Ammara.
"Tiga puluh tiga," jawab Amsyar.
"Tua." Kutuk Ammara. Amsyar hanya tergelak tahu sudah jawapan Ammara macam mana.
"Hari lahir bila?" soal Ammara lagi.
"Tiga April." Balas Amsyar. Sudah seperti taaruf sudah. Reda sahaja.
"Awak hensem,"
"Terima kasih, pinjaman dari Allah."
"Awak suka makan apa?" soal Ammara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...