Semakin hari semakin dingin hubungannya dengan Ammara, entah mengapa hendak kata dia terasa dengan perangai Ammara tidaklah sangat tetapi boleh dia cakap Ammara terasa dengannya tetapi itu memang salah Ammara sendiri bukan dirinya.
Dirinya hanya menegur kesalahan sang isteri tetapi isterinya terasa sungguh dengannya. Tidak pernah sama sekali isterinya bersikap seperti ini adakah pembawakan budak? Eh kejap?! Adakah isterinya mengandung?! Bila difikir balik tidak mustahil.
Tersenyum apabila tahu yang dia bakal menimang cahaya mata pertama. Kertas kerja di atas meja langsung tidak dihiraukan yang dia hiraukan sekarang macam mana mahu menjaga kandungan Ammara.
Tidak lama terus dia membuka telefon pintar miliknya untuk mencari sesuatu. Aplikasi Google dibuka olehnya dan dia menaip sesuatu yang ingin dia cari. Saat dia jumpa apa yang dia cari terus dia tersenyum suka. Banyak juga maklumat yang dia dapat.
Menimang cahaya mata pertama: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu?
1.Bagaimanakah mengetahui sekiranya bayi mendapat nutrien secukupnya?
Memeriksa pertambahan berat badan anak anda merupakan metode yang paling berkesan. Periksa sama ada mereka meningkat 1 hingga 3 kg seminggu. Sekiranya ya, ini menunjukkan anak anda mendapat nutrien yang secukupnya. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada waktu anda menyuap makanan kepada anak anda. Bagi setiap waktu makan, periksa lampin sama ada anak anda kencing 4 hingga 6 kali sehari dan warnanya jernih. Sekiranya tidak, ini menunjukkan mereka tidak mendapatkan susu secukupnya.
2.Memberi makanan yang terbaik buat ibu mengandung.
Bayam
Sayur-sayuran hijau seperti bayam kaya dengan kandungan besi & sangat bagus untuk ibu mengandung
Jadikan bayam sebahagian utama diet kita jika ingin meningkatkan hemoglobin kita.
Pastikan kita masak sayur hijau ni betul betul. Jaga kebersihan supaya tak sakit perutBrokoli
Sayur jenis krusifer memang banyak khasiatnya, brokoli adalah sumber besi yang kaya.
Sayuran ini juga kaya nutrien penting lain seperti magnesium, vitamin A dan C.
Vitamin & mineral dalam sayur ini sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung
Jika badan kita kurang kuat kerana kurang zat, penyakit & jangkitan kuman pun mudah menyerang. Contohnya keputihan & kencing kotor.Kentang
Kentang kaya dengan zat besi & vitamin C.
2 zat ini sangat penting & saling memerlukan untuk tambah darah merah
Sebab vitamin c tambah penyerapan zat besi & menjadikannya sangat baik untuk mengelak anemiaUbi bit / Beetroot
Sayur yang kaya dengan folat.
Selain itu kaya zat besi & vitamin C untuk tambah darah merah3. Jaga emosi ibu mengandung.
Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan. Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua. Namun mengandung turut boleh menimbulkan pelbagai emosi kepada anda termasuklah rasa cemas atau tertekan. Tetapi ia adalah satu keadaan normal untuk dialami wanita yang hamil.
Umumnya, tekanan yang berlaku adalah 1 reaksi normal terhadap perubahan besar seperti kehamilan.
Dalam beberapa keadaan, tekanan dialami boleh dianggap 1 perkara baik kerana mendorong individu untuk bertindak dalam berdepan cabaran baharu. Walau bagaimanapun, stres secara berlebihan dan terlalu membebankan bagi wanita yang sedang hamil boleh mengakibatkan masalah kesihatan kepada diri anda dan juga kandungan.Terlalu banyak info yang dia dapat sehinggakan dia tidak sedar masa berlalu dengan sangat pantas. Dia berhenti saat dia terlupa yang dia perlu beli baju untuk bayi mereka tetapi menjadi persoalan sekarang.
Bayinya lelaki atau perempuan? Andai ia perempuan maka mesti bajunya merah jambu andai ia lelaki mesti warna biru. Sudahlah nama pun tidak fikir lagi, ini tidak boleh jadi dia kena pilih nama yang cantik untuk bakal anak-anak mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...