BAB 62

3K 129 6
                                    

"JAGA hati, jaga iman, jaga diri dan jaga wajah ni." Ucap Ammara lembut, tangan mula naik untuk mengusap wajah sang suami. Kini mereka terbaring di atas katil hospital, nasib katil itu besar jadi muat untuk dua orang. Amsyar yang mendengar dan di perlakukan hanya tersenyum riang, sudah lama tidak merasa seperti ini.

"Baik sayang, abang akan jadi hati, jaga iman, jaga diri dan jaga wajah." Ucap Amsyar.

"Bagus, macam ni suami saya." Ucap Ammara lalu mencium wajah Amsyar. 

"Good boy." Katanya lalu mengelus rambut Amsyar.

"Habiskan misi cepat, saya nak bermanja dengan abang." Kata Ammara lalu menarik muncung itik.

"InsyaAllah abang cuba, abang pun nak bermanja dengan isteri abang juga. Peluk-peluk, cium-cium lepastu terbabas..." belum sempat Amsyar menghabiskan ayat terus Ammara menekup mulut Amsyar kerana tahu ke mana akan ayat itu berakhir. Dasar suami.

"Jangan nak gatal! Ingat saya kena pantang enam puluh hari." Balas Ammara dengan nada geram. Geram dengan perangai gatal suaminya ini, asyik nak terbabas je!

"Baru nak terbabas." Adu Amsyar sayu dengan mata yang di kuyukan untuk mendapatkan perhatian Ammara.

"Jangan nak mengarut Denniz Amsyar." Ucap Ammara tegas. Ini kalau tidak tegas mahu lagi mengarut. Ish geram!

"Ya sayang, maaf ya. Nak bergurau pun tak boleh. Nak urau pun tak oleh. Campai ati." Adunya lalu menarik muka, Ammara yang mendengar sudah tergelak. Suami siapa ni? Suami dia lah.

"Tak nak lah merajuk, tak hensem." Usik Ammara dan mendapat jelingan manja Amsyar. Mood rajuk on!

"Hmm." Balas Amsyar.

"Nanti tak ada siapa nak layan saya."

"Hmm."

"Nanti tak ada orang nak belanja saya jagung susu."

"Hmm."

"Nanti tak ada siapa saya nak ajak main kasut roda dekat Putrajaya." Ucap Ammara dan ucapan tersebut mampu membuat Amsyar menggeleng laju.

"No. Never. Kita tak akan main kasut roda lagi Titik." Ucap Amsyar tegas. Dia sudah trauma kes isterinya langgar lampu merah, ini kalau main lagi mahu teruk di langgarnya.

"Alah. Jom lah. Lama tak main." Ajak Ammara. Sudah lama dia tidak bermain, ingat lepas habis pantang boleh pergi main kasut roda tapi suaminya pula tidak mahu. Jangan sampai dia mengadu dekat Puan Anaya.

"No. Never. Nehi." Balas Amsyar bersama gelengan. Memang tidak akan!

"Ala." Adu Ammara. Tak apa nanti pujuk cara lain, tunggu habis pantang.

"Jaga diri ya sayang, abang pergi lama. Abang nak sangat teman sayang berpantang tapi tak boleh." Ucap Amsyar lalu mencium dahi Ammara.

"Tak apa, nanti saya berpantang lain pula abang teman." Kata Ammara. Dia tidak kisah asalkan lelakinya pulang dengan selamat ke sisinya.

"Pulang dengan selamat tanpa cacat cela serta lebam. Saya tak suka wajah hensem abang luka, cukup saya sahaja yang lukakan." Bicara Ammara dingin mata terus memandang suaminya tajam.

"Kenapa sayang nak lukakan wajah abang?" soal Amsyar ingin tahu. Jangan cakap apa yang di fikir akan sama dengan Ammara akan ucap.

"Kalau abang berani cari madu untuk saya. Madu bakal isteri, bukan madu lebah. Saya tahu abang akan buat lawak jadi saya terang terus." Jawab Ammara tegas. Dia tidak main-main.

Terhembur keluar tawa Amsyar apabila mendengar jawapan sang isteri. Kepala di geleng beberapa kali untuk menghilangkan tawa yang tersisa. Ammara yang mendengar terus mencubit lengan Amsyar, kiranya Amsyar akan berhenti gelak eh makin galak di gelakkan.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now