HARI yang dinanti sudah tiba dimana dia akan pergi ke Turki untuk bantuan kemanusiaan di sana. Boleh dia lihat ramai ahli keluarga dari ahli yang mengikut bantuan tersebut tiba untuk menghantar mereka dan dia di sini hanya menunggu kedatangan ahli keluarganya tetapi tidak dia lihat.
Saat dia sedang bersiap-siap untuk menerbangkan jet dapat dia dengar Khai memanggilnya saat dirinya berpaling dapat dia lihat wajah tampan milik ayahnya dan wajah cantik milik ibunya yang sedang tersenyum kepadanya.
"Denniz Amsyar." Lembut sahaja ayahnya memanggil dirinya selalunya kasar.
Tidak mahu menunggu lama terus Amsyar menyalami dan memeluk kedua ibu bapanya rindu dan terharu.
"Amboi peluk ibu macam tak nak lepas ya?" ketawa Puan Anaya apabila melihat anak sulungnya itu. Nampak sungguh Amsyar merinduinya.
"Good luck my son."
"Thanks dad."
"Assalammualaikum." Salam diberi oleh suara garau milik seseorang dan Amsyar tersenyum melihat Ammsyar Ridzuan dengan kawan-kawanya.
"Waalaikummusalam." Jawab kesemua yang berada disitu.
"Ibu ayah ini Ammsyar Ridzuan. Kawan dan dia PASKAU sama macam kawan-kawannya." Amsyar mengenalkan satu persatu kawan Ammsyar Ridzuan kepada ibu dan ayahnya.
"I see. Sama nama?" tersenyum Tuan Denniz apabila mendengar nama sama dengan anak sulungnya.
Ammsyar Ridzuan hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan senyuman kekok di bibir.
"Ayah." Jeling Amsyar mula dah tu.
"Just say."
"We need to go." Sampuk Khai apabila melihat Amsyar yang sudah menatap ayahnya bagai nak telan.
"Jangan lupa bawak balik menantu untuk ibu." Kuat suara Puan Anaya berkata.
Geleng kepala Amsyar mendengar perkataan menantu dari mulut ibunya itu. Ada sahaja!
"Aamiin." Boleh dia dengar kesemua di situ sudah mengaamiinkan kata-kata ibunya. Khai pun sama sekarang ini.
"Doa ibu makbul dan kata-kata itu satu doa." Bersahaja Khai berkata lalu pergi ke arah jet milik mereka.
Enjin jet dihidupkan dapat dia lihat wajah ibu dan ayahnya tidak lupa kawan yang barunya. Tuan Denniz hanya pandang Amsyar dengan pandangan yang hanya dia sendiri faham.
"Semoga selamat sampai dan selamat tiba Denniz Amsyar." Doanya apabila dia melihat jet tersebut sudah terbang di langit biru.
PERJALANAN mereka ke Turki mengambil masa yang sangat singkat kerana dia menaiki jet tidak lah lama mana. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul pasukan TUDM di sambut oleh Duta Besar Malaysia di Turki. Mereka di sambut dengan meriah sebelum mereka memulakan misi kemanusia Turki-Syria.
"Bro." Amsyar yang ingin melelapkan mata tetapi tidak jadi kerana dipanggil oleh Khai.
"Why?" malas sahaja menjawab.
"Bukan kita je yang join ada juga bantuan medic dari Amsterdam dan Ireland." Setelah itu Khai merebahkan badan di atas katil single tersebut.
Dapat dia lihat Amsyar hanya diam tak berkata apa sudah tidurkah?
"Tahu." Setelah itu lena menjemputnya dia perlu berehat untuk pastikan badanya cukup tenaga untuk melalukan bantuan esok.
WAJAH yang dingin tidak berperasaan hanya memerhati setiap ahli kumpulannya yang sedang melakukan tugas kebajikan kepada mangsa gempa bumi. Setiap bantuan dari segi makanan, minuman dan perubatan diberikan supaya mangsa mendapat layanan yang secukupnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/334157895-288-k67321.jpg)
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romans"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...