BAB 55

3.8K 187 42
                                    

SEMINGGU sudah berlalu tetapi Ammara langsung tiada tanda ingin sedarkan dirinya dan Amsyar pula sudah perlu siap sedia untuk kembali ke kem untuk bekerja dan latihan asas. Sudah lama dia meninggalkan pekerjaannya kini dia kembali untuk menjalankan tugasnya bahkan pihak atasan sudah memintanya kembali untuk bekerja semula maka dia hanya menurut.

Della langsung tiada khabar dari orang yang diupah bahkan poksu Amsyar yang bernama Khair juga turut turun padang untuk menjejaki Della Humaira itu tetapi hasilnya masih kosong. Tetapi Amsyar yakin, larilah ke mana Della tidak akan dapat lari kerana dia sudah menjadi carian pihak polis serta TUDM. Jikalau sebelum ini memang pihak TUDM sahaja tetapi kini tidak lagi, jenayah yang Della lakukan bukan di dalam kem bahkan di luar kem iaitu mencerderakan orang awam dan orang itu adalah Ammara Qalisha.

Amsyar sudah lama boleh keluar daripada hospital tetapi dia tidak mahu keluar daripada hospital kerana mahu menjaga Ammara. Bahkan hospital ini sudah seperti rumahnya, Eve dan Daniell sudah menggeleng kepala melihat perangai Amsyar tetapi mahu di tegah tiada guna. Mereka hanya reda sahaja. Amsyar dan Ammara sama-sama degil, sesuailah berjodoh dan moga anak-anak mereka tidak sebegini. Kalau ikut perangai ibu bapa mereka memang musnah dan hancur rumah mereka.

Wajah cantik milik Ammara di tenung penuh kasih sayang dan cinta oleh Amsyar walaupun wajah Ammara pucat lesi tetapi tidak mencacatkan langsung wajah itu. Sungguh cantik ciptaan Tuhan ini, tersangat cantik sehinggakan dia boleh angau. Tangan kasar milik Amsyar mengelus perlahan pipi Ammara dan setelah itu Amsyar menghadiahkan ciuman ke pipi Ammara.

"Tak lama lagi abang dah kena pergi kem. Abang akan rindukan sayang. Nanti bukan abang yang uruskan sayang, mandikan sayang, tolong sayang ambil air wuduk dan teman sayang solat. Abang juga tak ada nak bacakan surah kegemaran sayang. Abang juga tak boleh bacakan surah al-Mulk setiap malam, sayang tak boleh dengar suara merdu abang secara depan-depan tetapi rakaman sahaja." Luah Amsyar.

"Abang akan rindukan sayang, tak pergi lagi abang dah rindu. Rindu nak tatap muka sayang, rindu nak teman sayang dan rindu nak bacakan surah dekat sayang. Semua abang akan rindu. Inilah realitinya." Luah Amsyar lagi. Jari jemarinya disatukan kepada jari jemari Ammara dan Amsyar mengenggam erat tangan Ammara.

"Hanya keluarga kita tahu yang sayang masih hidup. Orang luar langsung tak tahu, Khai tak tahu, Iman tak tahu bahkan Ammsyar Ridzuan juga tak tahu." Kata Amsyar lalu membawa tangan Ammara yang bebas dari jarum ke bibirnya. Di cium penuh kasih tangan Ammara itu.

"Orang kata, orang koma ni dia sedar sahaja di alam sana. Betul ke?" soal Amsyar.

"Kalau betul mesti sayang dengar apa yang abang buat dekat sayang. Betul tak angel?" soal Amsyar lagi.

"Abang rindu nak panggil sayang 'angel'. My precious angel."

"Sayang tahu tak, bidadari syurga itu wujud tetapi dia berada di syurga. Wanita di dunia ini cemburu dengan bidadari syurga kerana bidadari syurga itu cantik tetapi cantiknya tidak menyerupai wanita di bumi ini, bidadari syurga itu harumnya semerbak bahkan bidadari syurga itu mempunyai mata yang berkilau tetapi tahu tak, bidadari syurga itu cemburu. Cemburu dengan wanita di dunia, cemburu dengan apa? Dengan wanita solehah. Mereka sangat cemburu dengan itu. Mereka mempunyai segala-galanya tetapi tetap mereka cemburu dengan wanita dunia. Begitulah dengan wanita di dunia ini yang mencemburui bidadari syurga."

"Dan abang nak bidadari syurga cemburu dengan isteri abang ni. Biar mereka makin cemburu sebab abang miliki isteri yang solehah dan pandai jaga diri. Sayang bukan sahaja cantik tapi pandai agama, pandai jaga diri dan pandai hormat orang tua. Sebab tu abang panggil sayang 'angel' kerana sayang bidadari abang di dunia ini. Kalau di syurga sayang bukan bidadari, sayang adalah ratu. Abang nak sayang jadi ratu di dalam syurga kelak. Maka kita sama-sama berusaha berubah ke jalan Allah ya."

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang